Aku masih hidup

Isnin, November 30, 2009

Aku kembali sudah. Hei kamu, jangan sangka aku sudah tiada! Er, atau aku sahaja yang punya sangka begitu. (Haih, memang pemalu betul aku ini, bukan?)

Sudah mahu setengah tahun blog ini bersawang lagi berkulat. Baik, aku bukan mahu hipokrit di sini. Terus terang aku katakan bahawa aku agak malas rajin mahu menaip entri terbaru. Cerita? Memang banyak. Tapi disebabkan kemalasan kerajinan yang melampau-lampau ditambah pula ketiadaan-akses-kepada-internet menjadikan blog ini bertambah kulatnya.

Baik, kamu, kamu, dan kamu, aku tahu kamu tunggu aku, bukan? (terserlah sikap pemalu aku ini). Ada masa nanti, aku cari idea untuk entri baru ya?

Untuk Nana ialah Tujuh, aku doakan kebahagiaan kamu, maaf dipohon banyak-banyak daripada kamu. Ya, jangan kamu putus asa, kamu tahu doa aku yang terbaik senantiasa ada untuk kamu, terima kasih tidak terhingga. Ya, aku tahu, kamu tetap kamu, berusahalah!!! Jangan lupa untuk terus senyum ya!!

Hei Amira, sudah aku kata aku akan kembali, bukan? Mengapa? Tidak percaya? Semoga kamu berjaya ya! Oh ya, bila mahu dibelanja? (atau membelanja?)

Ya, lagi seorang, aku tahu kamu tunggu aku juga, bukan? Hei Nurul, sudah jadi orang Johor pula kamu ya? Baik, aku akan tunggu kamu di tempat yang boleh aku lihat warna sebenar kamu (er, macam tidak sedap pula bunyinya). Boleh?

Ha, tidak lupa juga kepada yang sudah maju, Nad. Kamu sudah maju? Tahniah! Kamu tanya aku? Ya, aku jawab: sedang maju. Boleh? Baik, berusahalah dengan kemajuan kamu ya!! (minuman untuk badan itu jangan kamu lupa minum ya!).

Nah, siapa lagi? Ha, tidak lupa juga kepada kamu, kamu, dan kamu. Oh ya, kamu juga! Baik?


Sudah tukar rangkaian jalur lebar. Harap yang terbaik. Baik!!




Hei, kamu, kamu, dan kamu, berusahalah ya!!

7 orang telah merepek balas:

didi_adinna berkata...

Hoih, masok nama blog nko... MALU i.... Mihahaha.

xmamatx berkata...

huh? di mana nama kamu? di mana? bagi tahu aku!! ;)

didi_adinna berkata...

You nih... Buat2 tatau plak... Auwww... (Sepok diri sedas dua!!)

xmamatx berkata...

haha, baik!!

hei, tidak perlu membayar royalti, bukan? ;)

didi_adinna berkata...

Royalti perlu jika kecederaan ku seriyus mak yus!

xmamatx berkata...

buat kertas cadangan, fakskan kepada nombor yang akan diberikan kemudian.

segala keputusan bergantung kepada pertimbangan pihak pengurusan.

baik?

Si Perempuan Melayu... berkata...

(tetap tak mahu komen apa-apa)

(kononnya).

:p

Add to Technorati Favorites
Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Status aku Kini

Berikan aku sedikit masa kerana masa aku kebanyakannya habis di kubikel kecil itu.

Masih juga mencari pandang dunia yang nyaman serta tenteram.

Tahu di mana?

Oh ya, hati ini sudah diisi, moga kekal kali ini.

  © Template blog ini telah di ubah suai secukup rasa oleh xmamatx dari Newspaper oleh Ourblogtemplates.com 2011

Kembali ke ATAS