hei kamu, boleh tolong aku? 3
Khamis, Mei 28, 2009
Disebabkan rakyat-rakyat di dalam rumah aku yang masing-masingnya terlampau dan sangat malas rajin mahu memasak, kami agak senang untuk makan sahaja di luar. Sampai masa, hakikat kekeringan walau habuk di dalam dompet akan deselusuri falsafah serta sistem operasinya.
Baik, terus kepada pragmatik entri ini, ketika makan, tabiat yang sukar aku mahu dibuang: melihat karenah orang lain menjamu selera. Ada yang makan dengan sopan, ada makan dengan gelojoh sangat dan terlalu sopan, tidak lupa juga yang tidak lalu makan. Aku senang melihat itu semua. Kamu tahu mengapa? Itu semua membuatkan selera aku bertambah. Haha!!
Aku tidak kisah langsung dengan cara kamu makan. Tapi, aku sangat jaki bila melihat cara makan yang satu ini: makan dengan tidak menutup mulut ketika mengunyah. Ya, sangat menjengkelkan.
Aku bukan mahu katakan bahawa cara aku makan adalah yang terbaik, tapi aku seperti kamu juga. Namun, paling tidak pun, tutup mulut apabila mengunyah.
Ya, mungkin akan nampak lebih comel!
Untuk awek tadi yang telah dipanah dengan jelingan asmara-dana-yang-mengatakan-bahawa-aku-jengkel-dengan-kamu, walau siapa pun kamu, entri ini khas untuk kamu.
Ingat, mak cakap kalau makan, tutup mulut ketika kunyah, dan jangan lupa, habiskan makanan, kalau tidak mahu gigi diketuk dengan sudu (lihat sahajalah gigi aku yang seakan-akan rongak bahana sudu hadiah mak aku dahulu - terima kasih mak!!).
Oh, teringat iklan khidmat masyarakat Kedai Flamingo: "Food is precious, do not waste".
10 orang telah merepek balas:
Oh, Thank God!
Nasib baik bukan hamba yang telah dipanah dengan jelingan asmara-dana-yang-mengatakan-bahawa-aku-jengkel-dengan-kamu itu.
Hamba makan memang chomel!
(perasan)
haha, semua orang makan pun comel. lihat orang makan, rasa lapar!
haih, mahu makan!
jangan lupa tutup mulut ketika kunyah ya!
;)
Oh, sudah tentu.
Hamba memang suka memabantu.
Baiklah, hamba tolong kamu ya.
(mengunyah tanpa membuka mulut)
Kamu rasa dibantu atau tidak?
:p
haih, sayang sungguh, tidak nampak kamu makan. kalau nampak, kira seperti dibantu lah kiranya. haha!!
ahaha.aku juga sangat jelik dengan keadaan sebegitu.mahu makan sup di rumah dari kecil pon kene marah yang amaat kalau ada bunyi slurp itu walau sedikit..
inikan pula kunyah tak tutup mulut.aghhh..maseh ramai maa golongan tersebut.
certain2 yang makan saman lepas ditegur ok lagik.
yang maseh meneruskan etika sebegitu yang aku jadi bengang gak.tegur utk kebaikan die gak.haih!!
alhamdulillah.aku makan sangat sopan!!
haha.
-jugaminahperasan-
ya, manusia bukan beruang. haha!
wah, hidup ini masih lagi beruntung sebab ada kamu yang masih makan dengan sangat sopan.
haha, baik!!
berusahalah!!
haha.
tapi kadangkalan menjadi suatu masalah bila hanya tinggal aku yang belum selesai makan di meja.
isk.
baek.aku usaha lagik!
oh, maksud kamu, kamu ditinggalkan ya?
tidak mengapa, masih lagi boleh secara pantas bukan?
jangan lupa tutup mulut ketika kunyah ya!
;)
ohhh~ turn off. pmpn mkn bukak mulut mcm buruk gile...mama selalu pesan makan tutup mulut. kalau ade anak2 bukak mulut cup-cap-cup-cap bunyik die, mamat marah. terajang dibaginye hahahahahaha. ade hikmah :P
ohh.. pasal bazer makanan tu..tadapat dibantu r.kadang2 buat gak isk.
haha, agak menjengkelkan. bukan perempuan sahaja, lelaki pun sama juga.
Catat Ulasan