dedikasi untuk kamu yang bodoh

Ahad, November 30, 2008

hei kamu yang berpakaian seragam baju putih, seluar hitam, bertopi hitam dan ada bulu ayam di atasnya. sedarlah kamu bahawa kamu sememangnya bodoh.

ya, kamu memang bodoh!

hei kamu, kamu mahu pulang awal ke rumah bukan? sedarlah bahawa kamu memang bodoh.

kamu nak lakukan kerja aku? sedarlah kamu, bahawa kamu sememangnya bodoh. ya, bodoh!


sekurang-kurangnya pendidikan aku lebih tinggi dari kamu. ya, lebih tinggi dari kamu. kalau kamu pandai, kamu tidak berpakaian seragam seperti itu.

ya, aku ludah kamu.


hei kamu "pengawal keselamatan" blue wave, sedarlah kamu, kamu memang bodoh!!






ya, kamu bodoh!














hei kamu, abaikan entri ini. ini dedikasi untuk mereka yang sangat-sangat bodoh.




kamu tidak bodoh seperti mereka bukan? ya, bagus!

Read more...

beza orang Melayu dengan yang lain

Rabu, November 26, 2008

entri kali ini berkisarkan tentang pandangan aku sendiri. ya, setiap orang punyai pandangan yang subjektif. kamu tahu subjektif?

contohnya, bagi aku baik tapi bagi kamu buruk. bila baik bagi kamu, buruk pula bagi aku. faham sudah? kamu bagus. kalau tidak, abaikan.

ya, aku rasa pandangan aku ini sudah menjadi pandangan streotaip bagi sesetengah orang. ya, mungkin pandangannya yang sama dengan aku.

hei kamu, yang Melayu. kamu tahu bukan bangsa kamu itu bagaimana? ya, bagus. kalau tidak, abaikan.


di sini aku ingin mengambil contoh, tempat kediaman bagi dua tempat yang berbeza. pertama, bangunan kediaman yang majoritinya diduduki oleh orang Melayu. kedua, bangunan kediaman juga, tapi majoriti penduduknya ialah bukan Melayu. ya, majoritinya bangsa Cina.

hei kamu, ingat ya, di sini aku bukan hendak membanding-bandingkan antara kaum. aku bukannya nak melaga-lagakan mana-mana kaum, hatta bangsa aku sendiri. ya, aku bangsa Melayu. juga, aku bukan nak membangga-banggakan tempat tinggal aku, atau hendak menghina tempat tinggal orang lain. tapi aku cuma hendak melontarkan pandangan aku. ya, ini pandang dunia aku.

kamu hendak tahu apa beza tempat kediaman antara kedua-dua bangunan yang telah aku sebutkan tadi?


bangunan 1: majoriti penduduk berbangsa Melayu:-

agak seram, terfikir aku lebih dari dua kali sama ada mahu menaiki lif ini atau tidak.



pandangan secara dekat dengan muka pintu lif: adakah tanda kehitaman itu ialah daki? huh?!!



pandangan dari dalam lif. ya, pintu lif tidak tertutup rapat. kamu boleh melihat terus ke arah luar lif. menghiburkan bukan. tidak, sangat menyeramkan!



ya, aku kagum dengan bahagian yang ini, masih berkeadaan elok.




bangunan 2: majoriti penduduk berbangsa bukan Melayu (Cina):-


lihat sahaja, hati aku sudah tidak sabar nak masuk ke dalam lif!



pandangan secara dekat dengan muka pintu lif. selesa bukan?



pandangan dari dalam lif: tertutup rapat pintunya. ya, aku berasa sangat selamat. juga selesa.



ya, aku kurang berpuas hati tentang ini. oh ya, baru teringat, teman serumah aku gemar menyalakan puntung semasa menunggu lif. apabila lif sudah sampai, bahagian inilah yang akan dijadikan tempat untuk memadam puntung.





