tahun baru dan azam

Selasa, Disember 30, 2008

ya, dunia semakin tua, sudah masuk tahun ke 1430 Hijrah. ya, bermaksud aku juga sudah semakin tua.

aku tidak hirau berkenaan dengan umur aku, apa yang aku sedang peduli, apa yang aku sudah lakukan sepanjang ketuaan aku ini (betulkah nahu aku?). ya, adakah semua tanggungjawab sudah aku tunaikan? amalan aku? ya, lagi, dosa aku.


lazim aku dengar apabila masuk tahun baru, tidak kisah sama ada Hijrah atau Masihi, orang disekeliling sibuk dengan azam mereka. ya, memperkatakan tentang azam, azam, dan azam. hipokrit!
tidak salah bukan?

semua itu hanya hangat apabila tiba awal tahun. sepanjang tahun pula, kemana semua itu? kadangkala bila difikirkan, buat aku gelak.

baik, aku perlu berusaha.


kamu, kamu, dan kamu, berusahalah!















Salam Maal Hijrah 1430.

Read more...

saling melengkapi untuk sempurna

Sabtu, Disember 20, 2008

semua kejadian di dunia ini berpasangan bukan?

siang dan malam,
hitam dan putih,
jantan dan betina,
baik dan jahat,
cantik dan buruk,
lelaki dan perempuan,
ya, dan lagi, kamu senaraikan ya.


lagi, pasangan-pasangan yang Dia ciptakan, tidak kisahlah sama ada konkrit, subjektif, atau abstrak sekalipun, masing-masing saling memerlukan, saling melengkapi untuk menjadi sesuatu yang sempurna, biarpun tidak sesempurna yang sempurna.

















aku? ya, aku perlukan kamu.


kamu? tidak perlukan aku? abaikan.



aku langsung tidak peduli.

Read more...

tidak kenal maka tidak cinta

Isnin, Disember 15, 2008

betul bukan? kalau tidak, bagaimana hendak jatuh cinta? tiba-tiba terus sahaja jatuh cintakah? atau, terjatuh dari cinta?

bukan, semantik cinta di sini bukanlah kasih terhadap yang berlawanan jantina, tapi cinta suka kepada sesuatu. bercinta yang itu? haih.. penat sudah aku.

ya, sekarang ini aku sedang cuba untuk mengenal. untuk apa? untuk aku cinta terhadap yang itu.

tapi, mengapakah harus sahaja ada yang menghalang aku untuk mengenal itu? lantas, bagaimana aku hendak jatuh cinta yang itu?

ya, manusia-manusia bodoh itu menghalang aku untuk kenal. kamu memang bodoh!










hei kamu, kamu, dan kamu, tidak kenal maka tidak cinta, bukan?

Read more...

sukakan yang percuma

Khamis, Disember 11, 2008

ya, kita semua sukakan barang (atau perkhidmatan) yang percuma bukan?

ya, kalau ada yang percuma, kita semua akan berebut-rebut hendak, bukan?

tapi kita jarang menghargai semua yang percuma itu. ya, barangkali kita cuma mengabaikan sahaja. kenapa ya? kerana kosnya sifar kah?

kita cuma hargai sesuatu itu jika ia memerlukan kita membayar (mengeluarkan duit) untuk mendapatkannya. kenapa ya? kerana ianya mempunyai kos kah?


kenapa ya?


bukankah sepatutnya kita perlu menghargai perkara-perkara yang percuma itu semua kerana ianya percuma, bukan?





coklat percuma ihsan teman serumah.
percuma, tapi aku amat hargainya. kanapa? ya, sebab ia sangat sedap!









hei kamu, kamu, dan kamu, sukakan yang percuma bukan?

Read more...

peraturan

Sabtu, Disember 06, 2008

hidup ini penuh dengan peraturan, betul bukan?

tidak kira apa sekalipun yang kita lakukan seari-hari, semua perkara ada peraturannya.

mengapa?

hei kamu? jawabkan untuk aku, boleh bukan?

ya, kerana setiap orang ada pandangan mereka sendiri tyerhadap peraturan.

peraturan: mesti begitu, mesti begini. mesti? wajib, perlu patuh, kena lakukan.

peraturan: jangan begitu, jangan begini, jangan? tidak boleh, haram.


ya, hidup manusia penih dengan peraturan.

kalau dalam dunia Melayu itu sendiri, peraturan juga dikenali sebagai adab. hukum juga boleh. ya, boleh juga jika tatatertib; tata (hukum atau peraturan).



tapi mengapa mesti ada peraturan dalam hidup manusia?
ya, manusia tidak sempurna, tidak lengkap. sama sekali tidak siap.
hanya Dia sahaja yang ada semuanya bukan? ya, betul.
hei kamu, tidak setuju? tidak akui? jangan wujud di muka bumi ini.


secara antagonisnya, hukum, undang-undang, dan peraturan serta semua yang seangkatan semantiknya, dibuat, dicipta untuk kita, bukan? jadi, siapa yang menurut semua itu? ya, kita. aku, kamu, manusia. dicipta manusia, untuk manusia. (hukum hudud itu ciptaan Dia, wajib bagi kita turut).


aku?







ada manusia jujurkah di muka bumi ini? (kecuali bagi "mereka-mereka" yang Dia pilih).





ya, bagi aku, peraturan adalah untuk dipatuhi dilanggar.

hei, kamu pula?

Read more...

aku dan kamu hipokrit

Jumaat, Disember 05, 2008

betul bukan?

jika tidak, kamu fikirkan.

kamu suka makanan yang sedap-sedap, tapi kamu tidak tahu memasak yang sedap-sedap seperti yang kamu mahukan (pukul ratanya).

kamu selalu inginkan yang terbaik, tapi kamu tidak dapat melakukan yang terbaik.

jika kamu sering nasihati orang tentang sesuatu, tapi kamu tidak lakukan seperti yang kamu nasihat kepada orang lain.

kamu sering nampak kesalahan orang lain, tapi kamu tidak sedar kesalahan kamu.

kamu sukakan yang kemas, tapi kamu tidak pandai berkemas.

kamu suka yang bersih, tapi kamu sering kotor.

kamu sering menyuruh orang lain lakukan itu ini, tapi kamu tidak lakukan perkara itu pun.

kamu benci orang lain melakukan sesuatu perkara, tapi kamu sendiri juga yang lakukan perkara tersebut.

kamu tidak tunjukkan diri kamu yang sebenar, tapi kamu sering menjadi diri orang lain.




contohnya aku, ketagih kepada asap, tapi aku benci bau asap, serius.






ya, aku hipokrit.

tapi kamu juga begitu, bukan?
tidak? abaikan.










hei kamu, kamu, dan kamu hipokrit, bukan?

Read more...

makhluk yang unik

Rabu, Disember 03, 2008

entri ini dijawab oleh Seorang Perempuan Melayu dalam entri ini. ya, aku menyambutnya (dengan menutup hidung sambil tidak berselindung).

pandangan streotaip tentang makhluk ini mulanya tercetus hasil perbualan aku dengan Muhammad Elo. ya, ditambah dengan pengalaman aku, oh shit tidak, aku malas ingin mengingat kembali tentang makhluk pelik ini.

ya, aku sambut dengan dengan hati yang terbuka, sambil menutup bibir aku yang pecah-pecah akibat penghawa dingin di tempat kerja, nasib aku begini. bila mahu sembuh ya? sakit amat.

ya, makhluk yang pelik unik, bukan pelik.


hei kamu, aku suka ini:-


bukan pelik, wahai si bukan makhluk pelik.

unik.

bukan pelik.

UNIK.

tahu?

kerana itu mahal. bila mahal lebih berharga. bila berharga, itu yang kamu masih mengharap.








hei kamu, kamu, dan kamu yang pelik unik! kamu tahu bukan, kamu itu pelik unik? tidak? abaikan.

ya, yang mampu buat aku mengharap akan sesuatu dari kamu, ya, dari kamu yang pelik unik.



tapi, hei kamu yang pelik unik! kamu buat aku mengharap, tapi mengapa aku tiada bahagia?










ya, kamu, kamu, dan kamu pelik unik!

Read more...

hei kamu, boleh tolong aku? 2

Selasa, Disember 02, 2008

kamu tahu bukan, berjimat itu amalan yang baik?

tahu? kalau kamu tidak tahu, abaikan.


kamu tahu bukan, dengan menutup kembali suis elektrik yang digunakan dan pili air, kamu dapat menjimatkan kos bil kedua-dua utiliti tersebut?

ya, mungkin kamu sudah dibiasakan dari kecil supaya tidak ambil tahu semua itu. bukan? atau kamu memang suka membayar lebih untuk semua itu.

tidak kisahlah jika kamu kaya bergaji besar hatta RM 10000 sebulan sekalipun. apa guna kamu berpendidikan tinggi. mahu jadi seperti mereka ini yang aku kategorikan sebagai manusia bodoh? ya, sebab mereka tidak tinggi pelajarannya.tapi kamu tidak, bukan? bagus.



ya, entri ini merepek. apa yang aku mampu lakukan jika kamu tidak mahu ubah sikap kamu sendiri?








hei, kamu, kamu, dan kamu! boleh tolong? boleh ya?
bagus.

