antara dua jenis penat ini, mana satu yang kamu pilih?
Jumaat, April 24, 2009
Minggu ini agak meletih serta memenatkan aku. Biasalah, bila persediaan yang dilakukan hanya pada saat-saat akhir. Jadi, aku perlukan tumpukan segala kudrat yang ada. Oh, masih adakah?
Ya, bagi kepenatan anggota tubuh badan, aku tidak nafikan, aku tidak tahan. Tapi bagaimana pula dengan penat otak atau fikiran?
Aku perlu gunakan fikiran aku untuk menghafal, memahami, memikirkan, dan lain-lain lagi. Tangan aku pula sudah naik kebas kerana menulis rata-rata selama dua jam berturut-turut. Haha, tengkuk pula semakin sakit kerana asyik menunduk ditambah lagi dengan kesalahan posisi tidur. Adakah jenis pengajian yang tidak memerlukan peperiksaan?
Haih, untuk meneruskan penaipan entri ini pun aku sudah tidak mampu, penat.
Baik, terus kepada tajuk asal entri, jika kamu, mana satu yang kamu pilih?
15 orang telah merepek balas:
penat bdn, sbb boleh kurus. penat otak...er, buat lg byk mkn n tdo hahahaha
makan dan tidur. bukankah heaven begitu?
apa kerja yg buat kita xpenat? orang 'psiko' disekeliling kita pun buat kita penat =(
penat adalah rse yg terbit daripada kebosanan dan kelesuan dari kecelaruan dalam otak...
kelesuan otot dan juga rase rimas yg menjelma diri...
Lee pOw:
ada. mungkin kamu terlupa akan sesuatu. mungkin?
Tanpa Nama:
jika dilihat dari segi saintifik, penat itu hanyalah isyarat dari otak yang menyatakan bahawa kebanyakan mitokondria dalam sel-sel telah kehabisan protein. ditambah pula dengan hormon-hormon yang berkaitan, maka, kita pun merasa penat.
mana satu?
ermm.. better penat bdn dpd otak kot..
Fizikal.
Jika penat mental, badan ikut penat. Sudah jadi dua. Ini efek psikologi.
Penat mental juga boleh buat berat badan berkurang (atau bertambah).
Selalunya bertambah. Jadi risiko yang tinggi bakal dihadapi jika penat mental. Mungkin akan ke angka 65. Ah, maaf, sudah pun sampai 65.
(tolonglah jangan sampai 66!)
er.. nombor itu mewakili apa ya?
kilogram?
Aku PALAPES(Penat badan) dan aku jugak Mahasiswa(Penat otak).
Bagi aku, semuanya saling berkait. Kalau penat otak, akan mempengaruhi badan.. yelah, kalau asyik kata malas, malas, dan malas, gerenti badan pun malas nak keje. camtu jugak kalau penat bada pasti akan mempengaruhi otak kita.. tadi penat gile jogging dua keliling UM, jadi otak dah takleh nak pk, last2 tak blajar jugak malam ni untuk exam, ha..ha...
oh, penat otak akan sebabkan penat badan, dan penat badan akan sebabkan penat otak?
jadi yang mana satu kamu pilih?
i will say penat pikir
sbb kalu penat pikir melibatkan otak yg boleh menyebabkan jem
kalu otak jem jadi biol
kalu jadi biol kompem masuk sepital tampoi
kalu duk kat sepital tampoi kompem la menambahkan tekanan
kalu tekanan bertambah kompem korg jadi gile
kalu gile kompem masuk sepital tampoi
bla...bla...bla...
(aku pon dh gile...ketua org gile aku adalah mamat benchot)
ahaks...
wah, bahaya juga ya kesan rantaian penat kamu.
haih, mengapa akhirnya dikaitkan dengan aku juga?
hahahahahha,tgk~ sy pandai XD
hahahahahha,tgk~ sy pandai XD
pandai penat ya?
Catat Ulasan