aku mengambil lif bangunan sebagai contoh. itu baru sahaja lif. belum yang lain lagi. itu semua melambangkan mentaliti pengguna lif tersebut. siapa? ya, penduduk di kediaman itu sendiri.

jika kamu mahu mengambil kira faktor-faktor seperti pengurusan, pembersihan, usia bangunan dan dan sebagainya, kedua-dua bangunan tersebut punyai faktor-faktor yang lebih kurang sama.

ya, aku sangat setuju jika ada yang mengatakan orang Melayu itu jakun. ya, sangat aku setuju.

aku tidak pandai nak menghurai dengan lebih panjang. kamu lihat gambar-gambar di atas, kamu bandingkan sendiri mentaliti bangsa Melayu dengan bangsa lain.







hei kamu, setuju dengan aku?


tidak? abaikan.

Read more...

makhluk yang pelik

Selasa, November 25, 2008

sampai sekarang, aku masih tidak memahami makhluk Tuhan yang bernama perempuan. serius, aku tak faham.

mengapa, kenapa, bagaimana, semua persoalan tentang perempuan, aku langsung tak faham.

ya, kalau ikutkan pengalaman aku berdampingan dengan perempuan, aku dah cuba untuk faham, tapi tak boleh juga. mungkin aku ini lembap perlahan kot.

walaupun begitu, aku rasa hairan, kenapa dalam hati ini masih mengharap sesuatu dari makhluk jenis ini? ah, mainan perasaan sahaja semua itu.











ya, perempuan ialah makhluk yang pelik.

hei kamu, betul bukan?

Read more...

hidup ini memang kejam 2

Ahad, November 23, 2008

kau tahukan, sudah berapa lama kita bersama?

ya, bersama dalam segala-galanya.
buat itu ini bersama.

haih.. aku sangat sedih untuk berpisah dengan kau. kau pun tahu bukan?

hingga kini aku masih terkenang saat indah kita bersama. kau tak pernah merungut di atas segala apa yang telah aku buat terhadap kau. kau tahu tidak, perkara yang aku paling suka dengan kau ialah ketika aku membelai kau. wah.. sangat selesa dapat menyentuh kau. serius, aku rase aku tak dapat berpisah dengan kau.

aku semacam merasa bahawa apa yang bakal aku lakukan ini sangat kejam terhadap kau. tapi apakan daya, jodoh pertemuan, segala-galanya di tangan DIA. siapalah aku ini, tak mampu nak menahannya.

serius, aku sedang bersedih, sangat sedih untuk berpisah dengan kau.
tapi kau janganlah bersedih sangat, sampai satu masa, aku percaya bahawa kau akan muncul semula, tidak lama, kita pasti akan bersama. percayalah.




baik, aku sudah nekad, telah aku tanamkan tekad di dalam hati ini.

kita harus berpisah. ya, berpisah.

esok pagi-pagi lagi aku akan bersihkan kau dari pandangan mata aku ini biarpun melalui cermin di dinding itu sekalipun.























selamat tinggal janggut ku sayang...

Read more...

hidup ini memang kejam

Jumaat, November 21, 2008

aku lapar. ya, lapar sangat.

makan dengan linda tadi hanya cukup untuk memenuhi perut aku yang di sebelah kiri ini sahaja. habis berfoya-foya, semua makanan tadi telah selesai dihadam.

aku lapar. ya, lapar sangat.

sampai di rumah, gelap. "budak-budak ni p makan ke?". tidak, masing-masing terbongkang tidur di bilik. "ah, makan megi ke, telur dada dadar ke, sedap jugak ni.". mencari periuk sakti, mana? bagus sungguh, tergantung cantik di dinding, berkilat. bagus sungguh, di masa-masa aku sangat-sangat memerlukan perkhidmatan periuk tersebut, ia dibasuh bersih. selalu? huh, bergelimpangan di lantai, kalau tidak pun, dalam sinki. ya, penangan teman-teman serumah aku yang malas sangat rajin mengemas. isi air dalam periuk, petik punat dapur, ya, tong gas itu masih lagi berisi.

aku lapar. ya, lapar sangat.

air sudah mendidih, aku capai plastik mi segera Maggi. huh? ringan? dah habis?! haih.. baik, ada bekas telur lagi dalam peti ais berpintu dua rumah aku, bagus, masih ada lagi bekas telur itu. buka, kosong?! dah habis juga?!! haih..

aku lapar. ya, lapar sangat.







hidup ini memang kejam.

hei kamu, betul bukan?

