jati diri dan identiti
Sabtu, Mac 14, 2009
Selalu kita dengar istilah identiti (tidak tahu pula aku jika kamu tidak pernah mendengarnya). Kamu punya identiti bukan? Apa identiti kamu? Paling mudah kamu hendak menjawabnya adalah dengan menunjukkan kad identiti (kad pengenalan atau my card) kamu. Mengapa? Ya, sekurang-kurangnya, serba sedikit tentang identiti kamu ada di situ.
Bagaimana pula dengan jati diri? Kamu ada jati diri? Bagaimana jika suatu hari, datang seorang wartawan kepada kamu, bertanyakan adakah kamu ada dan apakah jati diri kamu? Boleh kamu jelaskan? Tidak semudah jika kamu ditanya tentang apakah identiti kamu, bukan?
Nah, seringkali kita samakan maksud kedua-dua istilah identiti dan jati diri. Pada halnya, kedua-dua istilah tersebut sama sekali berbeza maksud. Kamu tahu apa bezanya?
Banyak, dan kamu boleh fikirkan sendiri. Tidak faham? Abaikan.
Paling ketara sekali bezanya ialah kedinamikan maksud kedua-duanya.
Identiti boleh berubah, sebaliknya pula bagi jati diri, tidak dinamik. Dan yang paling penting, jati diri sememangnya tetap.
Mengapa kita sering menggunakan istilah identiti yang juga merupakan istilah pinjaman daripada identity, sedangkan kita sudah punya istilah jati diri? Signifikannya, jati diri lebih tetap dari identiti.
Cuba tanya pada diri kamu, adakah kamu punyai identiti? Sudah tentu ya, bukan? Bagaimana pula dengan jati diri?
Hei kamu, kamu, dan kamu, boleh tolong jawabkan?
Aku?
Aku mahu jati diri, namun aku perlukan identiti.
2 orang telah merepek balas:
Hamba juga seperti kamu.
Ah, tiada jati dirikah hamba jika begitu?
bila fikir kembali, semua orang ada jati diri, kerana ia tetap, telah sedia ada, bukan?
cuma, kita tidak sedar, tidak tahu, atau sama sekali tidak mahu peduli tentang jati diri sendiri.
bukan begitu?
Catat Ulasan