Read more...

dedikasi untuk kamu yang bodoh

Ahad, November 30, 2008

hei kamu yang berpakaian seragam baju putih, seluar hitam, bertopi hitam dan ada bulu ayam di atasnya. sedarlah kamu bahawa kamu sememangnya bodoh.

ya, kamu memang bodoh!

hei kamu, kamu mahu pulang awal ke rumah bukan? sedarlah bahawa kamu memang bodoh.

kamu nak lakukan kerja aku? sedarlah kamu, bahawa kamu sememangnya bodoh. ya, bodoh!


sekurang-kurangnya pendidikan aku lebih tinggi dari kamu. ya, lebih tinggi dari kamu. kalau kamu pandai, kamu tidak berpakaian seragam seperti itu.

ya, aku ludah kamu.


hei kamu "pengawal keselamatan" blue wave, sedarlah kamu, kamu memang bodoh!!






ya, kamu bodoh!














hei kamu, abaikan entri ini. ini dedikasi untuk mereka yang sangat-sangat bodoh.




kamu tidak bodoh seperti mereka bukan? ya, bagus!

Read more...

beza orang Melayu dengan yang lain

Rabu, November 26, 2008

entri kali ini berkisarkan tentang pandangan aku sendiri. ya, setiap orang punyai pandangan yang subjektif. kamu tahu subjektif?

contohnya, bagi aku baik tapi bagi kamu buruk. bila baik bagi kamu, buruk pula bagi aku. faham sudah? kamu bagus. kalau tidak, abaikan.

ya, aku rasa pandangan aku ini sudah menjadi pandangan streotaip bagi sesetengah orang. ya, mungkin pandangannya yang sama dengan aku.

hei kamu, yang Melayu. kamu tahu bukan bangsa kamu itu bagaimana? ya, bagus. kalau tidak, abaikan.


di sini aku ingin mengambil contoh, tempat kediaman bagi dua tempat yang berbeza. pertama, bangunan kediaman yang majoritinya diduduki oleh orang Melayu. kedua, bangunan kediaman juga, tapi majoriti penduduknya ialah bukan Melayu. ya, majoritinya bangsa Cina.

hei kamu, ingat ya, di sini aku bukan hendak membanding-bandingkan antara kaum. aku bukannya nak melaga-lagakan mana-mana kaum, hatta bangsa aku sendiri. ya, aku bangsa Melayu. juga, aku bukan nak membangga-banggakan tempat tinggal aku, atau hendak menghina tempat tinggal orang lain. tapi aku cuma hendak melontarkan pandangan aku. ya, ini pandang dunia aku.

kamu hendak tahu apa beza tempat kediaman antara kedua-dua bangunan yang telah aku sebutkan tadi?


bangunan 1: majoriti penduduk berbangsa Melayu:-

agak seram, terfikir aku lebih dari dua kali sama ada mahu menaiki lif ini atau tidak.



pandangan secara dekat dengan muka pintu lif: adakah tanda kehitaman itu ialah daki? huh?!!



pandangan dari dalam lif. ya, pintu lif tidak tertutup rapat. kamu boleh melihat terus ke arah luar lif. menghiburkan bukan. tidak, sangat menyeramkan!



ya, aku kagum dengan bahagian yang ini, masih berkeadaan elok.




bangunan 2: majoriti penduduk berbangsa bukan Melayu (Cina):-


lihat sahaja, hati aku sudah tidak sabar nak masuk ke dalam lif!



pandangan secara dekat dengan muka pintu lif. selesa bukan?



pandangan dari dalam lif: tertutup rapat pintunya. ya, aku berasa sangat selamat. juga selesa.



ya, aku kurang berpuas hati tentang ini. oh ya, baru teringat, teman serumah aku gemar menyalakan puntung semasa menunggu lif. apabila lif sudah sampai, bahagian inilah yang akan dijadikan tempat untuk memadam puntung.





aku mengambil lif bangunan sebagai contoh. itu baru sahaja lif. belum yang lain lagi. itu semua melambangkan mentaliti pengguna lif tersebut. siapa? ya, penduduk di kediaman itu sendiri.

jika kamu mahu mengambil kira faktor-faktor seperti pengurusan, pembersihan, usia bangunan dan dan sebagainya, kedua-dua bangunan tersebut punyai faktor-faktor yang lebih kurang sama.

ya, aku sangat setuju jika ada yang mengatakan orang Melayu itu jakun. ya, sangat aku setuju.

aku tidak pandai nak menghurai dengan lebih panjang. kamu lihat gambar-gambar di atas, kamu bandingkan sendiri mentaliti bangsa Melayu dengan bangsa lain.







hei kamu, setuju dengan aku?


tidak? abaikan.

Read more...

makhluk yang pelik

Selasa, November 25, 2008

sampai sekarang, aku masih tidak memahami makhluk Tuhan yang bernama perempuan. serius, aku tak faham.

mengapa, kenapa, bagaimana, semua persoalan tentang perempuan, aku langsung tak faham.

ya, kalau ikutkan pengalaman aku berdampingan dengan perempuan, aku dah cuba untuk faham, tapi tak boleh juga. mungkin aku ini lembap perlahan kot.

walaupun begitu, aku rasa hairan, kenapa dalam hati ini masih mengharap sesuatu dari makhluk jenis ini? ah, mainan perasaan sahaja semua itu.











ya, perempuan ialah makhluk yang pelik.

hei kamu, betul bukan?

Read more...

hidup ini memang kejam 2

Ahad, November 23, 2008

kau tahukan, sudah berapa lama kita bersama?

ya, bersama dalam segala-galanya.
buat itu ini bersama.

haih.. aku sangat sedih untuk berpisah dengan kau. kau pun tahu bukan?

hingga kini aku masih terkenang saat indah kita bersama. kau tak pernah merungut di atas segala apa yang telah aku buat terhadap kau. kau tahu tidak, perkara yang aku paling suka dengan kau ialah ketika aku membelai kau. wah.. sangat selesa dapat menyentuh kau. serius, aku rase aku tak dapat berpisah dengan kau.

aku semacam merasa bahawa apa yang bakal aku lakukan ini sangat kejam terhadap kau. tapi apakan daya, jodoh pertemuan, segala-galanya di tangan DIA. siapalah aku ini, tak mampu nak menahannya.

serius, aku sedang bersedih, sangat sedih untuk berpisah dengan kau.
tapi kau janganlah bersedih sangat, sampai satu masa, aku percaya bahawa kau akan muncul semula, tidak lama, kita pasti akan bersama. percayalah.




baik, aku sudah nekad, telah aku tanamkan tekad di dalam hati ini.

kita harus berpisah. ya, berpisah.

esok pagi-pagi lagi aku akan bersihkan kau dari pandangan mata aku ini biarpun melalui cermin di dinding itu sekalipun.























selamat tinggal janggut ku sayang...

Read more...

hidup ini memang kejam

Jumaat, November 21, 2008

aku lapar. ya, lapar sangat.

makan dengan linda tadi hanya cukup untuk memenuhi perut aku yang di sebelah kiri ini sahaja. habis berfoya-foya, semua makanan tadi telah selesai dihadam.

aku lapar. ya, lapar sangat.

sampai di rumah, gelap. "budak-budak ni p makan ke?". tidak, masing-masing terbongkang tidur di bilik. "ah, makan megi ke, telur dada dadar ke, sedap jugak ni.". mencari periuk sakti, mana? bagus sungguh, tergantung cantik di dinding, berkilat. bagus sungguh, di masa-masa aku sangat-sangat memerlukan perkhidmatan periuk tersebut, ia dibasuh bersih. selalu? huh, bergelimpangan di lantai, kalau tidak pun, dalam sinki. ya, penangan teman-teman serumah aku yang malas sangat rajin mengemas. isi air dalam periuk, petik punat dapur, ya, tong gas itu masih lagi berisi.

aku lapar. ya, lapar sangat.

air sudah mendidih, aku capai plastik mi segera Maggi. huh? ringan? dah habis?! haih.. baik, ada bekas telur lagi dalam peti ais berpintu dua rumah aku, bagus, masih ada lagi bekas telur itu. buka, kosong?! dah habis juga?!! haih..

aku lapar. ya, lapar sangat.







hidup ini memang kejam.

hei kamu, betul bukan?