Read more...

hei kamu, boleh tolong aku?

Khamis, November 20, 2008

aku sangat suka baca blog-blog kamu. kenapa? ya, pandangan kamu, idea kamu, dan semua-semualah yang tentang kamu?

tapi aku benci bila baca blog-blog kamu yang salin copy artikel dri mana-mana, dan terus tampal paste pada entri-entri kamu. ya, sangat menjengkelkan. kalau kamu quote sedikit artikel dari mana-mana, kemudian kamu huraikan pandangan kamu tidak mengapa, tapi keseluruhan entri kamu salin copy? haha, kelakar bukan?







hei kamu, kamu, dan kamu, boleh tolong? boleh ya?

Read more...

perkara yang kamu buat pada musim hujan

Rabu, November 19, 2008

ya, sekarang musim hujan di ibu kota. entah, aku tanya kawan-kawan aku di kampung pun mereka kata di sana pun sama. semalam aku ke bangi, pun hujan. ala, pendek kata, memang sekarang musim hujan bukan?

apa apa yang kamu buat bila musim hujan?

bersiar-siar?
itu kalau kamu anggap hujan itu merupakan suatu panaroma yang indah. ya, bagi aku hujan itu indah. tapi tidaklah sampai aku suka bersiar-siar waktu hujan. memang, tadi aku ke keluar ke bandar untuk menuntut jaminan pembelian kabel telefon bimbit aku. hasilnya? nah, ambil. basah kuyup, seluar dalam kecil aku pun tak selamat.

duduk di rumah sahaja?
ah, mahu gila jadinya kalau duduk di rumah sahaja. apa kerja yang aku dapat buat? menatap monitor kecil aku ini? ah, naik pedih mata aku. lihat, dah berair (bukan menangis ya!).

ramal bila hujan akan berhenti?
boleh juga. itu pun kalau kamu berharap sangat hujan berhenti. ya, mungkin nak bersiar-siar kot.

kahwin membiak?
ya, aku suka, setuju dengan idea itu!














hei kamu, apa yang kamu buat bila musim hujan begini?

Read more...

cinta: aku penat

cinta? ah, aku penat dengan semua ini. tiada masa untuk ini semua.


dapat sistem pesanan ringkas dari seorang minah ni:
"awk da ade awek kn?"

dengan perasaan malas aku menjawab:
"nop, x dak."

minah ni sengal:
"awk ni dr dlu lg asyik ckp xde awek je."

"lor, da ckp xdek kn?"

aku pelik dengan minah ni, tak malu?:
"ala, dlu mse sy suh isi form, nape awk xnk?"

"tu dlu, dlu ade awek, skrg da xdak. fhm x?"

"so skrg ni?"

"malas, penat"

"nape penat"

"penat lyan pmpuan macam awk"

"srius ni"

"sy srius"

"nape clash dgn awek awk?"

"die y decide. lg pn sy da pnat"

"cbe bg tau, ape y awk pnat"

"penat nak bg komitmen. puas ati?"


ya, aku penat untuk memberi komitmen. kamu? penat? atau berjaya beri komitmen?

