membentang lwn membaca

Selasa, Ogos 26, 2008

ya, blog ini da berhabuk. dah habis bercuti, tiba masa untuk meneruskan saki baki semester yang aku rasakan semakin pendek waktunya. pejam celik dah tinggal satu sem lagi.

ya, tajuk catatan seperti di atas aku pilih kerana aku dapat satu isu hari ini. pembentangan subjek pengantar psikologi untuk subjek luar fakulti (fakulti sastera dan sains sosial) aku dah berlalu siang tadi. haha, clarie aka larry jadi pembantu aku kali ini.

dari pandang dunia aku selama dua tahun masuk tahun ketiga pengajian aku ini, entah dah berapa pembentangan aku jadi audiens. mungkin aku boleh katakan bukan pembentangan, semua itu hanyalah pembacaan nota atau edaran atau pertunjukan slain semata-mata. apa tidaknya, hampir kesemua pembentang-pembentang cuma baca sahaja. pembentangan apa macam tu? tiada penerangan, tiada huraian tentang tajuk pembentangan langsung. memang tak aku nafikan, ada jugak segelintir yang agak bagus dalam membentang, macam contoh elo, popo, am, adi, hamsah. haha, aku tak terkecuali la.

bagi aku, kalau nak bentang tu, janganlah baca seratus peratus edaran atau pertunjukan slain semata-mata. kenapa dengan korang ni? korag kan dah besar, pandai-pandai semuanya (kalau tak pandai, takkan lah sampai masuk u), korang masih lemah lagi dalam membuat persembahan pembentangan. aku bukan nak meninggi diri, tapi semua tu common sense. da nama pun pembentangan, bukan pembacaan. aku sedar, tak semua memiliki kebolehan bercakap (public speaking) yang baik. tapi, bagi aku melalui presentation tugasan, boleh dijadikan wadah nak melatih diri dalam pengucapan awam.

haha, yang kelakar, kalau edaran atau slide show panjang berdepa-depa, mahunya kelas tu bertukar menjadi kelas pembacaan berita. haha, mana ke tidaknya syarikat-syarikat kat Malaysia ni cop graduan UM tak punya soft skill.

haha, baik! housemate aku semua pun da tidur, jadi tiba giliran aku pulak nak melabuhkan layar mimpi aku.

2 orang telah merepek balas:

Si Perempuan Melayu... berkata...

tak boleh bersetuju dgn lebih lagi.

ya, bukan meninggi diri, tapi yang begitu-begitu bukan tak mampu, cuma tak mencuba.

tipulah kalau tak boleh impromptu. habis yang hari-hari bergelak bergalak bersembang sakan itu bukankah impromptu?

boleh, jika mahu. sebab mampu.

xmamatx berkata...

ya, kamu betul, bukan tidak mampu, tapi tidak mencuba.

Add to Technorati Favorites
Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Status aku Kini

Berikan aku sedikit masa kerana masa aku kebanyakannya habis di kubikel kecil itu.

Masih juga mencari pandang dunia yang nyaman serta tenteram.

Tahu di mana?

Oh ya, hati ini sudah diisi, moga kekal kali ini.

  © Template blog ini telah di ubah suai secukup rasa oleh xmamatx dari Newspaper oleh Ourblogtemplates.com 2011

Kembali ke ATAS