ada yang tidak perlu dan mesti ada yang perlu
Ahad, Disember 05, 2010
Sudah lama aku seperti katak bawah tempurung, tidak ambil peduli hidup di luar sana. Dan hari ini agak terkejut ketika mengisi minyak, dan agak teruja ketika melintasi sepanduk besar berwarna merah tentang tunjuk perasaan j.d.s. demonstrasi membantah kenaikan tarif air.
Sudah, kadang-kala aku muak dengan semua ini.
Memang, politik itu ada baiknya dan ada juga buruknya, bagi aku, tidak tahu pula aku kamu itu bagaimana.
Ya, politik juga mempengaruhi keadaan serta kestabilan ekonomi hari ini, faktor utama pembangunan serta sekaligus kehidupan.
Seperti umum maklum bahawa semalam, naiknya harga petrol (yang aku guna, yang kamu guna tidak naik rasanya) dan harga gula sebanyak 5 sen per liter dan 20 sen per kilo. Serius, tidak seratus-peratus rakyat ambil peduli atau up to date dengan keadaan semasa seperti ini.
Mengapa perlu sembunyi?
Bagi aku, perlunya publisiti tentang mengapa naiknya harga komoditi itu patut disebarluaskan, dipublisitikan, dimassakan, dan sebagainya, amat-amat perlu. Hal ini sudah tentu dapat mengelakkan salah faham.
Baik, harga petrol bergantung kepada harga pasaran minyak dunia serta dipengaruhi subsidi kerajaan, umum pun tahu. Tapi tidak perlu rasanya mengatakan bahawa rakyat sudah amat mampu membeli gula, mengadaptasikan gula sehingga tahap obesiti rakyat negara ini meningkat. Amat tidak perlu. Sepatutnya, terangkan sejelas-jelasnya mengapa harga komoditi ini meningkat dan tidak perlu selindung sembunyi.
Negara ini antara negara pengeluar gula, bukan? Betulkan aku kalau salah.
Juga, tidak perlu menunjuk-nunjuk perasaan kamu, berdemonstrasi pelbagai aksi membantah, bukankah membazir begitu?
Tambahan untuk tidak perlu mengutuk-ngutuk mereka yang membantah tentang hal ini dengan pelbagai frasa sinis kamu, muat naik video-video bantahan, kutukan pelbagai lagi. Serius, tidak perlu.
Benang yang basah tidak perlu kamu tegangkan.
Sudah, apa yang perlu memang perlu dilakukan, tidak lupa juga ada yang memang amat tidak perlu.
0 orang telah merepek balas:
Catat Ulasan