di mana subjek yang satu lagi

Isnin, November 28, 2011

Mesti kamu pernah dengar peribahasa "bapak borek, anak rintik", bukan?


Tapi aku musykil dan tertanya-tanya, mengapa kaitan sifat anak dilebihkan kepada bapa (lelaki) dan tidak diberatkan kepada ibu (perempuan)?


Orang Melayu itu tidak akan sewenang-wenang mencipta peribahasa dengan sedemikian maksudnya.


Kamu ada pendapat?


Published with Blogger-droid v2.0.1

Read more...

orang kata

Jumaat, November 25, 2011

Kita selalu ikut kata orang.

Orang kata itu, kita ikut.

Orang kata ini, kita ikut.


Asyik ikut kata orang sahaja.


Kata kita  pula, bila orang mahu ikut?


Published with Blogger-droid v2.0.1

Read more...

kekenyangan, mahu nafas pun susah

Ahad, November 20, 2011

Orang kata, makan bila perlu.

Orang kata makan sebelum lapar, berhenti makan bila kenyang.


Tapi mak kata makan selagi boleh, nanti sudah sakit nak makan pun susah.


Sebab itu aku sayang sangat pada mak aku.


Published with Blogger-droid v2.0.1

Read more...

bila kamu kata pasal cemburu

Rabu, November 16, 2011

Berani betul dia cakap lelaki orang itu manis.

Tapi sekurang-kurangnya dia punya pandang dunianya sendiri.


Tapi cemburu itu tandanya sayang, bukan?


Published with Blogger-droid v2.0.1

Read more...

24 jam dalam satu hari memang tidak cukup, bukan?

Ahad, November 13, 2011

Tidak puas langsung. Mahu lagi, walau sekali lagi. Tapi bukan yang terakhir sekali. Tidak pernah cukup.


Published with Blogger-droid v2.0.1

Read more...

cari rezeki, kamu fikir mudah?

Khamis, November 10, 2011

Kadang-kadang rasa macam tidak adil. Penat.


Tapi, kalau sudah namanya makan gaji.


Beginilah.


Published with Blogger-droid v2.0.1

Read more...

semua pun mahu kemas kini

Ahad, September 25, 2011

Blogger sudah mengemaskini web mereka.

Cuma tertanya-tanya, masih ada lagikah musim untuk berblog?

Kamu, bagaimana?

Published with Blogger-droid v1.7.4

Read more...

aku tak mahu nafikan

Khamis, September 22, 2011

Syukur, hanya itu yang mampu aku katakan.

Tapi aku agak terkejut, dapat balasan teks dari bos.





Bukan mahu mengampu, bukan mahu meminta lebih, tidak dapat dinafikan.

Read more...

sebab itulah orang kata aku membosankan

Jumaat, September 16, 2011

Aku kalau sudah suka dengan sesuatu itu, hanya itulah yang akan aku guna, pakai, makan, dan sebagainya.

Kalau orang lain, pasti sudah bosan.

Tapi ada juga orang kata, kalau begitu, maksudnya setia.

Kamu pula kata apa?

Published with Blogger-droid v1.7.4

Read more...

semuanya harus sepadan, makanan pun kena sepadan




Orang kalau sudah lapar, sampai jadi zalim, sampai padankan spageti dengan kuah lemak.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Read more...

aku yang fikirkan begini, tak pasti kamu pula bagaimana

Khamis, September 15, 2011

Jika dahulu memang jadi kemestian untuk punya blog sendiri. Ya, selalu sahaja ikutkan orang lain atau lebih mudah, ikut trend.

Sampaikan pernah berazam mahu kemas kini blog setiap minit. Sibuk semak trafik pengunjung setiap hari.

Tapi itu dulu.

Sekarang aku rasa sudah tidak praktikal. Semuanya mahu ringkas, cepat, dan mudah.

Kamu pula macam mana?

Published with Blogger-droid v1.7.4

Read more...

aku pun mahu juga

Rabu, September 14, 2011

Sibuk sangat lihat orang lain buat.

Nah, aku pun mahu juga.


Boleh?

Published with Blogger-droid v1.7.4

Read more...

bukan seperti biasa

Selasa, Ogos 02, 2011

Semuanya sama sahaja setiap pagi, siap-siap pakai baju, beg digalas ke bahu, turun tangga menuju ke bahagian bawah rumah, ambil kunci kuda dan rumah, letak di atas peti ais, ambil gelas kaca jernih.

Lihat jam di dinding dapur, oh seperti biasa, setengah jam selepas pukul tujuh pagi. Gelas kaca jernih tadi aku letak di atas meja makan, peti ais aku buka, seperti biasa juga botol air kosong sejuk aku capai, dituang isinya ke dalam gelas kaca.

Oh, aku lupa, sesungguhnya aku sedang berpuasa ketika itu!




Kamu, kamu, dan kamu, selamat berpuasa ya!!

Read more...

mereka kata hari ini aku "bling bling"

Selasa, Julai 19, 2011

Semuanya bermula malam semalam, sudah habis gerobok baju aku selongkar, akibat tidak basuh baju dua minggu, padan muka aku. Itu sahajalah baju yang tinggal.

Seperti biasa, dan aku pula buat seperti biasa-biasa. Tapi kenyaataanya, pada pandangan orang lain aku hari ini tidaklah biasa walau aku cuma biasa-biasa sahaja. Pandangan mereka-mereka dan kamu-kamu. Haih! Tidak keruan dibuatnya. Nasib baik warna tali di leher tidak sekontra hitam dan putih.

