jiran kepada jiran sebelah aku yang agak kacak lebih sedikit daripada aku
Jumaat, April 17, 2009
Penyelenggaraan terhadap jam biologi aku tempoh hari mungkin telah berjaya. Ya, seperti kata Sol, siang dan malam aku rasakan sangat atau mungkin aku boleh letakkan istilah agak panjang.
Kesemua tugasan sudah selesai, dan kini, tiada apa lagi yang boleh aku boleh jadikan alasan untuk menatap skrin leper di hadapan aku ini. Ya, untuk blog, mungkin tidak. Haih, agak bosan duduk di rumah.
Heh, sekali-sekala berjalan-jalan dengan jiran-jiran serumah pun seronk juga ya. Sambil-sambil membenchot.
Kamu pun tahu bukan, jiran-jiran aku semuanya agak kacak, tidak lupa juga agak busuk sedikit (ku tidak mengatakan banyak).
Kamu tahu apa yang paling menyeksakan ketika berada dalam kereta bersama-sama mereka? Ya, ketika kamu terhidu bau seperti najis bayi.
Hairul, dedikasi ini khas buat kamu:-
"wei, kentut kau bau cam taik baby!!"
*tuan punya angin yang menerangkan dengan jelas tentang bau tersebut.
Maaf, entri kali ini agak berbau busuk.
8 orang telah merepek balas:
(tutup hidung)
haha, tidak lupa juga, mata dan telinga.
(tutup mata dan telinga juga)
eh.. macam mana mahu tutup semua itu serentak ye?
(sepit hidung guna penyepit baju, pejam mata dan tutup telinga guna tangan)
"(sepit hidung guna penyepit baju, pejam mata dan tutup telinga guna tangan)"
pasti salah satu daripada telinga kamu tidak di tutup.
bungkus seperti nangka, boleh?
;)
erk?
Bungkus?
Belum mahu 'pergi'!!
bukan, bahagian yang perlu sahaja.
ok?
;)
Sudah tutup aurat. (insya-Allah)
Tak mahu lebih-lebih.
Nanti nak masuk tempat awam dituduh terrorist kalau tutup lebih daripada sepatutnya.
(Bawa bom dalam pakaian)
Belum berani mati.
haha, tidak perlu bimbang, sekurang-kurangnya negara kita masih benarkan.
Catat Ulasan