pengalaman akan mengatasi segalanya?
Jumaat, Ogos 13, 2010
Ya, sudah lebih setahun proses metamorfosis itu, masih lagi hendak menyesuaikan diri. Ya juga, aku memang lembap lagi lambat. Tapi aku syukur, aku tahu, banyak lagi yang perlu diperbaiki. Seperti yang selalu aku sebut; pengalaman mengatasi segalanya.
Betul, sekarang bukan mudah mahu memastikan kareer yang diingini tercapai. Bagi aku, selagi ada peluang mahu mencuba, selagi ada rezeki di depan mata, harus direbut. Tapi kadangkala, kemampuan serta keupayaan diri membatasi. Kurang bakat atau pengetahuan-kah?
Apa yang aku perhati, sikap memainkan peranan penting. Tidak kurang juga budaya yang mempengaruhi sikap diri itu. Ditambah pula dengan kejutan budaya. Ya, masih juga pelik dengan mereka-mereka yang masih terlekat dengan budaya seorang pelajar. Pada aku, kamu sudah terlalu lama diperap budaya sebegitu lalu kamu halang diri kamu untuk maju dalam menyerap budaya kerja.
Oh ya, bangga sungguh aku pada mereka-mereka yang bersungguh mahu perbaiki diri. Satu saja pendapat aku, jika kamu fikir itu periuk nasi kamu, itu pintu rezeki kamu, kamu akan bersungguh untuk mencapai yang terbaik. Untuk bidadari kecil, berusahalah ya!
Posisi tidak menjanjikan apa-apa. Semakin besar periuk, semakin banyak keraknya. Jika kamu fikir kerja untuk sekadar bersandar pada kerusi di kubikel kecil itu, kamu silap. Melainkan kamu buka syarikat kamu sendiri.
Tidak lupa juga pada mereka yang hanya mengharap pengaruh besar keluarga semata-mata untuk posisi selesa. Manjakan diri kamu sampai kamu puas, silakan. Cuma aku mahu lihat sejauh mana kamu boleh pergi.
Sudah, kamu bosan bukan?
Maaf, aku tidak peduli.
Selamat berpuasa untuk kamu, kamu, dan kamu!
2 orang telah merepek balas:
thx cik mamat..:)
wah, bila Bidadari Kecil sudah bersuara!
;)
Catat Ulasan