Ok, ada aku peduli?

Oh, ya. Mereka-mereka kata aku pakai baju satin hari ini.


Baiklah, seterusnya, tidak mahu pakai lagi!

Read more...

adakah seperti itu

Sabtu, Julai 16, 2011

Kamu senyum sahaja, sebab sudah ada dia untuk kamu. Ya, seperti bahagia, walau aku lihat dari luar. Jika dalam filem, sudah tahu dan sudah tentu akan berbahagia ke akhirnya.

Ah, abaikan sebab itu dalam filem, manusia sendiri yang tentukan pangkal dan hujungnya, tapi ini dunia realiti, bukan yang main-main, serius.

Dan apa yang aku perhatikan seperti tiada apa-apa yang boleh mengetepikan senyuman kamu itu. Sungguh aku ingin bertanya.


Adakah seperti itu?





Namun aku sangat bersyukur, walau begini sekali pun, masih ada yang mahu.

Read more...

ada lagi

Jumaat, Julai 15, 2011

Aku pun tak pasti sudah berapa lama sejak post akhir aku.

Oh, lagu mendayu pula.

Tapi ada yang menunggukah? Oh, perasaan sungguh.


Baik! Masa untuk diri aku sudah tidak seperti dahulu lagi.


Entri selepas ini sah akan pendek sahaja.

Dan aku puas hari ini sebab dapat mandi tiga kali sehari. Serius, aku bersyukur sangat.



Susah mahu faham, bukan?

Abaikan.

Read more...

telan air liur, tarik nafas dalam-dalam, hembus

Isnin, Januari 17, 2011

Tadi sembang dengan Sol, tentang masa hadapan.

"Sekarang suka sama suka, nanti dah kawin susah.
Orang kata nak cari tu biarlah sekufu".

Termenung jauh aku baca frasa itu. Sekufu, maksudnya sama, setaraf.

Aku pandang diri ini, jauh ke sudut dalam. Ya, rasa macam jauh lagi. Kadang-kadang rasa belum bersedia lagi. Tidak lengkap lagi diri ini.

Tapi sampai bila. Mesti mula mencari, mahu atur langkah ini, tapi seperti bersepah, terburai sana sini aku rasakan.


Ah, mesti mahu juga.



Hei, aku sudah letih. Mahu tukar status, boleh?

Read more...

Sepanjang usia kamu hidup, apakah pencapaian kamu yang terbaik? Pada usia bila?

Sabtu, Januari 15, 2011

Sepanjang usia kamu hidup, apakah pencapaian kamu yang terbaik? Pada usia bila?

Answer here

Read more...

masa sekolah tahap darjah, cikgu pernah tanya, apa cita-cita kamu. sudah itu, sekarang ini apa pula cita-cita kamu?

Khamis, Januari 13, 2011

masa sekolah tahap darjah, cikgu pernah tanya, apa cita-cita kamu. sudah itu, sekarang ini apa pula cita-cita kamu?

Answer here

Read more...

selalu dapat bila aku tidak mahu

Ahad, Januari 09, 2011

Sungguh, bagi aku lazimnya, untuk setiap apa yang aku mahu, inginkan sangat, itulah yang aku tidak akan dapat. Tapi, untuk yang aku tidak duga, malah apa yang aku tidak minta, selalunya itulah yang akan berlaku, itulah yang akan aku dapat.

Masalah komitmen yang agak meruncing sekarang ini, juga amat merisaukan aku. Tapi aku bersyukur, rezeki Dia masih ada untuk aku.

Persoalannya sekarang, bersediakah aku, setelah sekian lama ini? Tapi, aku sama sekali bukan seperti yang dahulu. Ya, hubungan ini tidak sama dengan yang itu.





Baik, cuba jadi profesional ya?


Yosh, berusahalah!!

Read more...

Entri biasa yang sama seperti kamu punya

Selasa, Januari 04, 2011

Ini entri biasa, ya kerana sudah tahun baru. Kebanyakan post-post kamu mengenai azam, senarai perkara-perkara yang belum dan akan kamu lakukan pada tahun ini. Ya, entri biasa seperti kamu juga, bukan?

Bagi aku, secara umumnya, jika kita pergi jauh ke sudut pangkal kesemua azam-azam yang kamu dan kamu telah nyatakan itu, objektif utama yang aku dapat kenal pasti ialah sikap.

Kedua-dua tahun Masihi dan Hijrah pun sudah baharu, jadi tidak salah jika kita pun mempunyai sikap yang baru. Dari lama kepada yang baharu, peningkatan yang amat penting sekali.

Jika sikap kita masih berada pada takat tahap yang lama, yang dahulunya sama dengan tahun-tahun yang lepas, aku rasa tidak perlu adanya azam-azam yang dengarnya seperti mahu berapi-api jika dizahirkan.

Betulkan?



Ya, aku pun, mahu ubah sikap!




Baiklah kamu, kamu, dan kamu, berusahalah ya!

Read more...
Add to Technorati Favorites
Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Status aku Kini

Berikan aku sedikit masa kerana masa aku kebanyakannya habis di kubikel kecil itu.

Masih juga mencari pandang dunia yang nyaman serta tenteram.

Tahu di mana?

Oh ya, hati ini sudah diisi, moga kekal kali ini.

  © Template blog ini telah di ubah suai secukup rasa oleh xmamatx dari Newspaper oleh Ourblogtemplates.com 2011

Kembali ke ATAS