bukan seperti biasa

Selasa, Ogos 02, 2011

Semuanya sama sahaja setiap pagi, siap-siap pakai baju, beg digalas ke bahu, turun tangga menuju ke bahagian bawah rumah, ambil kunci kuda dan rumah, letak di atas peti ais, ambil gelas kaca jernih.

Lihat jam di dinding dapur, oh seperti biasa, setengah jam selepas pukul tujuh pagi. Gelas kaca jernih tadi aku letak di atas meja makan, peti ais aku buka, seperti biasa juga botol air kosong sejuk aku capai, dituang isinya ke dalam gelas kaca.

Oh, aku lupa, sesungguhnya aku sedang berpuasa ketika itu!




Kamu, kamu, dan kamu, selamat berpuasa ya!!

Read more...

Status aku Kini

Berikan aku sedikit masa kerana masa aku kebanyakannya habis di kubikel kecil itu.

Masih juga mencari pandang dunia yang nyaman serta tenteram.

Tahu di mana?

Oh ya, hati ini sudah diisi, moga kekal kali ini.

  © Template blog ini telah di ubah suai secukup rasa oleh xmamatx dari Newspaper oleh Ourblogtemplates.com 2011

Kembali ke ATAS