Read more...

dewan peperiksaan yang aku sukai

Ahad, November 16, 2008

yosh! peperiksaan sudah tamat. ya, otak aku rasanya sudah semakin menguncup aku akibat diperah. terpaksa memerah otak sebab jarang meniru, macam entri Kudozu ini. cuma aku rajin palagiat. lebih berprestij bukan?

merujuk tajuk entri, kenapa ya aku suka? haha, antara sebab-sebabnya:-

1. keadaan dewan peperiksaan yang sejuk.

  • kamu tahu bukan, iklim di negara ini tidak sedingin di negara-negara hemisfera barat. jadi, untuk rasa seperti di sana, aku gemar memasuki dewan peperiksaan. sangat sejuk. kenapa aku sukakan keadaan sejuk? kamu faham-faham sahajalah kan, jika lemak menyelimuti anggota badan, maka haba sentiasa terpendam. ya, macam aku.

2. ada awek-awek cantik.
  • sepanjang perjalanan pergi, masuk, dan keluar dewan, aku dikelilingi awek-awek cantik. cantikkah? boleh lah. daripada sepanjang sem aku tenung muka awek-awek cantik sekelas aku. muak sudah aku. ya, hidup mesti bervariasi bukan?

3. keadaan yang sesuai untuk tidur.
  • kamu boleh bayangkan bukan, suasana orang yang sedang memerah otak, sedang berusaha meniru, dan macam-macam lagi. amat senyap sekali. hanya sekali-sekala terdengar bersin, batuk yang mungkin dibuat secara sengaja. ya, suasana yang tenang untuk tidur. lebih-lebih lagi jika sudah tiada idea-idea merepek yang boleh ditulis di atas kertas buku jawapan. ya, ya, aku suka.

4. pembantu peperiksaan (yang perempuan sahaja).
  • ini adalah antara sebab utama kenapa aku sukakan dewan peperiksaan. ya, para pembantu peperiksaan diupah hasil ketiadaan pekerjaan, atau yang baru sahaja tamat belajar, dan mungkin juga tiada hala tujuan, mengambil upah menjadi pembantu peperiksaan.
  • mereka-mereka (aku tegaskan sekali lagi, yang perempuan sahaja) ini diibaratkan pramugari-pramugari yang melayan karenah para penumpang di negara hemisfera barat, seperti aku. ya, aku sangat suka mereka. hei kamu, boleh aku ngorat?



bila akan ada peluang aku untuk bersuka-suka seperti di atas, ya? oh, semester depan yang terakhir. yosh! berusahalah!

Read more...

kamu, pergi jumaat?

Jumaat, November 14, 2008

entri ini hasil dari kedatangan aku ke masjid. syukur, aku diberi kesempatan. (kalau tak, tak pergilah ya?)

tahun ini masuk tahun ketiga aku bermastautin di ibu kota ini. dua tahun pertama aku, selalunya aku akan berjemaah jumaat di Masjid Ar-Rahman. dan sekarang, aku lazim mendatangi masjid Al-Khasyi'in (hari jumaat sahaja).

ini pandangan aku untuk entri ini:-



1. sudah ada khutbah interaktif.

  • mungkin kamu sudah lama tahu, tapi bagi orang kampung macam aku ni, di masjid kampung aku, tiada alat canggih (canggihkah?) di masjid sebegitu. wah, bagus, khutbah yang boleh dibaca terus oleh para jemaah. kamu? kamu baca atau tidur?

