lihat kondisi sendiri, yang lain pula bagaimana?

Sabtu, Julai 31, 2010

Sampai satu tahap dalam hidup ini, aku rasakan akulah orang yang paling malang sekali. Tapi aku silap, rupa-rupanya ada lagi yang lebih malang dari aku.

Tapi layakkah kondisi ini sama dengan semantik bagi kata "malang"?

Malang pada kamu bagaimana ya?

Walau apa pun, hidup perlu diteruskan. Aku tidak rasa malang itu selalu ada. Selagi boleh berusaha, bukan?









Inah Ho, aku juga bersama dengan kamu.




Jadi, berusahalah ya!







Sesudah skrip: kamu, kamu, dan kamu juga ya!

Read more...

penonjolan yang tertonjol

Rabu, Julai 21, 2010

Semenjak dua menjak ini agak aktif melayari laman sosial (kembali aktif sebenarnya). Ya, walaupun kelajuan capaian internet ini hanyalah layak untuk peranti mobil sahaja.

Eh,tetap bersyukur dengan apa yang ada (masih tidak sabar menunggu untuk streamyx).



Kembali kepada topik asal.

Laman sosial: menawarkan pelbagai aplikasi untuk memenuhi kehendak atau secara amnya masa kini boleh dikategorikan sebagai keperluan untuk berhubung.

sudah lumrah sifatnya manusia, sifat ingin menonjol itu pasti ada bukan?


Terpulang, bagi aku, jika kamu ingin menonjolkan diri kamu, membuat yang lain tertarik dengan cara penampilan kamu, biarpun hanya sekadar maya sebagai mediumnya, tidak salah kalau kena atau secara tepat, amat kena pada tempatnya.

Tapi kalau setakat mahu mengwara-warakan kisah cinta antara kamu dan pasangan kamu, kamu cuma mengundang kejelikan yang lain sahaja. Ya, bukan mengundang perselisihan dengan "kamu-kamu" yang itu.


Satu isu lagi, memang tidak dinafikan bahawa bahasa itu dinamik, tapi aku tidak pasti pula tulisan sebagai medium bahasa lebih dinamik dari bahasa itu sendiri. Sehinggakan ada pula tulisan yang menjadi pelat. Atau, "kamu-kamu" itu sememangnya pelat?



Serius, aku jengkel dengan "kamu-kamu" yang itu.




Oh ya, lupa pula. Pasti kamu juga jengkel dengan aku, bukan?


Maaf, aku tidak peduli. Terima kasih.




Baik, seterusnya?

Read more...

masih mengharap



Aku cuma mementingkan konsisten.

Sudah tidak dapat dibendung lagi.

Mahu bermastautin di sini, boleh?

Read more...
Add to Technorati Favorites
Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Status aku Kini

Berikan aku sedikit masa kerana masa aku kebanyakannya habis di kubikel kecil itu.

Masih juga mencari pandang dunia yang nyaman serta tenteram.

Tahu di mana?

Oh ya, hati ini sudah diisi, moga kekal kali ini.

  © Template blog ini telah di ubah suai secukup rasa oleh xmamatx dari Newspaper oleh Ourblogtemplates.com 2011

Kembali ke ATAS