beza orang Melayu dengan yang lain 2
Khamis, Januari 22, 2009
kalaulah, jika ditakdirkan, kamu mendapat hadiah wang tunai sebanyak RM 1 juta ringgit, apa yang akan kamu buat dengan wang itu?
ya, beli macam-macam. macam-macam yang kamu inginkan selama ini. selama ini kamu impikan, akan kamu beli bukan? ya, jangan hipokrit. betul bukan?
mahu beli kereta, pergi haji, bantu saudara-mara terdekat, bersedekah. ya, ada juga yang mahu kahwin. betul?
ya, sememangnya kamu orang Melayu. sungguh, orang Melayu.
tapi, jika kita tanya orang lain, aku ambil contoh orang Cina, mesti jawapan mereka agak berbeza dengan orang kita.
ya, beli loteri, buka perniagaan, beli perusahaan, tambah modal perniagaan dan macam-macam lagi. betul betul bukan?
ya, aku tidak nafikan, mungkin juga ada orang Melayu yang akan memberikan jawapan seperti orang Cina. betul, mungkin juga ada orang Cina yang akan memberikan jawapan seperti orang Melayu. tapi, pukul ratanya tidak begitu bukan?
dari contoh di atas, kita boleh nampak pemikiran, cara hidup, dan pandang dunia masyarakat. orang Melayu, jika mendapat duit, kerjanya lain tidak, menghabiskan sahaja. orang Cina pula, akan berusaha supaya duit yang didapati itu berkembang biak.
nampak tidak? tidak? keliru? tidak faham? abaikan.
hei kamu, kamu, dan kamu, jika kamu mendapat hadiah wang tunai sebanyak RM 1 juta ringgit, apa yang akan kamu lakukan dengan wang itu?
4 orang telah merepek balas:
aku faham itu.
=)
-kudozubaik
baik, kamu sudah faham.
lagi, kamu?
simpan kat ASB laa..duet bley branak pinak..wuwuw..makin kaya sy~ =P
kamu lee pow, mana impian kamu tentang suparjo? telefon bimbit kamu sudah bertukar tangan bukan?
JPA baru sahaja RM lima ribu, inikan pula lebih.
ya, tapi aku setuju, melabur dalam ASB pun boleh juga ya!
baik, berusahalah!
Catat Ulasan