siapa mahu pandang ke belakang?
Ahad, Januari 03, 2010
Kali ini ia datang lagi. Bersedia atau tidak, itu antara kamu dengan tahap di mana kamu sekarang. Semuanya mahu pandang ke hadapan. Ya, kamu kata depan. Tapi tidak ramai yang mahu pandang ke belakang. Belakang yang kamu tinggalkan itu. Semuanya yang kamu tinggalkan itu. Kenapa? Ketuk pintu fikiran kamu, soalkan sendiri.
Aku? Mahu sangat pandang ke belakang itu. Ya, kalau boleh aku mahu ke belakang, mahu luruskan apa yang sudah bengkok. Ya, sudah bengkok. Apa yang pasti, yang sudah itu sudah bukan? Sebab itu aku mahu sangat ke belakang. Tapi bila difikirkan kembali, jika aku luruskan yang bengkok di belakang itu, pasti yang di hadapan sekarang ini akan luruskah?
Pandang ke belakang, apa yang masih berdiri? Memori yang tinggal kamu mahu apakan dengannya? Selalu sangat aku dengar mahu simpan sebagai kenangan. Kamu betul-betul mahu simpankah?
Yang belakang itu wujudkan yang di hadapan. Tiada yang di belakang pasti sudah tiada yang di hadapan ini.
Sekarang ini bila aku jengahkan kembali aku di belakang dengan aku yang di hadapan, berapa banyak yang aku sudah kecap? Sudah kecapkah? Bukan, belum. Aku sedang kecap, aku mahu kecap. Mari sama-sama ya?
Ah! Persetankan frasa sama-sama itu. Kamu mahu samakah?
Fabrikasi antara aku dengan kamu, dengan kamu, dan dengan kamu.
0 orang telah merepek balas:
Catat Ulasan