tabiat

Khamis, September 25, 2008

diam tak diam lima hari lagi kite berpuasa, lagi lima hari nak beraya. aku dah mula malas nak cari entri-entri baru untuk blog ni, tabiat tu. mana ke tidaknya, assignments dah diberi dua bulan yang lepas, punyalah banyak masa untuk aku siapkan. ini tidak, esok nak submit, hari ni jugalah bertungkus-lumus siapkan, tabiat tu. ape orang mat salleh panggil: habit. haha, apa tidaknya, dari tahun pertama lagi aku dah punya tabiat macam ni. awal-awal semester bukan main lagi tanam dalam hati nak siapkan assignments awal, akhirnya, macam ni la juga.


(mulai entri ini aku akan mengecop mereka-mereka yang aku tak kenali sebagai mamat: bagi lelaki; minah: bagi perempuan)


hari ini hari terakhir aku ke kampus sebelum cuti beraya (esok kelas tiada, yeahh!!). dan selalunya, masa-masa macam ni terdapat beberapa fenomena yang dapat aku lihat ketika berada di APM yang ada kaitan dengan tabiat:-

  • lepas park motor aku stail singapore, jumpa orang yang pertama kat APM tu, mesti aku disoal tentang lecturer yang dicari oleh kawan-kawan aku. ala, selalunya, aku pun macam tu. ini mesti kes submit assignment minit-minit terakhir ni. diorang ni, dah lah hantar assignments lambat, lepas tu tak deal dengan lecturer diorang untuk submit (maaf popo, elo, aku melobi nama korang untuk entri ini). sekurang-kurangnya, deal lah dengan lecturer, tak lah korang penat-penat tawaf satu APM tu mencari
  • kedai fotokopi mesti penuh dengan mamat-minah dan minah-minah. ini mesti kes nak bind skrip-skrip assignments diorang. sebab apa? sebab hantar lambat, ini la tabiat pelajar-pelajar APM. lepas tu, aku nak berjalan (depan kedai fotokopi tu) pun tak boleh. apalah salahnya bagi laluan kat orang-orang yang macam aku (yang tidak bersalah ni).
  • kelas tutorial kosong. bayangkanlah, kelas yang asalnya ada 32 orang, hari ni tinggal lima orang (termasuk aku). presentation yang paling kelakar sepanjang aku jadi audien, presenter empat orang, audiennya, aku! hari-hari yang akhir selalunya, pelajar punya tabiat ponteng kelas, tak pun, balik dah.

aku pelik dan hiran, kenapa bazar ramadhan kat desa petaling ni kekurangan awek-awek ek? tabiat tu, orang lain pergi situ tengok juadah berbuka puasa, yang aku tengok ke lain pulak. teringat entri dari Melayu Minimalis: kisah 1 dan kisah 2.

Read more...

lalang

Jumaat, September 19, 2008

ya, blog ni da bertambah kusam lagi berhabuk. lama dah tak di kemas kini. sibuk dengan tugasan (sibuk kah?). satu lagi isu pandang dunia aku, kali ni tentang lalang. ya, bukan lalang di padang atau di belukar, tapi semantiknya ditujukan kepada manusia. kenapa? ya, manusia yang macam lalang, sekejap lentuk ke kiri, sekejap lentuk ke kanan. kalau lalang di padang, lentuknya di sebabkan angin, tapi manusia tidak, disebabkan hipokrit yang ada dalam diri manusia tu.

kenapa isu ini aku sebut? dengan isu politik semasa di Malaysia ini, buat aku pening. ya, mungkin bukan aku je yang pening, tapi ramai lagi. dengan isu Anwar Ibrahim yang dapat kerusi di parlimen, dah dapat kerusi, kerajaan pula yang nak diambilnya. ya, isu ini aku sebut sebab minggu lepas aku berborak dengan seorang lelaki (sekelas dengan aku), yang agak kelakar perwatakannya, nak dikategorikan sebagai grunge tidak, punk pun tidak, skin pun tidak juga. jadi aku pon tak tahu nak kategorikan apa. ya, dah dapat kategorinya, poseur.

