kita selalu harapkan yang terbaik, tapi hakikatnya?

Rabu, Mei 27, 2009

Dalam kehidupan, kita mesti mahukan sesuatu yang terbaik. Tipulah kalau kamu tidak mahu. Tapi tidak semua yang kita dapat, atau secara realitinya tidak seperti yang kita mahu, tidak seperti yang kita impikan.

Dalam proses metamorfosis kehidupan aku, aku juga mahukan yang terbaik. Proses pembinaan kerjaya dalam hidup tidak seperti yang aku harapkan. Ya, sekali lagi, mahukan yang terbaik. Tapi, lazimnya tidaklah sebegitu. Kadang-kadang, kelakar juga kerana memang dari dahulu begini. Ah, sama sahaja.

Minggu lepas, baru dapat satu lagi jawapan:-






Haih, sampaikan semacam ada suatu suara yang berbisik:-

"ko ni bodoh la!"


















Ya, aku bodoh kurang pandai.

6 orang telah merepek balas:

Si Perempuan Melayu... berkata...

Minat dalam bidang perguruan? Wah bagusnya!

Cikgu, kamu bukan kurang pandai. Cumanya, Dia kata belum masa untuk kamu lagi.

Sabarlah. Dan cuba lagi. Tak rugi mencuba (banyak kali).

( :

xmamatx berkata...

minat, tapi tidak pandai untuk membuat orang lain faham akan sesuatu.

haih, jurusan pun sudah jauh menyimpang. haha.

Si Perempuan Melayu... berkata...

Oh, patutlah hamba tidak faham kamu.

Eh, silap, hamba belum faham kamu.

Kamu terokailah sesuatu yang di jalan yang lurus, bukan menyimpang.

xmamatx berkata...

haha, betul!

untuk memahamkan orang lain, diri sendiri perlu difahami dengan memastikan orang lain faham, bukan?

Si Perempuan Melayu... berkata...

Eh, tak faham! Hehe

Betul kata kamu.

Jadi, sudah faham diri sendiri?

Atau sedang cuba faham?

xmamatx berkata...

baik!! sedang berusaha!

Add to Technorati Favorites
Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Status aku Kini

Berikan aku sedikit masa kerana masa aku kebanyakannya habis di kubikel kecil itu.

Masih juga mencari pandang dunia yang nyaman serta tenteram.

Tahu di mana?

Oh ya, hati ini sudah diisi, moga kekal kali ini.

  © Template blog ini telah di ubah suai secukup rasa oleh xmamatx dari Newspaper oleh Ourblogtemplates.com 2011

Kembali ke ATAS