peraturan

Sabtu, Disember 06, 2008

hidup ini penuh dengan peraturan, betul bukan?

tidak kira apa sekalipun yang kita lakukan seari-hari, semua perkara ada peraturannya.

mengapa?

hei kamu? jawabkan untuk aku, boleh bukan?

ya, kerana setiap orang ada pandangan mereka sendiri tyerhadap peraturan.

peraturan: mesti begitu, mesti begini. mesti? wajib, perlu patuh, kena lakukan.

peraturan: jangan begitu, jangan begini, jangan? tidak boleh, haram.


ya, hidup manusia penih dengan peraturan.

kalau dalam dunia Melayu itu sendiri, peraturan juga dikenali sebagai adab. hukum juga boleh. ya, boleh juga jika tatatertib; tata (hukum atau peraturan).



tapi mengapa mesti ada peraturan dalam hidup manusia?
ya, manusia tidak sempurna, tidak lengkap. sama sekali tidak siap.
hanya Dia sahaja yang ada semuanya bukan? ya, betul.
hei kamu, tidak setuju? tidak akui? jangan wujud di muka bumi ini.


secara antagonisnya, hukum, undang-undang, dan peraturan serta semua yang seangkatan semantiknya, dibuat, dicipta untuk kita, bukan? jadi, siapa yang menurut semua itu? ya, kita. aku, kamu, manusia. dicipta manusia, untuk manusia. (hukum hudud itu ciptaan Dia, wajib bagi kita turut).


aku?







ada manusia jujurkah di muka bumi ini? (kecuali bagi "mereka-mereka" yang Dia pilih).





ya, bagi aku, peraturan adalah untuk dipatuhi dilanggar.

hei, kamu pula?

5 orang telah merepek balas:

Si Perempuan Melayu... berkata...

Hamba?

Tidak. Jangan dilanggar.

Sebab sesetengah peraturan itu datang dari Si Pencipta kita.

Peraturan manusia yang kurang relevan, janganlah dilanggar.

Mungkin cukuplah diabaikan.

Tanpa Nama berkata...

gaya penulisan ala-ala Prof di Jabatan Fizik gitu....
adakah dh dpt wahyu yg same seperti beliau??...haha....(tahniah la sebab die approve komen tu...hahahaha)....
BTW, pegi la round jabatan Fizik UM, tgk la betapa hebat tahap Karma nya insan itu...huhu...( motif : promote jabatan Fizik UM...huhu...)

xmamatx berkata...

adakah beliau Prof. Madya Dr. Wan Ahmad Tajuddin?

ya, sangat kagum dengan pandangan beliau.

Tanpa Nama berkata...

rules are meant to be broken.

peraturan pada mata kasar mmg xde makna dalam idup kita. until one event occurs so as to rob our rights. masa tu hak kita dicabar. masa tu la baru terfikir bhw peraturan itu perlu.

xmamatx berkata...

ya, pengalaman mengatasi segalanya. betul bukan?

ya, peraturan kadangkala perlu bila tiba masanya.

"bila tiba masanya".

bila?

ya, bila tiba masanya.
masa bila peraturan itu amat diperlukan.

ya, aku suka itu.

Add to Technorati Favorites
Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Status aku Kini

Berikan aku sedikit masa kerana masa aku kebanyakannya habis di kubikel kecil itu.

Masih juga mencari pandang dunia yang nyaman serta tenteram.

Tahu di mana?

Oh ya, hati ini sudah diisi, moga kekal kali ini.

  © Template blog ini telah di ubah suai secukup rasa oleh xmamatx dari Newspaper oleh Ourblogtemplates.com 2011

Kembali ke ATAS