di mana kita? (kemas kini)
Sabtu, Mac 21, 2009
Suasana hati (mood) aku sekarang ini adalah menyiapkan segala tugasan yang telah sekian lama aku tangguh.
Salah satu tugasan yang perlu aku lengkapi adalah berkenaan dengan budaya popular masa kini. oleh yang demikian, aku telah memilih budaya blogging (memblog) sebagai kes kajian aku.
Ya, seperti biasa aku dahulukan dengan mencari maklumat tentang kes kajian yang telah aku pilih. Aku mulakan dengan meneliti sejarah blog (weblog). Masa inilah enjin pencarian Google merupakan sahabat baik aku.
Nah, sememangnya maklumat dalam bahasa Inggeris begitu banyak. Aku cuba pula dalam bahasa kita (bahasa Melayu).
Serius, aku terkejut. Kalau ada pun maklumat tentang sejarah blog dalam bahasa Melayu, hanyalah dipos dalam entri-entri web dari negera di seberang.
Cubalah cari maklumat tentang sejarah blog dalam bahasa Melayu dari halaman di Malaysia. Jumpa?
Dapat apa yang aku cuba ketengahkan di sini?
Sedangkan orang lain telah banyak mengkaji, membincang, mengolah tentang perkara di sekeliling, tapi kita pula bagaimana?
Bagi aku, pemikiran orang kita belum boleh dikatakan maju. tidak kisah dari aspek mana sekalipun.
Bagaimana dengan kamu?
sedikit kecewa kerana tiada maklumat yang didapati dalam bahasa sendiri.
*kemas kini
Telah aku jumpa sedikit info tentang apa yang aku cari dari halaman di Malaysia. Tapi sangat sedikit. Itu pun berkenaan dengan iklan. Tapi aku harus bersyukur, bukan?
8 orang telah merepek balas:
chaiyokk2!!=)
weh..aku pon kene buat asaiment pasal budaya blog memblog ni..sgt susah la nk cari sejarah blog kat malaysia ni..this is serious~~
serius!!
baik, berusahalah!!
eheh..kamu kaji dan sebarkanlah di laman maya ini wahai encik~
mulakan dari sekarang! berusahalah~!!
sedang berusaha.
baik!!!
baik!..teruskan berusaha!!!
Gudluck!!!
aku: tutup telinga, mata memnadang ke atas
-mendung-
Catat Ulasan