kamu, pergi jumaat?

Jumaat, November 14, 2008

entri ini hasil dari kedatangan aku ke masjid. syukur, aku diberi kesempatan. (kalau tak, tak pergilah ya?)

tahun ini masuk tahun ketiga aku bermastautin di ibu kota ini. dua tahun pertama aku, selalunya aku akan berjemaah jumaat di Masjid Ar-Rahman. dan sekarang, aku lazim mendatangi masjid Al-Khasyi'in (hari jumaat sahaja).

ini pandangan aku untuk entri ini:-



1. sudah ada khutbah interaktif.

  • mungkin kamu sudah lama tahu, tapi bagi orang kampung macam aku ni, di masjid kampung aku, tiada alat canggih (canggihkah?) di masjid sebegitu. wah, bagus, khutbah yang boleh dibaca terus oleh para jemaah. kamu? kamu baca atau tidur?

2. etnik caucasian.
  • mereka ini adalah pendatang asing (foreigner) dengan izin (kalau tanpa izin itu aku tak pasti pula), mungkin datang ke sini sebagai pelajar (ramai aku lihat di kampus), atau mungkin sebagai pekerja, memiliki syarikat atau bekerja di sekitar pantai dalam dan bangsar. kalau di kawasan rumah aku pula, mungkin kebanyakannya bekerja di sini.
  • entah, aku tak pasti dari mana golongan ini berasal, mungkin dari arab, paling tidak pun, dari benua eropah.
  • lazimnya, mereka akan datang dengan pakaian jubah labuh (overall). kalau di kawasan perumahan aku, selalu bawa anak kecil yang masih mumaiyiz, yang selalu terjatuh apabila berjalan. aku rasa, mungkin ukuran jubah terlampau labuh.
  • selalu aku lihat, mereka masuk sahaja ke dalam masjid, mereka akan penuhkan saf paling hadapan yang kosong (aku? kalau aku mestilah pergi ke saf kosong, yang punyai tempat bersandar, saf belakang selalunya, paling tidak pun, di tiang-tiang masjid, haha seronok untuk beristirehat. huh?!)
  • yang sangat aku perasan, ketika doa dibacakan (walau doa selepas azan), mereka tidak mengangkat tangan. kenapa? mengikut budaya kita (Melayu) yang mongoloid ni, apabila berdoa, tangan akan diangkat ke paras dada dengan posisi seperti mengharap atau meminta sesuatu.

3. akan ada seorang pakcik tua berserban, paling tidak pun, abang berkopiah putih, berjanggut panjang berjalan ke setiap saf membawa karung.
  • kamu rasa untuk apa? haha, mestilah derma. derma untuk masjid kot. paling tidak pun derma untuk kuliah-kuliah yang akan diadakan. kenapa macam tu ya? mungkin mengelak dari kecurian kot. kenapa aku kata begitu? sebab,
  • kalau masjid di kampung aku, setiap hujung saf akan diletakkan satu bekas bertutup (tupperware) yang dilubangkan bahagian atasnya. jika saf sudah penuh, bekas tersebut akan diedarkan sepanjang saf. efektif? aku tak pasti, tapi berkesan untuk jimatkan tenaga pengutip derma.

4. kasut bertukar jadi selipar.
  • haha, kalau kamu tak percaya, kamu pakailah kasut kulit atau kasut sport kamu ke masjid berjemaah jumaat. letakkan di kawasan hadapan pintu masuk atau kawasan baselipar. selesai jumaat, kamu lihatlah kasut kamu sudah menjadi selipar kerana menjadi nipis. haha.



ini pandangan aku ketika berjumaat. hei, apa pula pandangan kamu?

0 orang telah merepek balas:

Add to Technorati Favorites
Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Status aku Kini

Berikan aku sedikit masa kerana masa aku kebanyakannya habis di kubikel kecil itu.

Masih juga mencari pandang dunia yang nyaman serta tenteram.

Tahu di mana?

Oh ya, hati ini sudah diisi, moga kekal kali ini.

  © Template blog ini telah di ubah suai secukup rasa oleh xmamatx dari Newspaper oleh Ourblogtemplates.com 2011

Kembali ke ATAS