sudah dapat betis mahu peha, lepas peha pula?

Ahad, Jun 27, 2010


Masih belum puas.

Tapi, better than nothing bukan?








Haih, bila streamyx mahu datang?





*sangat tidak sabar!

Read more...

ya aku bodoh, ada masalah?

Khamis, Jun 24, 2010

Profesional itu mudah. Tidak perlu bersusah payah. Tapi jika kamu tidak boleh menyesuaikan diri dengan budaya kerja yang sebenar dan masih terikut-ikut dengan budaya seorang pelajar, tempat itu bukan untuk kamu.


Oh ya, kalau kamu tidak boleh ikut tatakerja yang ditetapkan, aku nasihatkan kamu berhenti kerja, buka syarikat sendiri, kamu ciptalah tata kamu sendiri.

Puaskan hati kamu sendiri.


Hei, sudah terang lagikan bersuluh, sudah salah lagi mahu kamu ikut kekalkan?

Aku tidak peduli jika kamu benci aku, sekurang-kurangnya aku makan gaji berdasarkan portfolio yang ditetapkan, bukan gaji buta. Amanah: kamu muslim, bukan? Jadi tidak perlu aku huraikan.


Profesional, aku juga sedang cuba. Jangan sampai aku persoalkan: "siapa kamu"?








Hei kamu, aku peduli apa!

Read more...

padan muka aku

Jumaat, Jun 11, 2010

Cuba jadi gentleman lelaki lembut teman Nila turun ke bawah. Harap dapat membantu, haraplah sangat.

Menjalar kenderaan beroda empat, putih. Wah! Buatan Jerman, betul-betul berhenti di hadapan kami.

Nila yang kecil paras-paras dada aku, tiba-tiba aku rasakan bahawa aku dikecilkan. Tidak, aku rasa sememangnya patut aku rasa kecil. Kecil sangat (walaupun aku kurang kecil besar)!





Selamat mengikat satu ikatan hubungan yang berlandaskan adat dan budaya Nila!!


post skrip sesudah skrip: Ingat pesan aku yang sudah kali ke lima puluh empat, tunang sahaja, bukan bukan kahwin nikah!





Baiklah, kamu berusahalah ya!!







Aku pula bila ya?

Read more...

hei kamu, cari apa?

Ahad, Jun 06, 2010

Pada blog kamu pun kamu ada selitkan widget statistik bukan?

Aku agak hairan mengapa kebanyakan carian yang sampai ke blog ini mempunyai kata asas (base word) yang sama.

Ya, 60 peratus adalah sama. Kamu bayangkan, dari sepuluh carian yang mencari maklumat di dalam antara jaringan (internet) dan telah sampai ke sini, enam darinya adalah sama (seperti di atas).

Mahu tahu apakah kata itu?



Kamu, mahu?






"ayam".





Ha, aku tahu kamu, kamu, dan kamu tidak mahu tahu, bukan?


Baik, tidak mahu tahu, sudah!

Read more...

mahu pandang mana?

Sabtu, Jun 05, 2010

Sedang sibuk memandang ke hadapan, tapi kiri serta kanan aku juga sibuk menjeling. Ya, tidak lupa juga yang di belakang. Mengapa? Tidak bolehkah aku terus ke hadapan? Masih perlu singgah ke kiri dan ke kanan kah?

Bagi kamu, bagaimana?

Ya, bagi aku masih perlu seinggah ke kiri dan kanan.
Si Di Belakang pula bagaimana?

Ah, persetankan yang itu.

Ke kiri dan ke kanan, sekurang-kurangnya jalan aku tidak sahaja lurus. Yalah, bukan sudah aku beritahu aku cepat bosan.

Dengan kamu?







Mari teman aku hilangkan bosan ini, mahu?













Tidak mahu sudah.

Read more...

mari aku beritahu

Rabu, Jun 02, 2010

Hei kamu! ada satu perkara yang aku mahu-mahu sangat luahkan. Tapi aku malu (aku ini pemalu orangnya, bukan?).

Serius mahu tahu?


Baik, mahu beritahu, "aku penat"!






















Dengan kamu.

Read more...
Add to Technorati Favorites
Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Status aku Kini

Berikan aku sedikit masa kerana masa aku kebanyakannya habis di kubikel kecil itu.

Masih juga mencari pandang dunia yang nyaman serta tenteram.

Tahu di mana?

Oh ya, hati ini sudah diisi, moga kekal kali ini.

  © Template blog ini telah di ubah suai secukup rasa oleh xmamatx dari Newspaper oleh Ourblogtemplates.com 2011

Kembali ke ATAS