makhluk yang unik
Rabu, Disember 03, 2008
entri ini dijawab oleh Seorang Perempuan Melayu dalam entri ini. ya, aku menyambutnya (dengan menutup hidung sambil tidak berselindung).
pandangan streotaip tentang makhluk ini mulanya tercetus hasil perbualan aku dengan Muhammad Elo. ya, ditambah dengan pengalaman aku, oh shit tidak, aku malas ingin mengingat kembali tentang makhluk pelik ini.
ya, aku sambut dengan dengan hati yang terbuka, sambil menutup bibir aku yang pecah-pecah akibat penghawa dingin di tempat kerja, nasib aku begini. bila mahu sembuh ya? sakit amat.
ya, makhluk yang pelik unik, bukan pelik.
hei kamu, aku suka ini:-
bukan pelik, wahai si bukan makhluk pelik.
unik.
bukan pelik.
UNIK.
tahu?
kerana itu mahal. bila mahal lebih berharga. bila berharga, itu yang kamu masih mengharap.
hei kamu, kamu, dan kamu yang
ya, yang mampu buat aku mengharap akan sesuatu dari kamu, ya, dari kamu yang
tapi, hei kamu yang
ya, kamu, kamu, dan kamu
12 orang telah merepek balas:
sudah dinyatakan, bukan tiada bahagia.
tapi BELUM bahagia.
ingat itu. sebab yang unik-unik bukan bodoh sampai tak nampak keunikan kamu juga.
tunggulah.
tahu? ( :
baik!!
hei kamu, kamu, dan kamu, siapa yang di antara kamu yang dapat melihat keunikan? baik, angkat tangan kamu!!
tiada? abaikan.
(mengangkat tangan tinggi-tinggi, setinggi harapan)
adakah perempuan melayu sahaja yang dapat melihat keunikan?
er.. hei kamu, kamu perempuan cina! aku ingin perempuan cina boleh? haha, merepek bukan?
tidak, sekadar berpandangan jauh, jika ada anak nanti, berdarah kacukan, agak comel. haih.. berat itu..
tapi perempuan melayu pun apa kurangnya bukan?
(senyum penuh makna)
kamu, kamu.
berpandangan jauh tak salah. tapi yang jauh itu memang berat. tak mengapalah kalau sanggup mengangkat.
perempuan melayu memang ada kekurangan. tapi itu gunanya lelaki yang seperti kamu memenuhkan yang kurang.
sebab itu wujud istilah lengkap-melengkapi.
kan lebih chomel? ( :
ya, betul, walau apa pun, kamu-kamu perempuan Melayu lagi hebat, bukan?
Aku minta kepada Dia, jadikan pelengkap yang sempurna bagi aku.
ada yang sempurnakah?
aku tahu, tiada.
yang sempurna hanya satu. ya, Yang Satu. Ahad.
kita tukar sedikit ayat itu, mahu?
mungkin, "aku minta kepada Yang (Maha) Sempurna, jadikan pelengkap yang berusaha mahu menjadi sempurna bagi aku."
ada orang miliki teman sehati yang cantik seksi, tapi masih tak puas hati. kerana harta di peti tak berkati-kati. tak cukup sempurna!
ada orang miliki teman sejiwa yang tak bermata (apatah lagi berharta), tapi hati dah terpana, terpesona. kerana yang bersama itu tak pernah lupa Yang Esa. malah membawa bahagia. ah sempurnanya!
makanya, sempurna yang bagaimana kamu mahu?
baik, aku minta Dia jadikan pelengkap yang berusaha mahu menjadi sempurna bagi aku.
haha, kelakar, merepek sahaja aku ini. siapa aku ini?
ha, cukuplah aku mahu seorang perempuan Melayu yang biasa-biasa sahaja.
siapa? kamu?
makhluk.. err.. pelik?
bukan. makhluk yang mahu jadi unik. bukan merepek. itu harapan.
mahu seorang perempuan Melayu yang biasa-biasa sahaja?
silalah mencari. kalau dah jumpa cepat-cepat simpan dalam hati. kemudian suarakan rasa hati. sebab ramai lagi lelaki menanti. nanti menyesal tak henti-henti.
eh merepekkah ini?
bukan apa, sehari memang ada 24 jam. tapi setiap orang belum tentu sempat habiskan hari ini, 24 jam. sementara ada peluang, cari dan ambil peluang.
paling kurang pun malu saja. kalau untung, dapat balasan sejati.
kalau tidak, cuba lagi.
( :
mencari?
haha, haih. penat sudah aku.
nanti-nanti sahajalah.
bak kata orang, kalau hendak pergi ke angkasa, mesti ada roket dan kapal angkasa.
haih, aku tiada lagi itu semua.
tapi mahu ke angkasa.
kamu, kamu, dan kamu, mahu ikut aku ke angkasa?
mencari tak perlu guna tenaga.
mencari boleh jadi juga guna senjata.
senjata yang bagaimana?
senjata Mukmin.
Doa.
berdoa kalau ikhlas, tak mungkin penat.
nak ke angkasa juga tak perlu roket dan segala apa.
guna imaginasi juga boleh melompat-lompat atas bulan. macam iklan kopi kapal api di TV?
( :
imaginasi?
jika ikutkan imaginasi aku, alam semesta ini sudah ku tawan. ya, imaginasi.
haih, nak perempuan cina, comel macam kamu, kamu, dan kamu.
Catat Ulasan