Read more...

hei kamu, boleh tolong aku?

Khamis, November 20, 2008

aku sangat suka baca blog-blog kamu. kenapa? ya, pandangan kamu, idea kamu, dan semua-semualah yang tentang kamu?

tapi aku benci bila baca blog-blog kamu yang salin copy artikel dri mana-mana, dan terus tampal paste pada entri-entri kamu. ya, sangat menjengkelkan. kalau kamu quote sedikit artikel dari mana-mana, kemudian kamu huraikan pandangan kamu tidak mengapa, tapi keseluruhan entri kamu salin copy? haha, kelakar bukan?







hei kamu, kamu, dan kamu, boleh tolong? boleh ya?

Read more...

perkara yang kamu buat pada musim hujan

Rabu, November 19, 2008

ya, sekarang musim hujan di ibu kota. entah, aku tanya kawan-kawan aku di kampung pun mereka kata di sana pun sama. semalam aku ke bangi, pun hujan. ala, pendek kata, memang sekarang musim hujan bukan?

apa apa yang kamu buat bila musim hujan?

bersiar-siar?
itu kalau kamu anggap hujan itu merupakan suatu panaroma yang indah. ya, bagi aku hujan itu indah. tapi tidaklah sampai aku suka bersiar-siar waktu hujan. memang, tadi aku ke keluar ke bandar untuk menuntut jaminan pembelian kabel telefon bimbit aku. hasilnya? nah, ambil. basah kuyup, seluar dalam kecil aku pun tak selamat.

duduk di rumah sahaja?
ah, mahu gila jadinya kalau duduk di rumah sahaja. apa kerja yang aku dapat buat? menatap monitor kecil aku ini? ah, naik pedih mata aku. lihat, dah berair (bukan menangis ya!).

ramal bila hujan akan berhenti?
boleh juga. itu pun kalau kamu berharap sangat hujan berhenti. ya, mungkin nak bersiar-siar kot.

kahwin membiak?
ya, aku suka, setuju dengan idea itu!














hei kamu, apa yang kamu buat bila musim hujan begini?

Read more...

cinta: aku penat

cinta? ah, aku penat dengan semua ini. tiada masa untuk ini semua.


dapat sistem pesanan ringkas dari seorang minah ni:
"awk da ade awek kn?"

dengan perasaan malas aku menjawab:
"nop, x dak."

minah ni sengal:
"awk ni dr dlu lg asyik ckp xde awek je."

"lor, da ckp xdek kn?"

aku pelik dengan minah ni, tak malu?:
"ala, dlu mse sy suh isi form, nape awk xnk?"

"tu dlu, dlu ade awek, skrg da xdak. fhm x?"

"so skrg ni?"

"malas, penat"

"nape penat"

"penat lyan pmpuan macam awk"

"srius ni"

"sy srius"

"nape clash dgn awek awk?"

"die y decide. lg pn sy da pnat"

"cbe bg tau, ape y awk pnat"

"penat nak bg komitmen. puas ati?"


ya, aku penat untuk memberi komitmen. kamu? penat? atau berjaya beri komitmen?

Read more...

dewan peperiksaan yang aku sukai

Ahad, November 16, 2008

yosh! peperiksaan sudah tamat. ya, otak aku rasanya sudah semakin menguncup aku akibat diperah. terpaksa memerah otak sebab jarang meniru, macam entri Kudozu ini. cuma aku rajin palagiat. lebih berprestij bukan?

merujuk tajuk entri, kenapa ya aku suka? haha, antara sebab-sebabnya:-

1. keadaan dewan peperiksaan yang sejuk.

  • kamu tahu bukan, iklim di negara ini tidak sedingin di negara-negara hemisfera barat. jadi, untuk rasa seperti di sana, aku gemar memasuki dewan peperiksaan. sangat sejuk. kenapa aku sukakan keadaan sejuk? kamu faham-faham sahajalah kan, jika lemak menyelimuti anggota badan, maka haba sentiasa terpendam. ya, macam aku.

2. ada awek-awek cantik.
  • sepanjang perjalanan pergi, masuk, dan keluar dewan, aku dikelilingi awek-awek cantik. cantikkah? boleh lah. daripada sepanjang sem aku tenung muka awek-awek cantik sekelas aku. muak sudah aku. ya, hidup mesti bervariasi bukan?

3. keadaan yang sesuai untuk tidur.
  • kamu boleh bayangkan bukan, suasana orang yang sedang memerah otak, sedang berusaha meniru, dan macam-macam lagi. amat senyap sekali. hanya sekali-sekala terdengar bersin, batuk yang mungkin dibuat secara sengaja. ya, suasana yang tenang untuk tidur. lebih-lebih lagi jika sudah tiada idea-idea merepek yang boleh ditulis di atas kertas buku jawapan. ya, ya, aku suka.

4. pembantu peperiksaan (yang perempuan sahaja).
  • ini adalah antara sebab utama kenapa aku sukakan dewan peperiksaan. ya, para pembantu peperiksaan diupah hasil ketiadaan pekerjaan, atau yang baru sahaja tamat belajar, dan mungkin juga tiada hala tujuan, mengambil upah menjadi pembantu peperiksaan.
  • mereka-mereka (aku tegaskan sekali lagi, yang perempuan sahaja) ini diibaratkan pramugari-pramugari yang melayan karenah para penumpang di negara hemisfera barat, seperti aku. ya, aku sangat suka mereka. hei kamu, boleh aku ngorat?



bila akan ada peluang aku untuk bersuka-suka seperti di atas, ya? oh, semester depan yang terakhir. yosh! berusahalah!

Read more...

kamu, pergi jumaat?

Jumaat, November 14, 2008

entri ini hasil dari kedatangan aku ke masjid. syukur, aku diberi kesempatan. (kalau tak, tak pergilah ya?)

tahun ini masuk tahun ketiga aku bermastautin di ibu kota ini. dua tahun pertama aku, selalunya aku akan berjemaah jumaat di Masjid Ar-Rahman. dan sekarang, aku lazim mendatangi masjid Al-Khasyi'in (hari jumaat sahaja).

ini pandangan aku untuk entri ini:-



1. sudah ada khutbah interaktif.

  • mungkin kamu sudah lama tahu, tapi bagi orang kampung macam aku ni, di masjid kampung aku, tiada alat canggih (canggihkah?) di masjid sebegitu. wah, bagus, khutbah yang boleh dibaca terus oleh para jemaah. kamu? kamu baca atau tidur?

2. etnik caucasian.
  • mereka ini adalah pendatang asing (foreigner) dengan izin (kalau tanpa izin itu aku tak pasti pula), mungkin datang ke sini sebagai pelajar (ramai aku lihat di kampus), atau mungkin sebagai pekerja, memiliki syarikat atau bekerja di sekitar pantai dalam dan bangsar. kalau di kawasan rumah aku pula, mungkin kebanyakannya bekerja di sini.
  • entah, aku tak pasti dari mana golongan ini berasal, mungkin dari arab, paling tidak pun, dari benua eropah.
  • lazimnya, mereka akan datang dengan pakaian jubah labuh (overall). kalau di kawasan perumahan aku, selalu bawa anak kecil yang masih mumaiyiz, yang selalu terjatuh apabila berjalan. aku rasa, mungkin ukuran jubah terlampau labuh.
  • selalu aku lihat, mereka masuk sahaja ke dalam masjid, mereka akan penuhkan saf paling hadapan yang kosong (aku? kalau aku mestilah pergi ke saf kosong, yang punyai tempat bersandar, saf belakang selalunya, paling tidak pun, di tiang-tiang masjid, haha seronok untuk beristirehat. huh?!)
  • yang sangat aku perasan, ketika doa dibacakan (walau doa selepas azan), mereka tidak mengangkat tangan. kenapa? mengikut budaya kita (Melayu) yang mongoloid ni, apabila berdoa, tangan akan diangkat ke paras dada dengan posisi seperti mengharap atau meminta sesuatu.

3. akan ada seorang pakcik tua berserban, paling tidak pun, abang berkopiah putih, berjanggut panjang berjalan ke setiap saf membawa karung.
  • kamu rasa untuk apa? haha, mestilah derma. derma untuk masjid kot. paling tidak pun derma untuk kuliah-kuliah yang akan diadakan. kenapa macam tu ya? mungkin mengelak dari kecurian kot. kenapa aku kata begitu? sebab,
  • kalau masjid di kampung aku, setiap hujung saf akan diletakkan satu bekas bertutup (tupperware) yang dilubangkan bahagian atasnya. jika saf sudah penuh, bekas tersebut akan diedarkan sepanjang saf. efektif? aku tak pasti, tapi berkesan untuk jimatkan tenaga pengutip derma.

