kos lepas yang perlu dibayar
Rabu, April 15, 2009
Sudah lebih kurang sebulan, hidup aku seperti tidak terurus. Paling ketara sekali, pakaian aku semuanya semakin sempit (Bukankah sepatutnya frasa tersebut digantikan dengan "berat badan aku makin bertambah"; atau "badan aku makin membesar". Tapi, frasa tersebut lebih comel, bukan?).
Pada aku, itu semua tidak mengapa, besar-besar pun, comel juga bukan (tiba-tiba terasa geli)? Dan yang paling teruk bagi aku, bila jam biologi (biological clock) aku sudah tidak betul. Masa tidur umumnya, ialah masa untuk aku berjaga. Waktu tidur aku? Ya, sebaliknya.
Kebelakangan ini aku sering sakit kepala, yang membuatkan aku rasa tersangat mahu mencarut. Ya, mungkin itu kesan akibat jam biologi aku yang amat efektif.
Dan sekarang, aku sedang berusaha perbetul kembali jam biologi tersebut dan aku mahu sangat. Kamu mahu tahu mengapa? Sebab semalam aku buka peti surat, dapat bil utiliti untuk kegunaan elektrik. Ya, sungguh cantik nombor tiga angka sebelum titik sen itu.
Baik, sedang berusaha!
13 orang telah merepek balas:
saya sarankan kamu beli baju baru
=P
oh..tahniah utk bil yang tiga angka.
lumayan bukan?
xD
-kudozubaik
baik, terima kasih di atas cadangan anda itu. sedang mempertimbangkannya.
haha, baik!
ahahaha. jom beli baju! XD xpe. kurus sgt pn xhensem. aahahahah.
sol pn tgh nak betulkan jam bio. sgt semak. hari rs sekejap sgt. mlm pn rs sekejap. so xbes ahahaha
sol, mahu belanja? haha!!
jadi, bila masa yang paling panjang antara dua?
aahahahh abang ar blanje hahaha.org tue blanje yg mude k~ hahaha
ms plg pnjg is bila kte tdo awal n bgn awal. mase tu serius rs pagi gila lama dan malam pun lama. awesome x?ajaib!~
haih!
nampak sangat aku ini sudah tua, bukan?haha, ya ya! rindu mahu seperti itu!
Jangan mencarut. Cepat-cepat menyanyi. Itu lebih baik daripada mencarut. Lebih baik lagi jika berzikir.
Jadi sungguh benar kamu sudah semakin besar. Ah, silap. baju kamu yang mengecil barangkali.
Haha.
(sambil bernyanyi)
haha, ya, kebarangkalian untuk kedua-duanya pun ada.
Nanti hamba hadiahkan baju baru yang lebih besar.
Ah, silap lagi.
Nanti hamba hadiahkan baju yang tidak akan mengecil.
Si Perempuan Melayu:
kamu membuatkan perut aku kecut. haha!!!!
wah, bagus, sudah mengecut sedikit!
;)
Tahniah!
Itu satu pencapaian.
Tambah lagi satu baju yang tidak akan mengecil nanti.
:p
I am reading this article second time today, you have to be more careful with content leakers. If I will fount it again I will send you a link
Well, thanks.
Second time? Quite not enough maybe? Huh?
Catat Ulasan