penonjolan yang tertonjol
Rabu, Julai 21, 2010
Semenjak dua menjak ini agak aktif melayari laman sosial (kembali aktif sebenarnya). Ya, walaupun kelajuan capaian internet ini hanyalah layak untuk peranti mobil sahaja.
Eh,tetap bersyukur dengan apa yang ada (masih tidak sabar menunggu untuk streamyx).
Kembali kepada topik asal.
Laman sosial: menawarkan pelbagai aplikasi untuk memenuhi kehendak atau secara amnya masa kini boleh dikategorikan sebagai keperluan untuk berhubung.
sudah lumrah sifatnya manusia, sifat ingin menonjol itu pasti ada bukan?
Terpulang, bagi aku, jika kamu ingin menonjolkan diri kamu, membuat yang lain tertarik dengan cara penampilan kamu, biarpun hanya sekadar maya sebagai mediumnya, tidak salah kalau kena atau secara tepat, amat kena pada tempatnya.
Tapi kalau setakat mahu mengwara-warakan kisah cinta antara kamu dan pasangan kamu, kamu cuma mengundang kejelikan yang lain sahaja. Ya, bukan mengundang perselisihan dengan "kamu-kamu" yang itu.
Satu isu lagi, memang tidak dinafikan bahawa bahasa itu dinamik, tapi aku tidak pasti pula tulisan sebagai medium bahasa lebih dinamik dari bahasa itu sendiri. Sehinggakan ada pula tulisan yang menjadi pelat. Atau, "kamu-kamu" itu sememangnya pelat?
Serius, aku jengkel dengan "kamu-kamu" yang itu.
Oh ya, lupa pula. Pasti kamu juga jengkel dengan aku, bukan?
Maaf, aku tidak peduli. Terima kasih.
Baik, seterusnya?
0 orang telah merepek balas:
Catat Ulasan