2. etnik caucasian.
  • mereka ini adalah pendatang asing (foreigner) dengan izin (kalau tanpa izin itu aku tak pasti pula), mungkin datang ke sini sebagai pelajar (ramai aku lihat di kampus), atau mungkin sebagai pekerja, memiliki syarikat atau bekerja di sekitar pantai dalam dan bangsar. kalau di kawasan rumah aku pula, mungkin kebanyakannya bekerja di sini.
  • entah, aku tak pasti dari mana golongan ini berasal, mungkin dari arab, paling tidak pun, dari benua eropah.
  • lazimnya, mereka akan datang dengan pakaian jubah labuh (overall). kalau di kawasan perumahan aku, selalu bawa anak kecil yang masih mumaiyiz, yang selalu terjatuh apabila berjalan. aku rasa, mungkin ukuran jubah terlampau labuh.
  • selalu aku lihat, mereka masuk sahaja ke dalam masjid, mereka akan penuhkan saf paling hadapan yang kosong (aku? kalau aku mestilah pergi ke saf kosong, yang punyai tempat bersandar, saf belakang selalunya, paling tidak pun, di tiang-tiang masjid, haha seronok untuk beristirehat. huh?!)
  • yang sangat aku perasan, ketika doa dibacakan (walau doa selepas azan), mereka tidak mengangkat tangan. kenapa? mengikut budaya kita (Melayu) yang mongoloid ni, apabila berdoa, tangan akan diangkat ke paras dada dengan posisi seperti mengharap atau meminta sesuatu.

3. akan ada seorang pakcik tua berserban, paling tidak pun, abang berkopiah putih, berjanggut panjang berjalan ke setiap saf membawa karung.
  • kamu rasa untuk apa? haha, mestilah derma. derma untuk masjid kot. paling tidak pun derma untuk kuliah-kuliah yang akan diadakan. kenapa macam tu ya? mungkin mengelak dari kecurian kot. kenapa aku kata begitu? sebab,
  • kalau masjid di kampung aku, setiap hujung saf akan diletakkan satu bekas bertutup (tupperware) yang dilubangkan bahagian atasnya. jika saf sudah penuh, bekas tersebut akan diedarkan sepanjang saf. efektif? aku tak pasti, tapi berkesan untuk jimatkan tenaga pengutip derma.

4. kasut bertukar jadi selipar.
  • haha, kalau kamu tak percaya, kamu pakailah kasut kulit atau kasut sport kamu ke masjid berjemaah jumaat. letakkan di kawasan hadapan pintu masuk atau kawasan baselipar. selesai jumaat, kamu lihatlah kasut kamu sudah menjadi selipar kerana menjadi nipis. haha.



ini pandangan aku ketika berjumaat. hei, apa pula pandangan kamu?

Read more...

karipap yang ditudung saji pun kena hurung dek lalat, busuk!

Khamis, November 06, 2008

sebelum aku merepek dengan panjang lebarnya, aku nak tegaskan di sini, aku ni bukanlah alim sangat. haha, dan aku bukanlah sesempurna insan yang dijadikan Tuhan sebagai insan yang sempurnya di sisiNya. haha, ya, merepek aku datang sudah.

zaman sekarang, macam-macam fesyen tudung (bagi perempuan. kalau ada lelaki yang pakai tudung tu, aku tak tahu nak cakap apa). aku maksudkan disini bukanlah seperti fesyen tudung Aida Boutique ni, tapi tudung yang lazimnya dipakai oleh perempuan-perempuan biasa yang boleh kita lihat jika pergi ke kompleks membeli-belah, tempat-tempat rekreasi, taman-taman, senang cakap, kat mana-mana sahaja.

bukankah maksud sebenar pemakaian tudung tu adalah untuk menutup aurat? kalau ikut mazhab Imam Syafie, aurat seorang perempuan tu adalah keseluruhan anggota badan kecuali tapak tangan dan muka (kalau salah, tolong betulkan ya!). tapi sekarang, orang pakai tudung sekadar nak tutup kepala sahaja. kan?

ada yang pakai tudung. tapi hujung bawah tudung tu diselak ke bahu. dah nampak pula bahagian dadanya. kelakar kan? lagi kelakar kalau perempuan tu pakai baju 't' yang ada butang pada bahagian kolar. tambah lagi kelakar kalau butang tu tidak dikancing. haha, kalau macam tu, aku faham, motif perempuan tu pakai tudung hanyalah untuk menutup bahagian kepalanya sahaja. anggota lain? di abaikan. haha, kelakar.

