aku sedang dilema
Khamis, Februari 12, 2009
mengeluh untuk minggu yang memerlukan aku untuk lebih banyak berfikir. hendak atau tidak, buat atau tinggal, mula atau tangguh, pergi atau ponteng, dan macam-macam lagi.
ya, semuanya melibatkan pilihan, dan apabila adanya pilihan maka akan wujudlah kos lepas. sangat memeningkan kepala. ya, telah diserang hendap oleh sakit kepala: akibat kurang tidur. padan muka aku, siapa yang ajar minum kopi semasa waktu untuk tidur (minuman jenis ini akan menyebabkan aku tidak dapat tidur untuk suatu jangka masa: apakah?)?
aku hendak dia, tapi apakah aku sudah sedia? tidak, belum aku puas lagi, betul-betul belum puas. tapi aku tidak mampu nak mengambil kos lepasnya jika aku tidak mahu. ya, dengar-dengar, peluang hanya datang sekali. tapi tidak bermaksud tidak akan datang, bukan. tapi masalahnya, bila lagi peluang sebegitu hendak datang lagi?
haih.. comel sungguh dia!
hati ini hendak akan dia sangat-sangat, sangat-sangat mahu!
tapi fikiran ini meletakkan penghalang dengan menyatakan bahawa kesediaan itu belum ada. haih.. haruskah aku mengeluh sebegini?
kadangkala, amat menyakitkan hati jika membuat sesuatu yang bukan kita mahu, tapi kadangkala juga, apabila buat sesuatu yang kita hendak, tidak menjadi seperti yang kita mahu, menyakitkan hati juga bukan?
aku ingin mengeluh lagi: aku sedang dalam dilema!
baik, berusahalah!!
3 orang telah merepek balas:
Tak baik mengeluh!
Kamu perlu senyum semasa ingin buat keputusan.
Biar dahi tegang mcm pakai botox.
Jangan berkerut-kerut.
Kalau betul-betul tak dpt keputusan, Tuhan dah letak jalan.
Istikharah sajalah!
:p
"Berusahalah!" Itu kata kamu, hamba cuma ingatkan.
pandangan kamu sekarang..tidak seperti pandangan kamu yang aku kenali enam tahun lepas..:p
Si Perempuan Melayu:
baik! terima kasih.
tidak suka mengeluh, tapi kadangkala emosi menghantui diri.
baik, sedang berusaha!
ekin:
baik! batu yang keras di tengah-tengah padang pasir pun akan berubah bentuk juga bukan?
Catat Ulasan