aku benci bila... 2
Khamis, November 06, 2008
entri ini ialah hasil dari pandangan aku masa aku balik ke kampung semalam. haha, bolehlah diterima sebagai "aku benci bila" siri 2.
aku benci bila aku terlambat. tak kisahlah lambat pasal apa pun. kalau lambat, mesti kelam kabut. kan? lepas tu mulalah berpeluh, habis dah tak hensem lagi dah. macam semalam, aku lambat bersiap. hasilnya, aku lambat sampai ke pudu. nasib baiklah ada teman serumah yang jalan nak pergi ke tempat kerjanya dekat dengan stesyen lrt. thanks bob. kau memang hensemlah.
aku benci bila masuk coach lrt yang sedang penuh penumpangnya. lagi tak suka kalau kena berhimpit-himpit. macam semalam, sudahlah coach tu penuh, dannasib aku pula, aku berdiri di bahagaian yang tiada pemegang, jadi aku tiada apa-apa untuk dipaut. hasilnya? haha, aku berjaya bersandar pada seorang auntie ni. alamak, macam mana ni? ya, aku lagi suka kalau dapat bersandar pada awek-awek cantik. haha (kepada awek-awek cantik, kamu nak aku sandar pada kamu tak).
aku benci bila sedang menunggu bas, datang orang yang dengan selambanya, mintak aku duit. apa dia ingat aku ni founder kilang duit? hello, dalam hidup ni, banyak cara kita nak dapatkan duit.itu belum sentuh soal duit haram atau halal. sedangkan ulat dalam batu pun boleh hidup, inikan pula kita di bumi bertuah ini. haha, datang sudah merepek aku.
aku benci bila ada orang yang bercakap dalam talian telefon bimbitnya dengan suara yang kuat (lantang dan memekik-mekik). lebih-lebih lagi bila di dalam bas.oh my God ya Tuhanku, tiada kesedaran sivik langsung.bukankah orang yang dilawan bercakap dalam talian tu letak telefon (paling tidak pun, pakai handsfree) dekat dengan telinga? takkan lah tak dengar? ha, aku tahu, mungkin orang tu pekak!
aku benci bila duduk di kerusi bas (kerusi berkembar double sit), orang yang aku tak kenal, duduk melebihi raung kerusi dia. sudahlah punggung aku ni besar (almaklumlah, gemuk).ya, aku lagi suka kalau yang duduk di sebelah aku tu, awek cantik (hei kamui, kamu, kamu awek awek cantik, mahu duduk sebelah aku?).
aku benci bila dalam bas, ada orang yang mainkan mp3 pada telefon bimbitnya melaluicorong bunyi lantang loudspeaker. sengal kolot sungguh. kalau sungguhpun nak dengar lagu, pakailah handsfree. telefon yang mahal mampu beli, takkan handsfree cap ayam yang RM5 pun tak mampu? tambah lagi aku benci bila ada mamat mainkan lagu Siti Nurhaliza kuat-kuat. oh damn tidak!! aku benci dia (mamat-mamat yang sedemikian dan penyanyi tersebut).
aku benci bila tiba-tiba terasa nak buang air (tak kisahlah sama ada kecil atau besar) bila dalam perjalanan terutamanya bas (kalau naik kenderaan sendiri, boleh sahaja aku berhenti di mana-mana). bila berada dalam keadaan macam tu, aku rasa macam dicampak ke dalam neraka dunia.
ya, banyak sungguh perkara yang aku benci bila pulang ke kampung menaiki bas.
kamu pula?
aku benci bila aku terlambat. tak kisahlah lambat pasal apa pun. kalau lambat, mesti kelam kabut. kan? lepas tu mulalah berpeluh, habis dah tak hensem lagi dah. macam semalam, aku lambat bersiap. hasilnya, aku lambat sampai ke pudu. nasib baiklah ada teman serumah yang jalan nak pergi ke tempat kerjanya dekat dengan stesyen lrt. thanks bob. kau memang hensemlah.
aku benci bila masuk coach lrt yang sedang penuh penumpangnya. lagi tak suka kalau kena berhimpit-himpit. macam semalam, sudahlah coach tu penuh, dannasib aku pula, aku berdiri di bahagaian yang tiada pemegang, jadi aku tiada apa-apa untuk dipaut. hasilnya? haha, aku berjaya bersandar pada seorang auntie ni. alamak, macam mana ni? ya, aku lagi suka kalau dapat bersandar pada awek-awek cantik. haha (kepada awek-awek cantik, kamu nak aku sandar pada kamu tak).
aku benci bila sedang menunggu bas, datang orang yang dengan selambanya, mintak aku duit. apa dia ingat aku ni founder kilang duit? hello, dalam hidup ni, banyak cara kita nak dapatkan duit.itu belum sentuh soal duit haram atau halal. sedangkan ulat dalam batu pun boleh hidup, inikan pula kita di bumi bertuah ini. haha, datang sudah merepek aku.
aku benci bila ada orang yang bercakap dalam talian telefon bimbitnya dengan suara yang kuat (lantang dan memekik-mekik). lebih-lebih lagi bila di dalam bas.
aku benci bila duduk di kerusi bas (
aku benci bila dalam bas, ada orang yang mainkan mp3 pada telefon bimbitnya melalui
aku benci bila tiba-tiba terasa nak buang air (tak kisahlah sama ada kecil atau besar) bila dalam perjalanan terutamanya bas (kalau naik kenderaan sendiri, boleh sahaja aku berhenti di mana-mana). bila berada dalam keadaan macam tu, aku rasa macam dicampak ke dalam neraka dunia.
ya, banyak sungguh perkara yang aku benci bila pulang ke kampung menaiki bas.
kamu pula?
3 orang telah merepek balas:
ianya kelakar!
-kudozu
aku benci bila manusia macam ko suka membenci tak tentu pasal
khas buat Tanpa Nama di atas.
sekurang-kurangnya, aku menjadi diri aku, ini diri aku, tidak macam kamu, pengecut, betul bukan?
dan lagi, aku dan kamu, bencikan Siti Nurhaliza bukan? kamu, betul bukan. tepat sekali.
Catat Ulasan