ada apa dengan ayam?

Rabu, Oktober 20, 2010

Setakat ini, hit hari ini merupakan antara yang tertinggi.



Kamu tahu hit ini datang dari mana? Sudah tentu dari carian encik Google. Frasa "ayam goreng" merupakan yang paling popular menjadi pautan.


Hei kamu, cari ayam gorengkah?




Aku sedar blog ini tidak sepopular mana.

Tapi lebih baik semuanya ini datangnya dari pandangan kamu dan bukan hasil copy and paste salin dan tampal, bukan?

Read more...

masih belum cukup tua, ok?

Selasa, Oktober 19, 2010

Sudah ramai yang menegur, mulanya aku tidak ambil kisah langsung.

Tapi lama-kelamaan, ianya menjadi lebih teruk.

Terlalu ramai punyai pandangan. Ya, pandangan yang sama!

Tiba-tiba aku rasa lemah seperti mahu jatuh. Teruk sangatkah?









Mereka anggap aku sudah 30-an

Hei, setakat tahun 2010 ini, aku baru sahaja 24 tahun hidup!



Tua sangatkah?

Read more...

masih ada lagi?

Isnin, Oktober 18, 2010

Hari ini kami bertemu semula, sekian lama menyepi. Tapi entah, aku semacam tidak merasa apa-apa lagi. Mengapa ya?

Ya, kami sudah berubah, aku dan dia, sama sekali tidak seperti dulu.

Jauh di sudut hati aku mahu, tapi terdapat sedikit sudut yang ingin mahu menafikannya.

Ah, masih ada lagikah untuknya?


Cuba tanya hati lagi, masihkah?

Read more...

sedang tabahkan hati

Sabtu, Oktober 16, 2010

Masa aku banyak habis di kubikel itu, ya masih lagi kubikel yang sama.

Sedang cuba tabahkan hati, meluang masa untuk diri sendiri yang tiada masa, sedangkan mahu merepek pun tidak sempat.

Aku sangka sudah biasa namun aku rasa aku sudah mula gagal dan ketika aku rasa sudah mula letih, ketika itu aku rasa gagal.

Bulan demi bulan, awal bulan ke hujung bulan, naik turun prestasi, kebolehupayaan mengorganisasi, kemajuan rakan-rakan, sampai kini aku masih lagi rasa seperti tidak bermaya. aku gagalkah?

Entah mengapa sekali lagi aku rasa diri ini di bawah.

Rindu pada kamu semua. Ya, kamu, kamu, dan kamu.


Hei hati, tabahlah ya!

Read more...
Add to Technorati Favorites
Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Status aku Kini

Berikan aku sedikit masa kerana masa aku kebanyakannya habis di kubikel kecil itu.

Masih juga mencari pandang dunia yang nyaman serta tenteram.

Tahu di mana?

Oh ya, hati ini sudah diisi, moga kekal kali ini.

  © Template blog ini telah di ubah suai secukup rasa oleh xmamatx dari Newspaper oleh Ourblogtemplates.com 2011

Kembali ke ATAS