4. kasut bertukar jadi selipar.
  • haha, kalau kamu tak percaya, kamu pakailah kasut kulit atau kasut sport kamu ke masjid berjemaah jumaat. letakkan di kawasan hadapan pintu masuk atau kawasan baselipar. selesai jumaat, kamu lihatlah kasut kamu sudah menjadi selipar kerana menjadi nipis. haha.



ini pandangan aku ketika berjumaat. hei, apa pula pandangan kamu?

Read more...

karipap yang ditudung saji pun kena hurung dek lalat, busuk!

Khamis, November 06, 2008

sebelum aku merepek dengan panjang lebarnya, aku nak tegaskan di sini, aku ni bukanlah alim sangat. haha, dan aku bukanlah sesempurna insan yang dijadikan Tuhan sebagai insan yang sempurnya di sisiNya. haha, ya, merepek aku datang sudah.

zaman sekarang, macam-macam fesyen tudung (bagi perempuan. kalau ada lelaki yang pakai tudung tu, aku tak tahu nak cakap apa). aku maksudkan disini bukanlah seperti fesyen tudung Aida Boutique ni, tapi tudung yang lazimnya dipakai oleh perempuan-perempuan biasa yang boleh kita lihat jika pergi ke kompleks membeli-belah, tempat-tempat rekreasi, taman-taman, senang cakap, kat mana-mana sahaja.

bukankah maksud sebenar pemakaian tudung tu adalah untuk menutup aurat? kalau ikut mazhab Imam Syafie, aurat seorang perempuan tu adalah keseluruhan anggota badan kecuali tapak tangan dan muka (kalau salah, tolong betulkan ya!). tapi sekarang, orang pakai tudung sekadar nak tutup kepala sahaja. kan?

ada yang pakai tudung. tapi hujung bawah tudung tu diselak ke bahu. dah nampak pula bahagian dadanya. kelakar kan? lagi kelakar kalau perempuan tu pakai baju 't' yang ada butang pada bahagian kolar. tambah lagi kelakar kalau butang tu tidak dikancing. haha, kalau macam tu, aku faham, motif perempuan tu pakai tudung hanyalah untuk menutup bahagian kepalanya sahaja. anggota lain? di abaikan. haha, kelakar.

ada yang pakai tudung, tapi pakai baju sendat. nampak pula bentuk tubuh badan. baju saiz yang besar dah tiada ke? haha, ni mesti pinjam baju adik-adik ni (kalau perempuan-perempuan sedemikian punyai adik lah, kalau tiada, nak pinjam dari siapa ya?).

ada yang pakai tudung, tapi bajunya singkat. jadi, bila duduk, nampak pula lurah yang di bawah belakang tu. haha, kelakar kan? kepala ditutup, tapi bahagian belakang bawah pula dibiarkan.

ada yang pakai tudung, cantik, tapi slack, pakai baju berlengan pendek. haha, mesti perempuan tu ikut mazhab selain mazhab Imam Syafie kot. kelakar kan?

yang paling kelakar, ada yang pakai tudung, tapi keluar dengan balak pergi ke tempat-tempat tak senonoh. haha, kelakar kan? serius, pengalaman aku, aku pernah terserempak dengan seorang perempuan, bertudung labuh, tutup serba-serbi, tapi buat benda-benda pelik kat satu air terjun ni. haha, kelakar kan?

aku sedar dan aku tahu, selain entri ini dari aku, ramai blogger dah sebut tentang perkara ni. ah, nak tulis juga!

yang kesal, makna tudung dalam Kamus Dewan, tiada masukan semantik tentang kata tudung yang berkaitan dengan perkara seperti aurat. tak percaya? rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat (Dewan Bahasa Pustaka, 2005: 1721-1722). kelakar kan?

pada aku, mungkin pemakaian tudung zaman kini lebih kepada pemakaian yang berasaskan fesyen. pakai tudung sekadar nak tutup rambut yang mungkin sudah rosak, tak lurus (macam dalam iklan syampu penipu tu), atau mungkin nak hindar dari bau busuk rambut yang tak dijaga. haha, macam-macam lagilah.

serius, bagi aku, bagi perempuan seperti yang telah aku ceritakan di atas, lebih baik tak payah pakai tudung. ok?

tapi aku ok jek, semua jenis perempuan aku campur. no offense, sekali lagi aku ingatkan, ini semua ialah pandang dunia (world view) aku.


hei kamu, kamu, dan kamu yang bertudung, bagaimana? setuju?

Read more...

aku benci bila... 2

entri ini ialah hasil dari pandangan aku masa aku balik ke kampung semalam. haha, bolehlah diterima sebagai "aku benci bila" siri 2.

aku benci bila aku terlambat. tak kisahlah lambat pasal apa pun. kalau lambat, mesti kelam kabut. kan? lepas tu mulalah berpeluh, habis dah tak hensem lagi dah. macam semalam, aku lambat bersiap. hasilnya, aku lambat sampai ke pudu. nasib baiklah ada teman serumah yang jalan nak pergi ke tempat kerjanya dekat dengan stesyen lrt. thanks bob. kau memang hensemlah.

aku benci bila masuk coach lrt yang sedang penuh penumpangnya. lagi tak suka kalau kena berhimpit-himpit. macam semalam, sudahlah coach tu penuh, dannasib aku pula, aku berdiri di bahagaian yang tiada pemegang, jadi aku tiada apa-apa untuk dipaut. hasilnya? haha, aku berjaya bersandar pada seorang auntie ni. alamak, macam mana ni? ya, aku lagi suka kalau dapat bersandar pada awek-awek cantik. haha (kepada awek-awek cantik, kamu nak aku sandar pada kamu tak).

aku benci bila sedang menunggu bas, datang orang yang dengan selambanya, mintak aku duit. apa dia ingat aku ni founder kilang duit? hello, dalam hidup ni, banyak cara kita nak dapatkan duit.itu belum sentuh soal duit haram atau halal. sedangkan ulat dalam batu pun boleh hidup, inikan pula kita di bumi bertuah ini. haha, datang sudah merepek aku.

aku benci bila ada orang yang bercakap dalam talian telefon bimbitnya dengan suara yang kuat (lantang dan memekik-mekik). lebih-lebih lagi bila di dalam bas. oh my God ya Tuhanku, tiada kesedaran sivik langsung.bukankah orang yang dilawan bercakap dalam talian tu letak telefon (paling tidak pun, pakai handsfree) dekat dengan telinga? takkan lah tak dengar? ha, aku tahu, mungkin orang tu pekak!

aku benci bila duduk di kerusi bas (kerusi berkembar double sit), orang yang aku tak kenal, duduk melebihi raung kerusi dia. sudahlah punggung aku ni besar (almaklumlah, gemuk).ya, aku lagi suka kalau yang duduk di sebelah aku tu, awek cantik (hei kamui, kamu, kamu awek awek cantik, mahu duduk sebelah aku?).

aku benci bila dalam bas, ada orang yang mainkan mp3 pada telefon bimbitnya melalui corong bunyi lantang loudspeaker. sengal kolot sungguh. kalau sungguhpun nak dengar lagu, pakailah handsfree. telefon yang mahal mampu beli, takkan handsfree cap ayam yang RM5 pun tak mampu? tambah lagi aku benci bila ada mamat mainkan lagu Siti Nurhaliza kuat-kuat. oh damn tidak!! aku benci dia (mamat-mamat yang sedemikian dan penyanyi tersebut).

aku benci bila tiba-tiba terasa nak buang air (tak kisahlah sama ada kecil atau besar) bila dalam perjalanan terutamanya bas (kalau naik kenderaan sendiri, boleh sahaja aku berhenti di mana-mana). bila berada dalam keadaan macam tu, aku rasa macam dicampak ke dalam neraka dunia.


ya, banyak sungguh perkara yang aku benci bila pulang ke kampung menaiki bas.

kamu pula?

Read more...

ketagih (addicted)

Sabtu, November 01, 2008

ketagih.

ya, aku sudah ketagih.


kalau ikutkan Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005: 1567, leksikon tersebut membawa maksud rasa ingin benar terhadap sesuatu.

tak aku nafikan, aku ketagih kepada ini dari dulu. haha, tapi itu perkara lain. dan aku risau dengan berita ini. ah, aku kena cari satu alternatif lain. tapi apa dia ya? haha, hilangkan ketagihan terhadapnya!!

namun sekarang obsesi aku mula memuncak ke arah kisah
ini. tentang dunia lanun, harapan dan impian.

ya, mulanya aku tak percaya tentang ketagihan terhadap anime dan manga. tapi sekarang aku sudah mula faham apa semua itu. trimas joi, kalau kau tak suruh aku tengok, memang aku takkan tahu apa ini semua.

