serius yang sangat

Jumaat, Disember 17, 2010

Marah.











Sangat marah.



Marah sangat-sangat.











Dengan kamu.




Kamu, kamu, dan kamu.




Marah sangat.








Tarik nafas dalam-dalam.




Dalam sangat.





Tahan.






Hembus.











Senyum.

Serius, aku mahu senyum sahaja sekarang ini.

Read more...

ada yang tidak perlu dan mesti ada yang perlu

Ahad, Disember 05, 2010

Sudah lama aku seperti katak bawah tempurung, tidak ambil peduli hidup di luar sana. Dan hari ini agak terkejut ketika mengisi minyak, dan agak teruja ketika melintasi sepanduk besar berwarna merah tentang tunjuk perasaan j.d.s. demonstrasi membantah kenaikan tarif air.

Sudah, kadang-kala aku muak dengan semua ini.

Memang, politik itu ada baiknya dan ada juga buruknya, bagi aku, tidak tahu pula aku kamu itu bagaimana.

Ya, politik juga mempengaruhi keadaan serta kestabilan ekonomi hari ini, faktor utama pembangunan serta sekaligus kehidupan.

Seperti umum maklum bahawa semalam, naiknya harga petrol (yang aku guna, yang kamu guna tidak naik rasanya) dan harga gula sebanyak 5 sen per liter dan 20 sen per kilo. Serius, tidak seratus-peratus rakyat ambil peduli atau up to date dengan keadaan semasa seperti ini.

Mengapa perlu sembunyi?

Bagi aku, perlunya publisiti tentang mengapa naiknya harga komoditi itu patut disebarluaskan, dipublisitikan, dimassakan, dan sebagainya, amat-amat perlu. Hal ini sudah tentu dapat mengelakkan salah faham.

Baik, harga petrol bergantung kepada harga pasaran minyak dunia serta dipengaruhi subsidi kerajaan, umum pun tahu. Tapi tidak perlu rasanya mengatakan bahawa rakyat sudah amat mampu membeli gula, mengadaptasikan gula sehingga tahap obesiti rakyat negara ini meningkat. Amat tidak perlu. Sepatutnya, terangkan sejelas-jelasnya mengapa harga komoditi ini meningkat dan tidak perlu selindung sembunyi.

Negara ini antara negara pengeluar gula, bukan? Betulkan aku kalau salah.

Juga, tidak perlu menunjuk-nunjuk perasaan kamu, berdemonstrasi pelbagai aksi membantah, bukankah membazir begitu?

Tambahan untuk tidak perlu mengutuk-ngutuk mereka yang membantah tentang hal ini dengan pelbagai frasa sinis kamu, muat naik video-video bantahan, kutukan pelbagai lagi. Serius, tidak perlu.

Benang yang basah tidak perlu kamu tegangkan.






Sudah, apa yang perlu memang perlu dilakukan, tidak lupa juga ada yang memang amat tidak perlu.

Read more...

patutkah aku berdebar-debar?

Jumaat, Disember 03, 2010

Entah mengapa, sejak dari dahulu lagi nasib aku sering begini. Bukan menidak lakuan Dia, tapi kadang kala perkara ini membuatkan aku termenung, jauh termenung, jauh sangat.

Sejak dari pagi aku berdebar-debar, kalau tidak diberi tahu jiran depan kubikel, tidak aku tahu.

Tapi aku tetap bersyukur sebab Dia bagi aku rezeki sekarang ini, mungkin ianya yang terbaik bagi aku.

Perkara yang kamu mahu sangat selalunya kamu tidak akan kecapinya.




Tahniah Muhammad!

Read more...

mahu hidu bau itu

Khamis, Disember 02, 2010

Benar, malang itu tidak berbau.



Eh, kamu agak-agak, jika betullah malang itu boleh dihidu, punyai bau, baunya bagaimana ya?





Post Script Selepas skrip: Kak Linda bagi tahu, bau malang itu seperti kentut, apakah?

Read more...
Add to Technorati Favorites
Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Status aku Kini

Berikan aku sedikit masa kerana masa aku kebanyakannya habis di kubikel kecil itu.

Masih juga mencari pandang dunia yang nyaman serta tenteram.

Tahu di mana?

Oh ya, hati ini sudah diisi, moga kekal kali ini.

  © Template blog ini telah di ubah suai secukup rasa oleh xmamatx dari Newspaper oleh Ourblogtemplates.com 2011

Kembali ke ATAS