hidup ini memang kejam 3

Isnin, Februari 16, 2009

seperti kebiasaan, rata-rata yang bergelar pelajar, seperti aku, punyai alahan kepada tugasan. ya, buat dalam masa-masa yang terakhir (last minute)

esok mahu diserah, lihat jam di dinding, pukul 11 malam, masih awal.

(berperang secara maya bersama teman-teman serumah)

lihat jam di dinding, sudak pukul 2 pagi. baik! mula menyiap tugasan.

..........



ya, sudah siap! sambil lihat jam di dinding, pukul 4 setengah pagi.
klik print document pada aplikasi office word. haih, aku belum pasang (install) driver pada sistem operasi aku. baik, mula mencari di sesawang sana dan sini.

ya, berjaya mencari! baik, mula memuat turun, selesai! ya, siap dipasang (installed). haha, baik, dengan senang hatinya, aku klik pada print document sekali lagi. ops, lupa meletak kertas kosong.
ya, siap diletak.

............


aku lupa, dakwat pada katrij aku sudah kering (sambil melihat jam di dinding: lagi 15 minit pukul 5 pagi).




hidup ini memang kejam!

14 orang telah merepek balas:

solehah berkata...

dan sy meneman smpi kol 5 pg~ baik x sy? sy diman nak hadiah! XD

xmamatx berkata...

sekurang-kurangnya, hidup ini tidaklah terlampau kejam, ada juga yang meneman. baik!

hadiah kamu? baik, tunggu di bawah pokok taugeh seperti yang telah dijanjikan malam ini ya!

solehah berkata...

cis.pokok togeh je keje. baik! ari ni gak sol tumbuhkan pokok togeh XD

xmamatx berkata...

baik!
bela pokok tu elok-elok ya!

Tanpa Nama berkata...

cube fikir balik siapa yang membuatkan anda berasa hidup itu kejam?
sepertinya anda sendiri.xP

-kudozu

xmamatx berkata...

ya, kadangkala kita menyalahkan sesuatu perkara yang lain, bukan>

baik, berusahalah!!

~diAnA~ berkata...

alahai kesiannya dia..buat keje last minute..

xmamatx berkata...

kamu diana, mahu membantu?

xmamatx berkata...

siapa yang mahu tolong siapa?

~diAnA~ berkata...

tadi tanya kt nk tlg ke x..ish3..

xmamatx berkata...

baik, kamu! tolong aku, baik?

~diAnA~ berkata...

boleh!tolong tengok ok?

xmamatx berkata...

baik, sekurang-kurangnya kamu membantu,

haih

  © Template blog ini telah di ubah suai secukup rasa oleh xmamatx dari Newspaper oleh Ourblogtemplates.com 2011

Kembali ke ATAS