dahulu dan kini: di mana?

Sabtu, Jun 13, 2009

Suatu masa dahulu aku punya cita-cita. Ya, sudah semestinya mahu yang baik-baik sahaja.Tidak tahu pula aku kalau ada di antara kamu yang sememangnya bercita-citakan suatu yang tidak baik. Nah, seperti kamu jugalah. Mahu jadi yang itu, mahu jadi yang ini, semua juga mahu. Mahu juga yang semua-semua itu.

Bagi aku, itu semua hanya cita-cita mikro sahaja, tiada yang makronya. Mengapa? Ya, bila kita lihat orang lain berjaya, kita pun mahu berjaya, ada suatu anjakan dalam paradigma kehidupan yang menjadi pemangkin dalam usaha kita. Aku selalu dapat yang itu, yang pemangkin itu. Sampai bila mahu berada pada aras dan takuk yang lama? Aku mahu bebas, dari itu semua.

Itu dahulu, sekarang tidak seperti dahulu. Ingat bukan, fantasi dan mimpi adalah bukan realiti. Sedarlah kita di dunia yang realiti, benar-benar, bukan cubaan!

Namun kini, kita di mana ya? Di mana usaha kita? Masih berada dalam landasan cita-cita, impian, juga fantasi suatu ketika dahulu?

Bila aku fikir-fikir kembali, seperti aku telah sesat. Entah di mana.





Isnin depan proses metamorfosis aku benar-benar di tahap yang kritikal.
Sedang berusaha untuk sesuatu yang baru dan berusaha juga melembut serta membelitkan lidah.

Doakan aku supaya dipermudahkan urusan ya!

Terima kasih!!

10 orang telah merepek balas:

solehah berkata...

cakap r nak buat pembedahan lidah. hahahahaha ok tak lawak. sbb tu xmasuk raja lawak sol neh XD

GOOD LUCK!

xmamatx berkata...

terima kasih!!

sayang kamu... hahah!!

didi_adinna berkata...

Eh nk p interbiu ke?
Aku ske bahasa ko kerna aku pon tertanya2 skng... is dis da way dream 4? Kehendak ati aku ke sume2 nih?

xmamatx berkata...

Si Perempuan Melayu:
terima kasih!!
sayang kamu juga!!!


didi_adinna:
temu duga? sudah. kerja pun sudah.
syukur kepada Dia.

bahasa kita, bahasa aku dan bahasa kamu. betul bukan?

didi_adinna berkata...

wehhh... keje di mana sekarang dikau? jadik cekgu kah?

xmamatx berkata...

haha, belakang stesyen masjid jamek.

haih, cita-cita suatu ketika dahulu memang mahu jadi cikgu, apa mahu buat, sudah tidak layak.

didi_adinna berkata...

Aku dapat offer jadik cekgu tp kuterima juga dgn paksa rela. Mahukah kau bertukar kerja dgn ku??? Mungkin kamu lebih layak!

xmamatx berkata...

niat di hati memang mahu, tapi tekad mahu teruskan rezeki yang sedia ada.

~~mira~~ berkata...

owh..kamu masih ade ye mamat.. alhamdulillah...
psl belanje 2 akn ku tuntut ble aku smpai ke kL...huhuh

Add to Technorati Favorites
Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Status aku Kini

Berikan aku sedikit masa kerana masa aku kebanyakannya habis di kubikel kecil itu.

Masih juga mencari pandang dunia yang nyaman serta tenteram.

Tahu di mana?

Oh ya, hati ini sudah diisi, moga kekal kali ini.

  © Template blog ini telah di ubah suai secukup rasa oleh xmamatx dari Newspaper oleh Ourblogtemplates.com 2011

Kembali ke ATAS