mamat ni mulakan boraknya dengan timbulkan persoalan tentang Anwar yang nak tubuhkan kerajaan. aku bagi la pendapat aku yang ala-ala malas nak ambil tahu (memang malas pun, politic is dirt). dia pun keluarkan hujah-hujah dia ala-ala Shabery Chik masa berdebat dengan Anwar. dan dari apa yang aku dapat simpulkan dari huraian hujah dia itu, dia amat mengeji cara Anwar yang disebutnya kotor. aku pun malas nak memanjang lebarkan persoalan itu, aku pun menutup perbualan kami dengan pernyataan "aku mengambil tindakan berkecuali" bila hujah dia makin meleret-leret dengan carutan dan kejian terhadap Anwar. aku hormat dengan pandangan dia sebab dari pandangan aku, politik itu juga merupakan satu isu yang subjektif (pada aku lain. pada dia lain, dan seterusnya pada pandangan orang lain pun lain juga).

ya, yang aku amat-amat terkejut, isnin lepas (15 september) masa tengah angkat wuduk di surau APM, aku terpandang kelibat seekor mamat ni dari belakang, sedang menampal sesuatu di dinding luar surau. aku sangsi notis apa yang perlu ditampal di dinding luar surau? mamat tu berpaling, memandang aku. sah, mamat yang berhujah dengan aku minggu lepas, aku terus teliti poster apa yang ditampal. haha, poster yang menyokong rancangan Anwar (tentang 16 september, aku pun dah lupa apa isinya). aku terus jeling muka mamat tu, dengan muka yang suci lagi murni (huh?), aku mendengus sambil berkata "lalang" kat mamat tu.

faham ke tidak moralnya? minggu lepas mamat tu bercakap pasal keburukan Anwar, dan lepas tu dia boleh pula menyokong Anwar pula. takkah pening macam tu. hari ni ke kanan, esok lusa pula ke kiri, macam lalang. betul, politik tu subjektif, tapi takkan la sampai macam tu.

faham? aku pun dah pening. ya, tunggu sampai berhabuk lagi blog ni, baru kemas kini. ya mamat, tugasan sedang menunggu.

Read more...

puasa?

Isnin, September 08, 2008

yosh!! blog ni dah berhabuk dah. entah dah berapa lama aku tak bukak, aku x kemas. haha, dah masuk bulan puasa da. ya, isu kali ni, berkenaan dengan puasa, pandang dunia aku tentang puasa.

ya, puasa, satu tuntutan sebagai hambaNYA. aku sedar, aku ni pun bukannye baik sangat, tapi aku pun tau mana yang baik dan mana yang buruk.

nak dijadikan isu, hari pertama aku puasa, aku dalam perjalanan dari kampung ke KL naik bas sangkut-sangkut. kenapa? haha, tiket bas ekspres dah habis la pulak. haha, tapi takpe, berbaloi. aku dapat pengalaman, kali pertama naik bas sangkut-sangkut untuk perjalanan yang paling jauh.

mase dalam bas dari gemas ke tampin, naik sorang minah ni. pakai tudung, dan aku tahu die sememangnya muslimah (takkan la bukan Islam nak saja-saja nak pakai tudung kot?). die naik bas, duduk depan aku. yang kelakarnya, mulut die tengah kunyah gula getah. aku pun hairan, dalam hati aku berdongkol "bodoh ke minah ni?". bukan ke bulan puasa ni? tahu lah kau tu tak puasa sebab datang bulan. tak payah lah nak tunjuk yang kau tu tak puasa.

lagi berdongkol hati aku, die boleh bergayut, cakap kuat-kuat yang dia tak puasa, macam dengan balak dia. apa da takde perasaan malu ke semua orang dengar? haha, kelakar, muka dengan perangai sama je, macam jamban.

yosh, mari sambung tengok anime lanun, sambil tunggu waktu sahur.

Read more...
Add to Technorati Favorites
Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Status aku Kini

Berikan aku sedikit masa kerana masa aku kebanyakannya habis di kubikel kecil itu.

Masih juga mencari pandang dunia yang nyaman serta tenteram.

Tahu di mana?

Oh ya, hati ini sudah diisi, moga kekal kali ini.

  © Template blog ini telah di ubah suai secukup rasa oleh xmamatx dari Newspaper oleh Ourblogtemplates.com 2011

Kembali ke ATAS