*wikipedia, banyak sungguh jasamu.


haha, tapi semua ni banyak keburukannya.

ya, aku tak dapat uruskan masa aku antara setiap obsesi aku dan komitmen aku. bayangkanlah, dengan assignments yang berlambak-lambak, aku boleh postponed lagi. (siap jumpa lecturer mintak tangguh, trimas dr. salinah).

apa yang aku harap, obsesi ini akan jadi macam ketagihan aku yang lain-lain, tiba hujung musim, semua ini akan lenyap macam itu sahaja, kan? harap-haraplah.

entah macam mana ya, kalau ketagih perkara-perkara lain? ah, yang penting aku tak ketagih benda-benda mengarut. kan?


Se-keping?
dalam versi bahasa Melayu: Budak Getah


Read more...

pandangan ini telah ditanda (tagged)

Jumaat, Oktober 31, 2008

aku tak pasti sama ada tajuk entri ini sesuai atau tidak. telah puas aku rujuk kamus (padahal aku terjemah sahaja dari sini).

permainan berantai yang aku pun sertai sekali.

trimas kepada Kudozu kerana menanda pandangan ini:




Rules utk tag ini..
1. Bagi just kat orang yang dirasakan GILA-GILA / BEST

2. Bagi kat 5 orang sahaja

3. Link orang yang terima award ni
4. Sesiapa dapat Award ni DiWAJIBkan buat POSTING sebab dia dapat award ni kat blog dia
5. Beritahu orang yang dapat award ini kt blog dia ok ! (buat trackback sahaja pun sudah memadai)



seterusnya, aku pun menanda pandangan-pandangan berikut:

  1. Ali Asyraf
  2. Maisarah Razali
  3. Nurain aka Cahaya Mata


pandangan siapa lagi?

Read more...

aku benci bila..

Rabu, Oktober 29, 2008

entri ini sumber ilham entri dari Kudozu. aku palagiat pinjam ya!

aku benci bila orang tu pandai cakap saja, tapi tak boleh blah. dalam kelas bukan main lagi cakap besar, sebut tentang semua hal, dia saja yang tahu, tapi habuk pun tak ada (you know, who you are).

aku benci bila dapat assignments berkumpulan, tapi aku saja yang buat semua tu. bila dapat markah, sama-sama nak pula. apa kes? sebelum kes ini, aku tak ambil pusing pun, tapi aku dah puas dipijak kepala. aku tak peduli, keadilan harus ditegakkan!

aku benci melihat orang perempuan yang hisap rokok. hilang ayu, tak ada seri. (persoalannya disini, haruskah aku membenci diri aku juga? kerana aku juga seorang perokok penghirup udara segar)

aku benci bila siapkan assignments di akhir waktu (last minute). sedangkan pada setiap awal sem (sejak dari tahun 1 pengajian), aku dah tanamkan kat dalam hati, bertekad nak siapkan semua assignments awal. akhirnya, tetap sama juga hasilnya.

aku benci bila duit belanja aku mula kurang, lama-kelamaan habis. dah habis semua, mana aku nak cekau duit belanja? (aku sendiri tak pasti sama ada diri aku sama macam entri ini?)

aku benci bila aku tersalah agak nak ini minyak berapa banyak. selalunya, kalau meter minyak petrol motor dah menunjuk tepat ke abjad 'E', aku akan isi sebanyak Ringgit Malaysia 7. tapi sejak akhir-akhir ini, minyak selalu tumpah (sebab terlebih isi). baru aku sedar, harga minyak semakin turun (buat masa ini).

banyak lagi yang aku benci bila.. nanti-nanti sajalah aku tambah.

thanks to Kudozu sebab menambah pautan pandangan aku di page beliau.

hari sudah merapat ke subuh, dan aku mula mengantuk.

kesimpulannya?
bantal dan tilam kesayangan aku sudah menggamit.

Read more...

ubat-ubatan: berkesan bagi aku

Sabtu, Oktober 25, 2008

minggu lepas, aku mendapat batuk yang amat teruk. bermula dengan sakit tekak, menular menjadi batuk, seterusnya suara aku mula serak. amat menyeksakan. aku biarkan sahaja, dengan harapan supaya batuk yang aku alami surut, tapi lepas dua tiga hari menjadi semakin teruk. musim kot.

masuk dewan kuliah, bergema bunyi batuk aku, segan siot. masuk tutorial, lagilah aku malu, tak tahan, aku pergi klinik kesihatan kampus. ya, lepas doktor check, aku pergi ke kaunter farmasi, ini lah harapan aku untuk sembuh:

hero aku


bercakap tentang tajuk entri, aku ni senang nak makan ubat, bukan susah pun, telan sahaja. aku pun hairan macam mana ada orang yang tak suka makan ubat, susah nak makan ubat. dah nama pun ubat, mana ada ubat yang rasa macam ayam goreng
, melainkan dah perisa ubat tu, perisa ayam goreng (ada ke?).

yeh!!! jawapan aku untuk soalan dalam entri ini aku jawab dengan betul. Kudozu tak faham dengan jawapan yang diberikan. kalau nak jelas lagi, rujuk Ali.

Read more...

Mengapa Mahasiswa Menyiap Tugasan dengan Sambil Lewa: Tumpuan kepada Pelajar Tahun Satu Fakulti Sastera, Universiti Malaya

Jumaat, Oktober 24, 2008

tiba-tiba aku dapat satu tajuk untuk latihan ilmiah aku. tapi sayang, pendaftaran subjek dah lama tutup.

sakit hati aku.

clarie suzie singki, disebabkan kau, aku tak tidur satu malam ni. tengok sekarang, dah subuh, aku tetap tak tidur lagi.

sakit hati aku.

aku pelik dan hairan macam mana Seksyen Kemasukan dan Rekod Universiti Malaya boleh terlepas pandang pelajar macam kau.

sakit hati aku

pelajar universiti, tapi ayat tunggang langgang, macam coach lrt berlaga. orang lain buat assignment berpuluh-puluh muka, tapi kau buat cuma dua muka.

sakit hati aku.

aku bagi sms,
clary, mana ksmpulan?

kau tak balas, buat hati aku sakit.

aku bagi sms lagi,
helo clary. mana ksmpulan? nape skit sgt? u bleh bt blk x? emel kat i malam ni jugak, sebab i nak edit then print. URGENT!

kali ini kau balas, dengan selambanya kau cakap,
i have no idealh... sdah.....

hati aku sakit, aku naik angin, aku balas,
how come? then wats gonna happen 2 dis asgmnt?

kau memang, pandai berdalih, kau balas,
tpi kalau e2 ja sya dpat nak camne...

banyak cantik muka kau, sengal! hati aku makin sakit, aku balas lagi,
u didnt find any rujukan. rite? main lib byk la. i buat pengenalan utk psikologi pn da 4 mke tau. then how come u said thats all wat u got?

kau senyap tanpa balas, hati aku dah bertambah panas. kau
memang sengal!


hati aku sangat sakit.

aku sambung taip tugasan dengan hati aku yang berdongkol penuh mencarut tentang kau. kau sengal!

hati aku sakit lagi.


aku bagi sms lagi, tak puas hati,
u pnye ayat byk y xde kaitan dengan matlamat psikologi. mcm ni, sme je i bt sorg2.

padan dengan muka kau. baru lepas tu kau nak balas,
i'm sory......

sory naik lari lah!


hati aku masih sakit.


clarie suzie singki, kau memang sial!


<

Read more...

nasib

Khamis, Oktober 23, 2008


semester ini aku ada empat assignments berkumpulan, dan nasib aku, keempat-empat assignments tersebut, aku dapat teammate yang buat hati aku panas. apa ke tidaknya, semuanya nak aku yang buat, semuanya nak aku yang siapkan.

jujur, aku tak kisah langsung kalau nak suruh taip walau 100 muka sekali pun (sememangnya aku suka menaip), print, bind, dan lepas tu submit. ini tidak, semuanya nak aku sediakan. naik lemak lah korang macam ni.

sesungguhnya aku sangat penat pada minggu ini, terkejar-kejar nak siapkan assignments, join pesta ko-k lagi. tapi memang seronok, pertama kali aku naik pentas DTC. barulah aku tahu perasaan kecut perut masa ada di atas pentas persembahan. sekurang-kurangnya, aku pernah buat persembahan di atas pentas.

tugasan sedang menunggu aku, kenapa aku rase langsung tak bersemangat? baik, santai seketika dengan entri ini dari Ali Asyraf.

clarie suzie singki, kenapa kau buat bahagian kau cuma dua muka surat sahaja? kenapa kau tak balas sms aku?

