selalu dapat bila aku tidak mahu
Ahad, Januari 09, 2011
Sungguh, bagi aku lazimnya, untuk setiap apa yang aku mahu, inginkan sangat, itulah yang aku tidak akan dapat. Tapi, untuk yang aku tidak duga, malah apa yang aku tidak minta, selalunya itulah yang akan berlaku, itulah yang akan aku dapat.
Masalah komitmen yang agak meruncing sekarang ini, juga amat merisaukan aku. Tapi aku bersyukur, rezeki Dia masih ada untuk aku.
Persoalannya sekarang, bersediakah aku, setelah sekian lama ini? Tapi, aku sama sekali bukan seperti yang dahulu. Ya, hubungan ini tidak sama dengan yang itu.
Baik, cuba jadi profesional ya?
Yosh, berusahalah!!
0 orang telah merepek balas:
Catat Ulasan