ini aku

Jumaat, Februari 06, 2009

entah kenapa aku semacam berasa nak buat entri macam ini. kenapa ya? abaikan.

dua hari yang lepas aku sempat bersembang secara dalam talian dengan ain. ya, dari situ, aku dapat tahu satu perkara. ya, perkara yang aku benar-benar ingin tahu: pandangan orang lain terhadap aku. ya, bagi aku, secara pukul ratanya, itulah tanggapan terhadap aku.

orang yang tidak kenal dengan aku akan mengatakan bahawa aku ini sombong orangnya. haha, agak kelakar. pandangan orang bukan? bagi aku, kalau berjumpa dengan orang yang aku tidak kenal, aku juga akan berpandangan bahawa orang itu sombong. kenapa, sebab kamu tidak bertegur sapa. gilakah hendak sesuka hati menegur orang?

ya, mereka-mereka itu tidak mahu rapat dengan aku. atau, mereka-mereka itu tidak menyukai aku. tidak, aku langsung tidak peduli. kalau ada yang mahu rapat, aku juga, kalau ada yang tidak mahu, silakan. sekali lagi, aku langsung tidak peduli.

ya, ini diri aku, bukan diri kamu, bukan juga diri orang lain, juga bukan diri mereka. kenapa? aku mahu jadi diri aku.

ah, merepek sahaja.








hei, ini diri aku.
kamu? aku tahu itu kamu.

5 orang telah merepek balas:

Tanpa Nama berkata...

mmg merepek...saya mengakui nya....haha

Si Perempuan Melayu... berkata...

tahniah,

sekurang-kurangnya kamu tahu siapa kamu.

dan kamu sedar siapa kamu.

jadi tak perlu berpura-pura atau bermuka-muka, bukan?

jadilah diri kamu.

( :

RusaPerang berkata...

sape kamu?
ultraman?batman?keluang man??
aku jua tidak peduli~
erkhhh..tapikan
kamu pernah berjanji setia mau belanja aku kfc~
kamu kan??xsyak lagi~ adeii..

xmamatx berkata...

Si Perempuan Melayu:
baik! sedang berusaha!

Lee Pow:
haih! kamu sudah kata tidak mahu kfc bukan?
haih, suparjo pun kini mampu sudah kamu beli. bukan?

  © Template blog ini telah di ubah suai secukup rasa oleh xmamatx dari Newspaper oleh Ourblogtemplates.com 2011

Kembali ke ATAS