Read more...

akulah batman!

Selasa, Oktober 21, 2008

ya, jam menunjukkan pukul 2.45 pagi, dan aku masih lagi menghadap monitor kesayangan aku.

siapa aku? aku lah BATMAN. haha, entri merepek hasil keawang-awangan aku di blogosfera.


Your results:
You are Batman

























Batman
65%
Superman
60%
Hulk
60%
The Flash
55%
Robin
47%
Supergirl
40%
Green Lantern
40%
Spider-Man
35%
Catwoman
30%
Wonder Woman
10%
Iron Man
10%
You are dark, love gadgets
and have vowed to help the innocent
not suffer the pain you have endured.


Click here to take the Superhero Personality Quiz




mahu satu? nah. kalau tak, ikut je pautan di atas.

Read more...

sampah masyarakat

Isnin, Oktober 20, 2008

ya, entri ini aku catat lepas aku baru sahaja balik dari keluar makan di restoran kegemaran kami serumah, Restoran Makanan Islam ABC (Always Best Choice): kedai mamak.

entri ini khas aku tujukan kepada sampah-sampah masyarakat di luar sana, yang amat menjengkelkan aku, yang sangat aku benci, yang menyemak pada pandangan mata aku, jijik, dayus.


tadi sedang aku makan dengan teman serumah yang disayangi, datang sekelompok manusia seperti tajuk entri. entah apa dosa kami hari ini, mereka duduk meja sebelah meja kami. memang sial! dengan mata merah menyala: sah baru sahaja layan ganja, bercakap entah apa yang mengarut, dengan pakai yang selekeh, macam najis. yang aku jaki sangat-sangat, seorang dari empat mamat-mamat tadi, macam haram perangai dia. entah apa hantu yang merasuk mamat ni.


mamat sampah: bai, order!
bai: ya bos, order.
mamat sampah: bagi aku roti kosong satu.

dan bermulalah adegan yang sangat menjengkelkan aku, sebabnya, bai tu tak faham sangat dengan bahasa Melayu. tersalah tafsir order dari mamat sampah tu, dia pun tersasul:-

bai: mau kari ayam, kambing, lembu?
mamat sampah: eh, ape ko cakap? kambing?

bai: sori-sori, saya baru punya orang.
mamat sampah: sori pale b***o kau!

dan bermulalah adegan yang menjengkelkan aku, memang aku rasa nak tumbuk muka sampah tu. memang macam haram.


ya, dan aku pun gatal tangan, capai telefon, aku klik butang capture.

maaf, kualiti gambar dari kamera yang tiada mega pixel.

memang tak senonoh. buat malu bangsa betul.

ya, aku sedar, aku catat entri ini dengan fikiran yang dipengaruhi emosi. tapi aku tak peduli, aku nak juga catat, puas hati aku.


Read more...

bosan

Khamis, Oktober 16, 2008

entri ini dicatat dikala aku kebosanan menyiapkan tugasan. haha, dengan masa nak submit yang betul-betul dah dekat, aku boleh lagi membenchot. argh!!! aku betul-betul bosan yang teramat. (nahu yang salah kerana tidak gramatis: mengandungi dua kata penguat)

inilah rupa meja tulis aku yang berselerak dengan buku, dan penuh dengan habuk r***k


thanks to Maisarah Razali sebab sudi mengklik ke pautan pandangan aku ni.

Read more...

sedang berlari

Jumaat, Oktober 10, 2008

yosh! minggu ni dah masuk minggu ke-12 kuliah untuk sem ni. jadi, seperti kebiasaannya, inilah masa untuk aku menginsafi diri, merenung kembali tentang tabiat aku yang sangat buruk: suka bertangguh.

jadi, aku nak berehat sebentar dari blogosfera, siapkan tugasan-tugasan aku yang sedang berlambak.

sesungguhnya aku sedang berlari, mengejar masa! malas nak berlari, aku tunggang je motor! yosh!!

Read more...

tabiat

Khamis, September 25, 2008

diam tak diam lima hari lagi kite berpuasa, lagi lima hari nak beraya. aku dah mula malas nak cari entri-entri baru untuk blog ni, tabiat tu. mana ke tidaknya, assignments dah diberi dua bulan yang lepas, punyalah banyak masa untuk aku siapkan. ini tidak, esok nak submit, hari ni jugalah bertungkus-lumus siapkan, tabiat tu. ape orang mat salleh panggil: habit. haha, apa tidaknya, dari tahun pertama lagi aku dah punya tabiat macam ni. awal-awal semester bukan main lagi tanam dalam hati nak siapkan assignments awal, akhirnya, macam ni la juga.


(mulai entri ini aku akan mengecop mereka-mereka yang aku tak kenali sebagai mamat: bagi lelaki; minah: bagi perempuan)


hari ini hari terakhir aku ke kampus sebelum cuti beraya (esok kelas tiada, yeahh!!). dan selalunya, masa-masa macam ni terdapat beberapa fenomena yang dapat aku lihat ketika berada di APM yang ada kaitan dengan tabiat:-

  • lepas park motor aku stail singapore, jumpa orang yang pertama kat APM tu, mesti aku disoal tentang lecturer yang dicari oleh kawan-kawan aku. ala, selalunya, aku pun macam tu. ini mesti kes submit assignment minit-minit terakhir ni. diorang ni, dah lah hantar assignments lambat, lepas tu tak deal dengan lecturer diorang untuk submit (maaf popo, elo, aku melobi nama korang untuk entri ini). sekurang-kurangnya, deal lah dengan lecturer, tak lah korang penat-penat tawaf satu APM tu mencari
  • kedai fotokopi mesti penuh dengan mamat-minah dan minah-minah. ini mesti kes nak bind skrip-skrip assignments diorang. sebab apa? sebab hantar lambat, ini la tabiat pelajar-pelajar APM. lepas tu, aku nak berjalan (depan kedai fotokopi tu) pun tak boleh. apalah salahnya bagi laluan kat orang-orang yang macam aku (yang tidak bersalah ni).
  • kelas tutorial kosong. bayangkanlah, kelas yang asalnya ada 32 orang, hari ni tinggal lima orang (termasuk aku). presentation yang paling kelakar sepanjang aku jadi audien, presenter empat orang, audiennya, aku! hari-hari yang akhir selalunya, pelajar punya tabiat ponteng kelas, tak pun, balik dah.

aku pelik dan hiran, kenapa bazar ramadhan kat desa petaling ni kekurangan awek-awek ek? tabiat tu, orang lain pergi situ tengok juadah berbuka puasa, yang aku tengok ke lain pulak. teringat entri dari Melayu Minimalis: kisah 1 dan kisah 2.

Read more...

lalang

Jumaat, September 19, 2008

ya, blog ni da bertambah kusam lagi berhabuk. lama dah tak di kemas kini. sibuk dengan tugasan (sibuk kah?). satu lagi isu pandang dunia aku, kali ni tentang lalang. ya, bukan lalang di padang atau di belukar, tapi semantiknya ditujukan kepada manusia. kenapa? ya, manusia yang macam lalang, sekejap lentuk ke kiri, sekejap lentuk ke kanan. kalau lalang di padang, lentuknya di sebabkan angin, tapi manusia tidak, disebabkan hipokrit yang ada dalam diri manusia tu.

kenapa isu ini aku sebut? dengan isu politik semasa di Malaysia ini, buat aku pening. ya, mungkin bukan aku je yang pening, tapi ramai lagi. dengan isu Anwar Ibrahim yang dapat kerusi di parlimen, dah dapat kerusi, kerajaan pula yang nak diambilnya. ya, isu ini aku sebut sebab minggu lepas aku berborak dengan seorang lelaki (sekelas dengan aku), yang agak kelakar perwatakannya, nak dikategorikan sebagai grunge tidak, punk pun tidak, skin pun tidak juga. jadi aku pon tak tahu nak kategorikan apa. ya, dah dapat kategorinya, poseur.

mamat ni mulakan boraknya dengan timbulkan persoalan tentang Anwar yang nak tubuhkan kerajaan. aku bagi la pendapat aku yang ala-ala malas nak ambil tahu (memang malas pun, politic is dirt). dia pun keluarkan hujah-hujah dia ala-ala Shabery Chik masa berdebat dengan Anwar. dan dari apa yang aku dapat simpulkan dari huraian hujah dia itu, dia amat mengeji cara Anwar yang disebutnya kotor. aku pun malas nak memanjang lebarkan persoalan itu, aku pun menutup perbualan kami dengan pernyataan "aku mengambil tindakan berkecuali" bila hujah dia makin meleret-leret dengan carutan dan kejian terhadap Anwar. aku hormat dengan pandangan dia sebab dari pandangan aku, politik itu juga merupakan satu isu yang subjektif (pada aku lain. pada dia lain, dan seterusnya pada pandangan orang lain pun lain juga).

ya, yang aku amat-amat terkejut, isnin lepas (15 september) masa tengah angkat wuduk di surau APM, aku terpandang kelibat seekor mamat ni dari belakang, sedang menampal sesuatu di dinding luar surau. aku sangsi notis apa yang perlu ditampal di dinding luar surau? mamat tu berpaling, memandang aku. sah, mamat yang berhujah dengan aku minggu lepas, aku terus teliti poster apa yang ditampal. haha, poster yang menyokong rancangan Anwar (tentang 16 september, aku pun dah lupa apa isinya). aku terus jeling muka mamat tu, dengan muka yang suci lagi murni (huh?), aku mendengus sambil berkata "lalang" kat mamat tu.

faham ke tidak moralnya? minggu lepas mamat tu bercakap pasal keburukan Anwar, dan lepas tu dia boleh pula menyokong Anwar pula. takkah pening macam tu. hari ni ke kanan, esok lusa pula ke kiri, macam lalang. betul, politik tu subjektif, tapi takkan la sampai macam tu.

faham? aku pun dah pening. ya, tunggu sampai berhabuk lagi blog ni, baru kemas kini. ya mamat, tugasan sedang menunggu.

