tamadun yang tiada sivik

Jumaat, Februari 27, 2009

malam tadi boleh dikatakan bahawa nasib aku yang kurang baik. bayangkan, sedang kamu berjalan ke arah kereta bersama teman-teman serumah, di tepi bangunan rumah (rumah flat), sesuatu jatuh dari atas terkena badan kamu. itulah yang berlaku kepada aku. haih, bermacam sumpah seranah yang keluar dari mulut aku.

kamu tahu apa yang jatuh itu? plastik yang didalamnya terdapat nasi basi dengan keadaannya yang berair. haih, sangat-sangat dan teramat geli untuk dikenangkan.

apa untungnya dengan berbuat demikian? hei, kalau hendak jadi nakal sekalipun, tidak perlu bermain dengan nasi yang sudah basi. sah ini bukan kali pertama kejadian sebegini berlaku. dua tiga minggu sebelum ini kereta teman serumah aku juga dibaling dengan nasi. dan aku pasti dan yakin benda jijik tersebut dibaling dari tingkat yang tinggi.

hei, aku bukan hendak mengadu nasib malang aku di sini. tetapi hendak menerangkan adanya lagi makhluk-makhluk yang punyai pemikiran yang kolot, kotor, keji, dan sewaktu dengannya.

hei, apa guna hidup bertamadun tetapi tiada kesedaran sivik?

kepada pengkhianat tersebut, nah, makanlah kamu sumpah aku!





agak-agak, kalau aku berjalan sedikit lambat tadi, memang aku dapat makan nasi basi dengan percuma!

4 orang telah merepek balas:

colors berkata...

ew.hahaha.bukan kes cemni biase ke kat flat2 bujang?xpun hostel laki.hahahahaa

xmamatx berkata...

yup!

masalahnya, tempat yang aku duduk ialah perumahan biasa.

sudah dikatakan perumahan, jadi kebanyakannya adalah yang berkeluarga.

Tanpa Nama berkata...

adakah tempat pembuangan sampah di flat tersebut perlu turun di tingkat bawah?

sebab kalau di rumah aku, setiap floor flat dah disediakan corong pembuangan sampah terus ke bawah.
maka, mmg takde masalah macam ni.=)

-kudozu

xmamatx berkata...

tidak perlu. setiap aras disediakan tempat untuk membuang sampah.

ceh, aku rasa orang yang lakukan itu juga adalah sampah. mahu sahaja aku buang ke dalam tong sampah, timbus dengan lauk basi.

  © Template blog ini telah di ubah suai secukup rasa oleh xmamatx dari Newspaper oleh Ourblogtemplates.com 2011

Kembali ke ATAS