pertama
Khamis, Ogos 07, 2008
yang pertama, nak perihalkan tentang ape ye? baik, aku cerita tentang pandang dunia aku. ade yang kurang faham ape maksud dengang pandang dunia aku. mungkin jarang korang dengar kata majmuk tersebut. mungkin, kecuali kepada mereka-mereka atau secara mudahnya, kawan-kawan satu kelas, lebih kepada major jabatan aku, mesti pernah dengar atau faham kosa kata tu.
secara mudahnya, konsep pandang dunia ni, kalau terus di translasikan kepada bahasa Inggeris, world view. haha, kan senang, ye tak? tak payah la nak susah-susahkan akal fikiran, nak tunggu akal tu celik. haha.
(hujan sedang lebat di luar)diri aku, senang sahaja, amat ringkas, sempoi, pemalu (ada sesetengah daripada mereka, tidak dapat menerima pernyataan bahawa diri aku pemalu), agak gopoh, suka berkawan, suka makan, agak malas (kata agak membawa kepada maksud sedikit sahaja), dan selebihnya, anda nilai sendiri. kalau aku dapat lagi penilaian dari orang lain atau daripada aku sendiri secara langsung atau tidak, sengaja atau tidak, akan aku tambah lagi. ok?
aku suka melihat gelagat orang di sekeliling aku. kenapa aku suka? haha, mestilah melihat keindahan ciptaan TUHAN. bila melihat, aku cuma menghayati sahaja, malas nak lebih daripada tu. haha, aku agak mereka-mereka yang selalu berjalan atau mendampingi aku, akan faham maksud ayat tu. haha.
perihal tentang pengamatan yang disukai aku (haha, da berbelit-belit da kosa kata aku), selalunya aku akan bercakap seorang diri (selalunya dalam hati, nanti kalau orang nampak aku bercakap sorang-sorang, cakap aku gila la pulak) tentang kenapa, pendapat aku, cacian atau pujian aku dan seterusnya (haha, sebenarnya aku pun tak tahu kenapa aku perlu ambil tahu tentang semua tu).
susah nak faham kan? haha, entah la, selalunya, orang sekeliling (selalunya kawan-kawan sekuliah), akan terkejut dengan perwatakan, personaliti dan diri aku sendiri. haha, aku masih tak tahu kenapa. kenapa ek?
haha, cukup-cukup la tu. aku tahu, korang yang terbaca blog ni mesti bantai gelak sakan, sebab entah apa-apa entah. haha, kan?
baik, hujan dan berhenti, udara amat dingin sekali, menjadikan aku ghairah untuk berhibernasi. haha.
0 orang telah merepek balas:
Catat Ulasan