Read more...

puasa?

Isnin, September 08, 2008

yosh!! blog ni dah berhabuk dah. entah dah berapa lama aku tak bukak, aku x kemas. haha, dah masuk bulan puasa da. ya, isu kali ni, berkenaan dengan puasa, pandang dunia aku tentang puasa.

ya, puasa, satu tuntutan sebagai hambaNYA. aku sedar, aku ni pun bukannye baik sangat, tapi aku pun tau mana yang baik dan mana yang buruk.

nak dijadikan isu, hari pertama aku puasa, aku dalam perjalanan dari kampung ke KL naik bas sangkut-sangkut. kenapa? haha, tiket bas ekspres dah habis la pulak. haha, tapi takpe, berbaloi. aku dapat pengalaman, kali pertama naik bas sangkut-sangkut untuk perjalanan yang paling jauh.

mase dalam bas dari gemas ke tampin, naik sorang minah ni. pakai tudung, dan aku tahu die sememangnya muslimah (takkan la bukan Islam nak saja-saja nak pakai tudung kot?). die naik bas, duduk depan aku. yang kelakarnya, mulut die tengah kunyah gula getah. aku pun hairan, dalam hati aku berdongkol "bodoh ke minah ni?". bukan ke bulan puasa ni? tahu lah kau tu tak puasa sebab datang bulan. tak payah lah nak tunjuk yang kau tu tak puasa.

lagi berdongkol hati aku, die boleh bergayut, cakap kuat-kuat yang dia tak puasa, macam dengan balak dia. apa da takde perasaan malu ke semua orang dengar? haha, kelakar, muka dengan perangai sama je, macam jamban.

yosh, mari sambung tengok anime lanun, sambil tunggu waktu sahur.

Read more...

membentang lwn membaca

Selasa, Ogos 26, 2008

ya, blog ini da berhabuk. dah habis bercuti, tiba masa untuk meneruskan saki baki semester yang aku rasakan semakin pendek waktunya. pejam celik dah tinggal satu sem lagi.

ya, tajuk catatan seperti di atas aku pilih kerana aku dapat satu isu hari ini. pembentangan subjek pengantar psikologi untuk subjek luar fakulti (fakulti sastera dan sains sosial) aku dah berlalu siang tadi. haha, clarie aka larry jadi pembantu aku kali ini.

dari pandang dunia aku selama dua tahun masuk tahun ketiga pengajian aku ini, entah dah berapa pembentangan aku jadi audiens. mungkin aku boleh katakan bukan pembentangan, semua itu hanyalah pembacaan nota atau edaran atau pertunjukan slain semata-mata. apa tidaknya, hampir kesemua pembentang-pembentang cuma baca sahaja. pembentangan apa macam tu? tiada penerangan, tiada huraian tentang tajuk pembentangan langsung. memang tak aku nafikan, ada jugak segelintir yang agak bagus dalam membentang, macam contoh elo, popo, am, adi, hamsah. haha, aku tak terkecuali la.

bagi aku, kalau nak bentang tu, janganlah baca seratus peratus edaran atau pertunjukan slain semata-mata. kenapa dengan korang ni? korag kan dah besar, pandai-pandai semuanya (kalau tak pandai, takkan lah sampai masuk u), korang masih lemah lagi dalam membuat persembahan pembentangan. aku bukan nak meninggi diri, tapi semua tu common sense. da nama pun pembentangan, bukan pembacaan. aku sedar, tak semua memiliki kebolehan bercakap (public speaking) yang baik. tapi, bagi aku melalui presentation tugasan, boleh dijadikan wadah nak melatih diri dalam pengucapan awam.

haha, yang kelakar, kalau edaran atau slide show panjang berdepa-depa, mahunya kelas tu bertukar menjadi kelas pembacaan berita. haha, mana ke tidaknya syarikat-syarikat kat Malaysia ni cop graduan UM tak punya soft skill.

haha, baik! housemate aku semua pun da tidur, jadi tiba giliran aku pulak nak melabuhkan layar mimpi aku.

Read more...

perempuan

Jumaat, Ogos 15, 2008

ya, setelah sekian lama aku asyik memerhati, observed kata mat salleh, macam-macam penafsiran tentang perempuan yang ada kat kepala aku ni. secara umum atau khusus, tak kisah lah, yang penting ini pandang dunia aku.

perempuan, selalunya dikaitkan dengan lemah lembut, kesantunan, keayuan, malu, dan lain-lain lagi lah. ah, tolak ke tepi semua tu. kenapa? haha, tak semua perempuan punya profil macam yang aku sebutkan di atas. kenapa? sebab pandang dunia aku mengatakan demikian, haha, suka hati aku lah kan?

aku berjalan, tak kisah laj ke bandar ke, ke kelas ke, apa yang aku perhatikan, perempuan, bila berjalan berseorangan, nampak je ayu, sopan, lemah lembut je, wangi je semuanya. hah, bila da jumpa teman tak pun kawan, berderailah semua tu, habis semuanya busuk belaka. ketawa bersepah, suara macam itik serati pun keluar. haha, kelakar. yang punya dialek lagi la, kalau dialek negeri ke, utara ke, aku tak la kisah sangat, tapi kalau da dialek pantai timur, huh, da macam keling da aku dengar. bercakap kalau suara tu perlahan takpe la jugak, ni ha, macam nak menjerit je aku dengar, macam la kawan die tu duduk sebatu jauh dengan die, padahal duduk sebelah je. ingat, ini hanyalah pandang dunia aku, no offense.

perempuan, kalau pakai tudung, lagi la kelakar. ada yang pakai tudung, tapi tudungnya berbelit-belit kat leher, yang ditutup, rambut, part dada yang tersembul tu, tak pulak ditutup, ape ke peliknya korang sume ni? yang ada pakai tudung, tutup baik je kepala sampai ke dada, tapi yang buruknya, pakai baju berlengan pendek, ada pulak yang nampak ketiak, kan kelakar macam tu. ada lagi ni, pakai tudung tapi baju ketat macam tak pakai je aku tengok, segala lekuk kat dada, perut, semua nampak, ada yang nipis pulak tu. korang ni, pakai tudung sebab kewajipan ke, atau sekadar nak berhias, nak berfesyen? atau, sekadar nak menutup rambut kusut korang? haha, pandang dunia aku, no offense.

dari pemerhatian aku, perempuan, kalau cari balak, selalunya mesti tak sepadan (dari pandang dunia aku). kenapa? ya, sebab tak kena. maksud aku, ada yang cantik, wangi harum semerbak, tapi cari balak busuk macam apa. haha, kelakar kan? pengalaman aku, berjalan-jalan kat klcc. nampak minah sorang ni, sopan je, tudung labuh, ayu, wangi sangat-sangat, tapi berjalan kat sebelah die, dengan seluar pendek menampakkan bulu kaki yang kusut, selipar jepun, rantai anjing kat leher, rambut serabai, entah mana lelaki sesat entah. korang ni pandai ke tidak nak pilih pasangan?

pengalaman aku, ada sorang kawan (perempuan), bercerita masalah dia, dan aku pun dengar lah. balak dia ni dah lah panas baran, kaki pukul (dayus), nak mintak putus dengan dia, tapi si minah ni tak nak pulak nak lepaskan lelaki tu. apa punya orang la. dah tau lelaki macam tu pun masih lagi nak berpasangan. dah tak ada lelaki lain lagi ke dalam dunia ni? (aku kan ade. haha)

perempuan, mulut je cakap tak nak, tapi hati, melonjak-lonjak nak.

