cemburu
Ahad, Mei 24, 2009
Tajuk entri ini sudah sinonim dengan manusia, bukan? Ya, manusia. Tidak sempurna sifatnya, sering mengutamakan kehendak melebihi keperluannya. Sering mengabaikan kos lepas yang sedia menanti.
Melihat keliling, ada sahaja yang tidak cukup.
Apa? Kamu, tidak? Tidak perlu hipokrit.
Ya, aku seorang yang mudah cemburu. Ah, letak belakang soal hati. Pokok pangkal entri ini bukan berkaitan dengan soal cinta itu.
Cemburu dengan sekeliling aku. Mahu itu, mahu ini. Itu pun mahu, ini pun mahu. Haih, sama seperti kamu, tidak pernah cukup.
Tapi bila difikir kembali, sifat itu boleh jadi pendorong untuk aku. Kamu mengerti, bukan?
Maksud aku, untuk capai apa yang aku cemburu itu aku perlu berusaha. Ya, sifat itu mendorong aku untuk untuk berusaha.
Cemburu juga berkaitan dengan impian. Mahu jadi seperti itu, mahu jadi seperti ini. Haih, semua pun mahu. Ya, mahu berjaya.
Hei kamu, kamu, dan kamu, cemburu juga bukan?
Penat sudah aku.
8 orang telah merepek balas:
cemburu..cemburu...cemburu...smua orang ada sifat cemburu..xpyah tipulah lau xde sifat cemburu dlm diri..kan..kan..kan...
ha, aku tahu, kamu juga sering cemburu bukan? dengan abang kamu?
Cemburu tanda sayang.
Eh, benarkah?
benar juga.
tapi kalau tidak menentu tempatnya, jadi menjengkelkan.
bukan?
Ya mamat. Dengki (cemburu) yang dibenarkan (diharuskan), seperti contoh, dengki dengan kejayaan orang lain tapi berniat untuk berjaya seperti orang itu.
Goodluck!
-kudozu
ya, kudozu, kamu sering memahami apa yang aku fikirkan.
(kadang-kadang aku sendiri pun tidak faham.
baik!!! kamu pun, berusahalah!!
berusaha..berusaha..berusaha..=)
baik, berusahalah!!!
Catat Ulasan