telan air liur, tarik nafas dalam-dalam, hembus
Isnin, Januari 17, 2011
Tadi sembang dengan Sol, tentang masa hadapan.
"Sekarang suka sama suka, nanti dah kawin susah.
Orang kata nak cari tu biarlah sekufu".
Termenung jauh aku baca frasa itu. Sekufu, maksudnya sama, setaraf.
Aku pandang diri ini, jauh ke sudut dalam. Ya, rasa macam jauh lagi. Kadang-kadang rasa belum bersedia lagi. Tidak lengkap lagi diri ini.
Tapi sampai bila. Mesti mula mencari, mahu atur langkah ini, tapi seperti bersepah, terburai sana sini aku rasakan.
Ah, mesti mahu juga.
Hei, aku sudah letih. Mahu tukar status, boleh?
2 orang telah merepek balas:
ohoi, mengumpat nampak? hahahaha :)
ya, kena mula atur langkah. sama lah dengan sol pun. kena buat sesuatu.
Tuhan dah tetapkan semua pun ada rezeki masing2. tapi kalau tak berusaha, tak akan rezeki datang bergolek. ingat dapat? hahaha
jom? sama2 buat sesuatu. :) susah. tapi kena cuba.
solehah pun nak tukar status juga.
single -> married :):):)
nak carik ape mamat?
hehe
boleh tukar status I am not single but I am available.
kahkah
-kudozu
Catat Ulasan