tua dan muda

Jumaat, Mac 13, 2009

Kadangkala bila bercampur dengan orang-orang tua (tidak kisah kamu takrif kata tua bagaimana, tapi maksudnya di sini, orang yang umurnya lebih daripada kita) sekeliling kita, ada juga bagusnya. Ya, mereka punya pengalaman yang lebih daripada kita.

Disebabkan terdapatnya jurang sosial antara yang tua dan muda, adanya perbezaan tidak dapat kita nafikan.

Antara salah satu perbezaan tersebut ialah bahasa. disebabkan kedinamikan berbahasa dan kepelbagaian aspek dialek seperti jargon, argon, vulgar, dan sebagainya, perbezaan ini berlaku.


Berdasarkan pengalaman aku, setiap minggu aku akan mendengar bahasa seorang tua (walau tua tapi ilmu penuh di dada) yang agak berbeza dari bahasa yang aku ujarkan seharian. Baik, aku jelaskan lagi, dari segi penggunaan istilahnya:

  • masaelah (masalah)
  • univorsiti (universiti)
  • goreng pisang (pisang goreng)
  • syeikh (syer)
  • keropek (keropok)
  • ceri (ciri)
  • tiliti (teliti)

Aku yakin dan pasti bahawa aku tidak salah dengar kerana telah aku dengar istilah-istilah tersebut. Ditambah lagi, bukan sepasang telinga sahaja yang mendengarnya. Ya, mungkin banyak lagi istilah-istilah yang aku belum berkesempatan lagi hendak mendengarnya berulang kali.


Hei, kamu tahu, apa yang bermain di fikiran aku setiap kali mendengar istilah-istilah pelik itu?

Ya, aku fikir disebabkan aku ini masih bodoh, mungkin aku akan terbiasa dengan semua istilah-istilah pelik itu bila aku sudah pandai nanti.





Hei, kamu, kamu, dan kamu, sudah tahu bukan?

5 orang telah merepek balas:

~diAnA~ berkata...

hm..yg 'masaelah' dan 'goreng pisang' tu pernah la dengar..tp yang lain2 tu xpernah la pulak.

xmamatx berkata...

mahu dengar?

masuklah kelas beliau.

Tanpa Nama berkata...

syer dan syeikh?

hmmm..

-kudozubaik

xmamatx berkata...

ya, istilah syeikh dan syer punyai makna masing-masing.

namun, aku dengar istilah yang salah pada konteks yang salah. faham tidak?

sepatutnya digunakan syer pada konteksnya dan bukannya syeikh.

boleh?

Tanpa Nama berkata...

owh ok,
ingat syer dan syeikh itu benda yang sama.
=D

-kudozu

Add to Technorati Favorites
Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Status aku Kini

Berikan aku sedikit masa kerana masa aku kebanyakannya habis di kubikel kecil itu.

Masih juga mencari pandang dunia yang nyaman serta tenteram.

Tahu di mana?

Oh ya, hati ini sudah diisi, moga kekal kali ini.

  © Template blog ini telah di ubah suai secukup rasa oleh xmamatx dari Newspaper oleh Ourblogtemplates.com 2011

Kembali ke ATAS