ada yang pakai tudung, tapi pakai baju sendat. nampak pula bentuk tubuh badan. baju saiz yang besar dah tiada ke? haha, ni mesti pinjam baju adik-adik ni (kalau perempuan-perempuan sedemikian punyai adik lah, kalau tiada, nak pinjam dari siapa ya?).

ada yang pakai tudung, tapi bajunya singkat. jadi, bila duduk, nampak pula lurah yang di bawah belakang tu. haha, kelakar kan? kepala ditutup, tapi bahagian belakang bawah pula dibiarkan.

ada yang pakai tudung, cantik, tapi slack, pakai baju berlengan pendek. haha, mesti perempuan tu ikut mazhab selain mazhab Imam Syafie kot. kelakar kan?

yang paling kelakar, ada yang pakai tudung, tapi keluar dengan balak pergi ke tempat-tempat tak senonoh. haha, kelakar kan? serius, pengalaman aku, aku pernah terserempak dengan seorang perempuan, bertudung labuh, tutup serba-serbi, tapi buat benda-benda pelik kat satu air terjun ni. haha, kelakar kan?

aku sedar dan aku tahu, selain entri ini dari aku, ramai blogger dah sebut tentang perkara ni. ah, nak tulis juga!

yang kesal, makna tudung dalam Kamus Dewan, tiada masukan semantik tentang kata tudung yang berkaitan dengan perkara seperti aurat. tak percaya? rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat (Dewan Bahasa Pustaka, 2005: 1721-1722). kelakar kan?

pada aku, mungkin pemakaian tudung zaman kini lebih kepada pemakaian yang berasaskan fesyen. pakai tudung sekadar nak tutup rambut yang mungkin sudah rosak, tak lurus (macam dalam iklan syampu penipu tu), atau mungkin nak hindar dari bau busuk rambut yang tak dijaga. haha, macam-macam lagilah.

serius, bagi aku, bagi perempuan seperti yang telah aku ceritakan di atas, lebih baik tak payah pakai tudung. ok?

tapi aku ok jek, semua jenis perempuan aku campur. no offense, sekali lagi aku ingatkan, ini semua ialah pandang dunia (world view) aku.


hei kamu, kamu, dan kamu yang bertudung, bagaimana? setuju?

Read more...

aku benci bila... 2

entri ini ialah hasil dari pandangan aku masa aku balik ke kampung semalam. haha, bolehlah diterima sebagai "aku benci bila" siri 2.

aku benci bila aku terlambat. tak kisahlah lambat pasal apa pun. kalau lambat, mesti kelam kabut. kan? lepas tu mulalah berpeluh, habis dah tak hensem lagi dah. macam semalam, aku lambat bersiap. hasilnya, aku lambat sampai ke pudu. nasib baiklah ada teman serumah yang jalan nak pergi ke tempat kerjanya dekat dengan stesyen lrt. thanks bob. kau memang hensemlah.

aku benci bila masuk coach lrt yang sedang penuh penumpangnya. lagi tak suka kalau kena berhimpit-himpit. macam semalam, sudahlah coach tu penuh, dannasib aku pula, aku berdiri di bahagaian yang tiada pemegang, jadi aku tiada apa-apa untuk dipaut. hasilnya? haha, aku berjaya bersandar pada seorang auntie ni. alamak, macam mana ni? ya, aku lagi suka kalau dapat bersandar pada awek-awek cantik. haha (kepada awek-awek cantik, kamu nak aku sandar pada kamu tak).

aku benci bila sedang menunggu bas, datang orang yang dengan selambanya, mintak aku duit. apa dia ingat aku ni founder kilang duit? hello, dalam hidup ni, banyak cara kita nak dapatkan duit.itu belum sentuh soal duit haram atau halal. sedangkan ulat dalam batu pun boleh hidup, inikan pula kita di bumi bertuah ini. haha, datang sudah merepek aku.

