aku dan kamu hipokrit
Jumaat, Disember 05, 2008
betul bukan?
jika tidak, kamu fikirkan.
kamu suka makanan yang sedap-sedap, tapi kamu tidak tahu memasak yang sedap-sedap seperti yang kamu mahukan (pukul ratanya).
kamu selalu inginkan yang terbaik, tapi kamu tidak dapat melakukan yang terbaik.
jika kamu sering nasihati orang tentang sesuatu, tapi kamu tidak lakukan seperti yang kamu nasihat kepada orang lain.
kamu sering nampak kesalahan orang lain, tapi kamu tidak sedar kesalahan kamu.
kamu sukakan yang kemas, tapi kamu tidak pandai berkemas.
kamu suka yang bersih, tapi kamu sering kotor.
kamu sering menyuruh orang lain lakukan itu ini, tapi kamu tidak lakukan perkara itu pun.
kamu benci orang lain melakukan sesuatu perkara, tapi kamu sendiri juga yang lakukan perkara tersebut.
kamu tidak tunjukkan diri kamu yang sebenar, tapi kamu sering menjadi diri orang lain.
contohnya aku, ketagih kepada asap, tapi aku benci bau asap, serius.
ya, aku hipokrit.
tapi kamu juga begitu, bukan?
tidak? abaikan.
hei kamu, kamu, dan kamu hipokrit, bukan?
10 orang telah merepek balas:
"betul bukan?
jika tidak, kamu fikirkan."
(terdiam lama, jeda mahu berfikir)
kemudian,
ya.
ya, aku juga manusia, hipokrit seperti kamu, kamu, dan kamu.
juga aku, dalam proses memperbaiki diri.
tetap hipokrit.
hipokrit lagi.
hipokrit itu menarik!
-kudozu
hei, hipokrit itu berpura-pura berperangai, memperlihatkn keadaan diri yang berlainan daripada yang sebenarnya.
lagi, aku tidak suka, maksudnya ialah munafik.
haih..
munafik.
ah.
tak mahu yang itu. tak mahu jadi yang itu.
istighfar.
cari semantik lain.
munafik itu makna dari Kamus Dewan Edisi Keempat.
Nabi Muhammad SAW bersabda "Tanda orang-orang munafik itu ada tiga keadaan. Pertama, apabila berkata-kata ia berdusta. Kedua, apabila berjanji ia mengingkari. Ketiga, apabila diberikan amanah (kepercayaan) ia mengkhianatinya" (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim).
nauzubillahiminzalik!
-kudozu
banyak sungguh pandangan.
kamu pula, pandangan?
kamu sukakan yang kemas, tapi kamu tidak pandai berkemas.
kamu suka yang bersih, tapi kamu sering kotor.
" aku x setuju tang ni.....aku sangat tak setuju!!!!"
mamat, bhs anda bole tahan "x bole blah"...adakah bdk sains faham ape yg dicoretkan....wakaka....^_^
haih.. pukul rata sahajalah.
Catat Ulasan