lalang
Jumaat, September 19, 2008
ya, blog ni da bertambah kusam lagi berhabuk. lama dah tak di kemas kini. sibuk dengan tugasan (sibuk kah?). satu lagi isu pandang dunia aku, kali ni tentang lalang. ya, bukan lalang di padang atau di belukar, tapi semantiknya ditujukan kepada manusia. kenapa? ya, manusia yang macam lalang, sekejap lentuk ke kiri, sekejap lentuk ke kanan. kalau lalang di padang, lentuknya di sebabkan angin, tapi manusia tidak, disebabkan hipokrit yang ada dalam diri manusia tu.
kenapa isu ini aku sebut? dengan isu politik semasa di Malaysia ini, buat aku pening. ya, mungkin bukan aku je yang pening, tapi ramai lagi. dengan isu Anwar Ibrahim yang dapat kerusi di parlimen, dah dapat kerusi, kerajaan pula yang nak diambilnya. ya, isu ini aku sebut sebab minggu lepas aku berborak dengan seorang lelaki (sekelas dengan aku), yang agak kelakar perwatakannya, nak dikategorikan sebagai grunge tidak, punk pun tidak, skin pun tidak juga. jadi aku pon tak tahu nak kategorikan apa. ya, dah dapat kategorinya, poseur.
mamat ni mulakan boraknya dengan timbulkan persoalan tentang Anwar yang nak tubuhkan kerajaan. aku bagi la pendapat aku yang ala-ala malas nak ambil tahu (memang malas pun, politic is dirt). dia pun keluarkan hujah-hujah dia ala-ala Shabery Chik masa berdebat dengan Anwar. dan dari apa yang aku dapat simpulkan dari huraian hujah dia itu, dia amat mengeji cara Anwar yang disebutnya kotor. aku pun malas nak memanjang lebarkan persoalan itu, aku pun menutup perbualan kami dengan pernyataan "aku mengambil tindakan berkecuali" bila hujah dia makin meleret-leret dengan carutan dan kejian terhadap Anwar. aku hormat dengan pandangan dia sebab dari pandangan aku, politik itu juga merupakan satu isu yang subjektif (pada aku lain. pada dia lain, dan seterusnya pada pandangan orang lain pun lain juga).
ya, yang aku amat-amat terkejut, isnin lepas (15 september) masa tengah angkat wuduk di surau APM, aku terpandang kelibat seekor mamat ni dari belakang, sedang menampal sesuatu di dinding luar surau. aku sangsi notis apa yang perlu ditampal di dinding luar surau? mamat tu berpaling, memandang aku. sah, mamat yang berhujah dengan aku minggu lepas, aku terus teliti poster apa yang ditampal. haha, poster yang menyokong rancangan Anwar (tentang 16 september, aku pun dah lupa apa isinya). aku terus jeling muka mamat tu, dengan muka yang suci lagi murni (huh?), aku mendengus sambil berkata "lalang" kat mamat tu.
faham ke tidak moralnya? minggu lepas mamat tu bercakap pasal keburukan Anwar, dan lepas tu dia boleh pula menyokong Anwar pula. takkah pening macam tu. hari ni ke kanan, esok lusa pula ke kiri, macam lalang. betul, politik tu subjektif, tapi takkan la sampai macam tu.
faham? aku pun dah pening. ya, tunggu sampai berhabuk lagi blog ni, baru kemas kini. ya mamat, tugasan sedang menunggu.
0 orang telah merepek balas:
Catat Ulasan