aku benci bila ada orang yang bercakap dalam talian telefon bimbitnya dengan suara yang kuat (lantang dan memekik-mekik). lebih-lebih lagi bila di dalam bas. oh my God ya Tuhanku, tiada kesedaran sivik langsung.bukankah orang yang dilawan bercakap dalam talian tu letak telefon (paling tidak pun, pakai handsfree) dekat dengan telinga? takkan lah tak dengar? ha, aku tahu, mungkin orang tu pekak!

aku benci bila duduk di kerusi bas (kerusi berkembar double sit), orang yang aku tak kenal, duduk melebihi raung kerusi dia. sudahlah punggung aku ni besar (almaklumlah, gemuk).ya, aku lagi suka kalau yang duduk di sebelah aku tu, awek cantik (hei kamui, kamu, kamu awek awek cantik, mahu duduk sebelah aku?).

aku benci bila dalam bas, ada orang yang mainkan mp3 pada telefon bimbitnya melalui corong bunyi lantang loudspeaker. sengal kolot sungguh. kalau sungguhpun nak dengar lagu, pakailah handsfree. telefon yang mahal mampu beli, takkan handsfree cap ayam yang RM5 pun tak mampu? tambah lagi aku benci bila ada mamat mainkan lagu Siti Nurhaliza kuat-kuat. oh damn tidak!! aku benci dia (mamat-mamat yang sedemikian dan penyanyi tersebut).

aku benci bila tiba-tiba terasa nak buang air (tak kisahlah sama ada kecil atau besar) bila dalam perjalanan terutamanya bas (kalau naik kenderaan sendiri, boleh sahaja aku berhenti di mana-mana). bila berada dalam keadaan macam tu, aku rasa macam dicampak ke dalam neraka dunia.


ya, banyak sungguh perkara yang aku benci bila pulang ke kampung menaiki bas.

kamu pula?

Read more...

ketagih (addicted)

Sabtu, November 01, 2008

ketagih.

ya, aku sudah ketagih.


kalau ikutkan Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005: 1567, leksikon tersebut membawa maksud rasa ingin benar terhadap sesuatu.

tak aku nafikan, aku ketagih kepada ini dari dulu. haha, tapi itu perkara lain. dan aku risau dengan berita ini. ah, aku kena cari satu alternatif lain. tapi apa dia ya? haha, hilangkan ketagihan terhadapnya!!

namun sekarang obsesi aku mula memuncak ke arah kisah
ini. tentang dunia lanun, harapan dan impian.

ya, mulanya aku tak percaya tentang ketagihan terhadap anime dan manga. tapi sekarang aku sudah mula faham apa semua itu. trimas joi, kalau kau tak suruh aku tengok, memang aku takkan tahu apa ini semua.

*wikipedia, banyak sungguh jasamu.


haha, tapi semua ni banyak keburukannya.

ya, aku tak dapat uruskan masa aku antara setiap obsesi aku dan komitmen aku. bayangkanlah, dengan assignments yang berlambak-lambak, aku boleh postponed lagi. (siap jumpa lecturer mintak tangguh, trimas dr. salinah).

apa yang aku harap, obsesi ini akan jadi macam ketagihan aku yang lain-lain, tiba hujung musim, semua ini akan lenyap macam itu sahaja, kan? harap-haraplah.

entah macam mana ya, kalau ketagih perkara-perkara lain? ah, yang penting aku tak ketagih benda-benda mengarut. kan?


Se-keping?
dalam versi bahasa Melayu: Budak Getah


Read more...
Add to Technorati Favorites
Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Status aku Kini

Berikan aku sedikit masa kerana masa aku kebanyakannya habis di kubikel kecil itu.

Masih juga mencari pandang dunia yang nyaman serta tenteram.

Tahu di mana?

Oh ya, hati ini sudah diisi, moga kekal kali ini.

  © Template blog ini telah di ubah suai secukup rasa oleh xmamatx dari Newspaper oleh Ourblogtemplates.com 2011

Kembali ke ATAS