makhluk yang pelik

Selasa, November 25, 2008

sampai sekarang, aku masih tidak memahami makhluk Tuhan yang bernama perempuan. serius, aku tak faham.

mengapa, kenapa, bagaimana, semua persoalan tentang perempuan, aku langsung tak faham.

ya, kalau ikutkan pengalaman aku berdampingan dengan perempuan, aku dah cuba untuk faham, tapi tak boleh juga. mungkin aku ini lembap perlahan kot.

walaupun begitu, aku rasa hairan, kenapa dalam hati ini masih mengharap sesuatu dari makhluk jenis ini? ah, mainan perasaan sahaja semua itu.











ya, perempuan ialah makhluk yang pelik.

hei kamu, betul bukan?

6 orang telah merepek balas:

Si Perempuan Melayu... berkata...

(senyum sahaja)

ha kamu, kamu makhluk pelik juga.

kamu bukan perempuan kan?

:p

xmamatx berkata...

(sambil mengembangkan hidung)

haha, sebab aku bukan perempuanlah aku tidak pelik seperti kamu.

hei kamu, perempuan ialah makhluk pelik bukan?

tidak?

Si Perempuan Melayu... berkata...

(senyum lagi supaya yang memandang rasa pelik)

bukan pelik, wahai si bukan makhluk pelik.

unik.

bukan pelik.

UNIK.

tahu?

kerana itu mahal. bila mahal lebih berharga. bila berharga, itu yang kamu masih mengharap.

mengharaplah lagi. kan bahagia?

:p

xmamatx berkata...

(sambil menutup bibir yang pecah-pecah)

hei kamu, mahal, terlampau mahal pula.


kamu tahu bukan, harga minyak sudah terun sekarang? ya, bagus.



merepek sahaja aku ini.

Si Perempuan Melayu... berkata...

merepek itu bagus. tanda sedang berfikir-fikir.

harga minyak bayar dengan kertas.

harga hati makhluk unik bayar dengan hati juga.

sebab itu mahal.

xmamatx berkata...

hei kamu, betul.

haih.. mahal sungguh.

mana aku mahu mampu mencari harga sebegitu?

haih, berusahalah!

Add to Technorati Favorites
Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Status aku Kini

Berikan aku sedikit masa kerana masa aku kebanyakannya habis di kubikel kecil itu.

Masih juga mencari pandang dunia yang nyaman serta tenteram.

Tahu di mana?

Oh ya, hati ini sudah diisi, moga kekal kali ini.

  © Template blog ini telah di ubah suai secukup rasa oleh xmamatx dari Newspaper oleh Ourblogtemplates.com 2011

Kembali ke ATAS