sendiri
Sabtu, November 10, 2012
Orang kata, berdua adalah lebih baik.
Tapi, kalau berdua pun rasa macam bersendirian?
Sunyi, walaupun berdua.
sisi hitam yang bersudut putih
Orang kata, berdua adalah lebih baik.
Tapi, kalau berdua pun rasa macam bersendirian?
Sunyi, walaupun berdua.
Diri ini dah selalu aku nasihatkan, pengharapan yang tinggi tak menjanjikan kebahagian.
Tapi selalu juga aku menipu, setinggi-tinggi harapan aku letak, mahu sedapkan hati.
Apakah ini memang nasib aku?
Sungguh, harapan itu jawapannya kekecewaan.
Pasrah dan redha, bercampur-baur.
Kalau bukan rezeki aku, kalau bukan jodoh aku, aku terima.
kali ini kita pergi lebih lama
pergi jauh
bawa aku pergi
Aku cuma berharap biarlah cepat masa berlalu. Biar cepat datang hujung minggu.
Tapi bila hujung minggu pula, aku cuma mahukan hujung minggu yang panjang. Mahu masa seakan berhenti.
Tapi, aku tak sedar sebenarnya masa itu sama sahaja.
Tak perlu lambat, tak perlu cepat.
Biasa-biasa sahaja pun sudah cukup.
Sebenarnya, macam-macam mahu aku nyatakan di sini. Tapi aku semacam merasakan bahawa tiada praktikalnya menaip panjang.
Aku sukakan sesuatu yang ringkas dan minimal. Sebab itu entri-entri sekarang ini pendek.
Jujurnya, aku malas sebenarnya.
© Template blog ini telah di ubah suai secukup rasa oleh xmamatx dari Newspaper oleh Ourblogtemplates.com 2011
Kembali ke ATAS