saling melengkapi untuk sempurna
Sabtu, Disember 20, 2008
semua kejadian di dunia ini berpasangan bukan?
siang dan malam,
hitam dan putih,
jantan dan betina,
baik dan jahat,
cantik dan buruk,
lelaki dan perempuan,
ya, dan lagi, kamu senaraikan ya.
lagi, pasangan-pasangan yang Dia ciptakan, tidak kisahlah sama ada konkrit, subjektif, atau abstrak sekalipun, masing-masing saling memerlukan, saling melengkapi untuk menjadi sesuatu yang sempurna, biarpun tidak sesempurna yang sempurna.
aku? ya, aku perlukan kamu.
kamu? tidak perlukan aku? abaikan.
aku langsung tidak peduli.
6 orang telah merepek balas:
kau ni kenapa?
-kudozu
kenapa ya?
ya, sekadar melontar pandangan.
".....memang ada kekurangan. tapi itu gunanya lelaki yang seperti kamu memenuhkan yang kurang.
sebab itu wujud istilah lengkap-melengkapi."
(ulang siar sahaja)
ya, lelaki, seperti aku, perlukan perempuan, seperti kamu.
ya. "seperti aku, seperti kamu"
seperti malam dengan siang
seperti aur dengan tebing
seperti yin dengan yang
seperti irama dan lagu
seperti hitam dan putih
seperti roti canai dan kuah kari
eh, kamu mahu kuah kari atau dal?
atau suka hanya dengan gula?
manis kan? ( :
tidak mahu kari, dal juga tidak mahu.
suka makan dengan susu pekat. lebih puas. manis, tapi tidak baik untuk kesihatan.
Catat Ulasan