Entri biasa yang sama seperti kamu punya
Selasa, Januari 04, 2011
Ini entri biasa, ya kerana sudah tahun baru. Kebanyakan post-post kamu mengenai azam, senarai perkara-perkara yang belum dan akan kamu lakukan pada tahun ini. Ya, entri biasa seperti kamu juga, bukan?
Bagi aku, secara umumnya, jika kita pergi jauh ke sudut pangkal kesemua azam-azam yang kamu dan kamu telah nyatakan itu, objektif utama yang aku dapat kenal pasti ialah sikap.
Kedua-dua tahun Masihi dan Hijrah pun sudah baharu, jadi tidak salah jika kita pun mempunyai sikap yang baru. Dari lama kepada yang baharu, peningkatan yang amat penting sekali.
Jika sikap kita masih berada pada takat tahap yang lama, yang dahulunya sama dengan tahun-tahun yang lepas, aku rasa tidak perlu adanya azam-azam yang dengarnya seperti mahu berapi-api jika dizahirkan.
Betulkan?
Ya, aku pun, mahu ubah sikap!
Baiklah kamu, kamu, dan kamu, berusahalah ya!
0 orang telah merepek balas:
Catat Ulasan