tidak kenal maka tidak cinta

Isnin, Disember 15, 2008

betul bukan? kalau tidak, bagaimana hendak jatuh cinta? tiba-tiba terus sahaja jatuh cintakah? atau, terjatuh dari cinta?

bukan, semantik cinta di sini bukanlah kasih terhadap yang berlawanan jantina, tapi cinta suka kepada sesuatu. bercinta yang itu? haih.. penat sudah aku.

ya, sekarang ini aku sedang cuba untuk mengenal. untuk apa? untuk aku cinta terhadap yang itu.

tapi, mengapakah harus sahaja ada yang menghalang aku untuk mengenal itu? lantas, bagaimana aku hendak jatuh cinta yang itu?

ya, manusia-manusia bodoh itu menghalang aku untuk kenal. kamu memang bodoh!










hei kamu, kamu, dan kamu, tidak kenal maka tidak cinta, bukan?

3 orang telah merepek balas:

Si Perempuan Melayu... berkata...

tidak kenal maka tidak (mungkin) akan cinta.

rasanya halangan 'manusia-manusia bodoh' bukan perkara besar. yang mahu mengenal ialah kamu. setakat halangan yg bodoh itu, memang tak perlu jadikan kamu juga bodoh.

proses mengenal itu ada banyak cabang. dari jauh atau dekat, susah atau senang, semuanya berpaksi kepada mahu mengenal.

cinta suka, cinta berkasih sayang, semuanya datang dari proses itu.

kamu mahu mengenal, untuk cinta terhadap yang itu, teruskan saja.

kerana bila mengenal, belum tentu cinta.

sebab itu tak kenal maka tak cinta.

ah, ini mengarut atau apa? abaikan.

pjoe berkata...

the mystery of love is far more greater than the mystery of death

xmamatx berkata...

wah, kamu pjoe.

mentang-mentang sudah bertembung dengan bekas kekasih.

haha, sangat misteri.

Add to Technorati Favorites
Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Status aku Kini

Berikan aku sedikit masa kerana masa aku kebanyakannya habis di kubikel kecil itu.

Masih juga mencari pandang dunia yang nyaman serta tenteram.

Tahu di mana?

Oh ya, hati ini sudah diisi, moga kekal kali ini.

  © Template blog ini telah di ubah suai secukup rasa oleh xmamatx dari Newspaper oleh Ourblogtemplates.com 2011

Kembali ke ATAS