sedang tabahkan hati
Sabtu, Oktober 16, 2010
Masa aku banyak habis di kubikel itu, ya masih lagi kubikel yang sama.
Sedang cuba tabahkan hati, meluang masa untuk diri sendiri yang tiada masa, sedangkan mahu merepek pun tidak sempat.
Aku sangka sudah biasa namun aku rasa aku sudah mula gagal dan ketika aku rasa sudah mula letih, ketika itu aku rasa gagal.
Bulan demi bulan, awal bulan ke hujung bulan, naik turun prestasi, kebolehupayaan mengorganisasi, kemajuan rakan-rakan, sampai kini aku masih lagi rasa seperti tidak bermaya. aku gagalkah?
Entah mengapa sekali lagi aku rasa diri ini di bawah.
Rindu pada kamu semua. Ya, kamu, kamu, dan kamu.
Hei hati, tabahlah ya!
3 orang telah merepek balas:
habuan yang diterima lumayan bukan?
terus tabahkan hati ya! :)
Be strong pak cik!
azie:
kadang-kadang rasa tak berbaloi, namun itulah kos lepasnya.
nurul:
terima kasih, kamu juga ya!
Catat Ulasan