Read more...

muak lwn riang

Ahad, Ogos 10, 2008

semalam aku keluar jugak. tak disangka-sangka, rancangan kami lepas maghrib bertindih pula dengan yang lepas isyak, jadi, yang lepas isyak dicepatkan jadi lepas maghrib. macam mana tu ek? haha, senang je, pergi ke dua-dua tempat. senang, ringkas dan padat.

rancangan yang pertama, aku tunaikan janji aku kat yati, aku dan yang lain datang juga ke tempat yang dijanjikan. kat sini, aku berasa pelik dan hairan yang teramat. aku buat ape kat situ sebenarnya? diundang ke tempat tu, tapi jadi macam orang bodoh, tak tentu hala. ya, aku sangka aku saja je yang fikir macam tu, yati pun sama jugak, haha, atun pun da cakap perkara yang sama. hukhuk.. azizi pun setuju dengan kami. kita orang buat apa kat situ? masih menjadi persoalan.

bagi aku, kalau hati tak ikhlas buat sesuatu perkara tu, mesti perkara yang kita nak buat tu jadi macam tak tentu hala, ada saja yang tak betul, tak kena.

tiba masa untuk aku dan kawan-kawan beransur. aku dengan segala hormatnya meminta diri bersama kawan-kawan. nak pergi mana? nak pergi rumah hantu! bukan selalu kami melakukan sesuatu bersama-sama, lagi-lagi lepas kelab tu dah x wujud. ala, masa wujud lagi pun da tak seronok..

yang nak dijadikan cerita, aku punya la sopan nak minta diri, tapi ade suara-suara sumbang, kalau tak silap aku ada dua suara sumbang:-

  1. ala, rumah hantu tu kecik la
  2. ala, nak masuk kena bayar 4 ringgit, mahal la


haha,aku dengan muka ketat (pada hal masa tu darah aku tengah menyirap), dengan selambanya, menjawab, "tak kisah, asal riang berjalan dengan kengkawan". haha, dengan muka kecewanya, orang-orang tersebut merelakan pemergian aku dan kami.

aku rasa pelik sangat, apa la gunanya aku kat dalam majlis tu? lebih baik aku tak ada dari ada, ya, memudahkan mereka untuk mengipas dan membodek. pelik dan hairan sangat, kenapa la ada orang yang jaki sangat dengan orang lain, aku rase lebih baik tak payah undang kami.

tapi kesian kat yati, terkontang-kanting keseorangan, takpe la yati, len kali kalau ade lagi aktiviti bersama, kita sertai ya!!

masuk rumah hantu, tak la seronok sangat (mungkin sebab yati tak sertai), tapi keriangan tu tetap ada. aku pun pelik tengok hantu-hantu tu, bermodalkan kain putih, mekap tebal, suara yang garau, kerja diorang macam melepas batuk di tangga. tapi, mampu buat aku gelak sampai berpeluh, bukan takut. dan yang aku pelik, si safwan peluk aku macam aku ni tiang lampu pulak. si sherry dengan maz, memang rugi, x tengok mamat-mamat hantu tu. huhum ade ke patut sepanjang-panjang masuk rumah hantu diorang tutup mata. sama macam tak payah masuk. riang berjalan dengan kawan, tapi tak seriang kalau ada yati..

ya, aku lebih senang bercampur dengan mereka-mereka yang sama kepala macam aku. hukhuk, muak pada awalnya, tapi jadi riang akhirnya. cukup la tu.

Read more...

fikiran aku yang sangat malas

Jumaat, Ogos 08, 2008

hari ni aku di jemput oleh seseorang yang untuk menghadirkan diri ke jamuan meraikan senior. huh? jamuan? makanan dan pengangkutan perlu disediakan sendiri? haha, bukan jamuan kot, cuma berkumpul beramai-ramai. entah la, aku asyik memikirkan hal ini dari tadi. kenapa?

mungkin sebab kejadian yang pernah berlaku dalam sistem organisasi kelab tersebut, menjadikan aku masih lagi terasa hati, sehingga kini.ya, sampai sekarang aku masih lagi tersa hati. sebab apa? sebab perkara yang lepas masih tidak selesai lagi. ya, masih lagi menjadi tanda tanya.

perlukah hidup kita menjunjung, mendongak, tabik, mengampu, mengipas orang lain? kenapa macam dah tak ada lagi nilai dan jati diri? aku pelik sangat tengok karenah orang yang macam tu. ape kena dengan korang ni? kawan-kawan sekalian, anda semua mahasiswa, belajar di tahap yang agak tinggi sehinggakan pepatah Melayu mengatakan tahap pendidikan kita sekarang ni ialah menara gading. takkan la masih lagi nak hidup macam tu.

bukannya ape, aku rasa da muak dan macam nak muntah da tengok gelagat yang macam tu. rase macam sengal sangat-sangat. korang tak rase sengal ke berkelakuan macam tu? sudah la, sampaikan aku tak mampu berkata apa-apa. sekejap! aku rase aku hanya mampu tergelak. haha, korang yang kenal aku pon kenal macam mana aku gelak kan? haha!!! entah, aku yang memandang pon rasa malu, ape korang tak rasa malu ke? haham sudah, aku malas nak fikir.

esok juga ada kawan ajak aku pergi jalan-jalan. ha, nak pergi yang mana satu ek? hati aku kuat untuk mengatakan supaya aku pergi kedua-duanya. kan aku suka memerhati gelagat orang sekeliling aku, ye tak?

untuk yati dan ana, insyaAllah aku cuba puaskan hati korang berdua. kite kan kawan, ye tak?

Read more...

pertama

Khamis, Ogos 07, 2008

yang pertama, nak perihalkan tentang ape ye? baik, aku cerita tentang pandang dunia aku. ade yang kurang faham ape maksud dengang pandang dunia aku. mungkin jarang korang dengar kata majmuk tersebut. mungkin, kecuali kepada mereka-mereka atau secara mudahnya, kawan-kawan satu kelas, lebih kepada major jabatan aku, mesti pernah dengar atau faham kosa kata tu.

secara mudahnya, konsep pandang dunia ni, kalau terus di translasikan kepada bahasa Inggeris, world view. haha, kan senang, ye tak? tak payah la nak susah-susahkan akal fikiran, nak tunggu akal tu celik. haha.
(hujan sedang lebat di luar)
diri aku, senang sahaja, amat ringkas, sempoi, pemalu (ada sesetengah daripada mereka, tidak dapat menerima pernyataan bahawa diri aku pemalu), agak gopoh, suka berkawan, suka makan, agak malas (kata agak membawa kepada maksud sedikit sahaja), dan selebihnya, anda nilai sendiri. kalau aku dapat lagi penilaian dari orang lain atau daripada aku sendiri secara langsung atau tidak, sengaja atau tidak, akan aku tambah lagi. ok?

aku suka melihat gelagat orang di sekeliling aku. kenapa aku suka? haha, mestilah melihat keindahan ciptaan TUHAN. bila melihat, aku cuma menghayati sahaja, malas nak lebih daripada tu. haha, aku agak mereka-mereka yang selalu berjalan atau mendampingi aku, akan faham maksud ayat tu. haha.

perihal tentang pengamatan yang disukai aku (haha, da berbelit-belit da kosa kata aku), selalunya aku akan bercakap seorang diri (selalunya dalam hati, nanti kalau orang nampak aku bercakap sorang-sorang, cakap aku gila la pulak) tentang kenapa, pendapat aku, cacian atau pujian aku dan seterusnya (haha, sebenarnya aku pun tak tahu kenapa aku perlu ambil tahu tentang semua tu).

susah nak faham kan? haha, entah la, selalunya, orang sekeliling (selalunya kawan-kawan sekuliah), akan terkejut dengan perwatakan, personaliti dan diri aku sendiri. haha, aku masih tak tahu kenapa. kenapa ek?

haha, cukup-cukup la tu. aku tahu, korang yang terbaca blog ni mesti bantai gelak sakan, sebab entah apa-apa entah. haha, kan?

baik, hujan dan berhenti, udara amat dingin sekali, menjadikan aku ghairah untuk berhibernasi. haha.

Read more...
Add to Technorati Favorites
Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Status aku Kini

Berikan aku sedikit masa kerana masa aku kebanyakannya habis di kubikel kecil itu.

Masih juga mencari pandang dunia yang nyaman serta tenteram.

Tahu di mana?

Oh ya, hati ini sudah diisi, moga kekal kali ini.

  © Template blog ini telah di ubah suai secukup rasa oleh xmamatx dari Newspaper oleh Ourblogtemplates.com 2011

Kembali ke ATAS