dewan peperiksaan yang aku sukai
Ahad, November 16, 2008
yosh! peperiksaan sudah tamat. ya, otak aku rasanya sudah semakin menguncup aku akibat diperah. terpaksa memerah otak sebab jarang meniru, macam entri Kudozu ini. cuma aku rajin palagiat. lebih berprestij bukan?
merujuk tajuk entri, kenapa ya aku suka? haha, antara sebab-sebabnya:-
1. keadaan dewan peperiksaan yang sejuk.
- kamu tahu bukan, iklim di negara ini tidak sedingin di negara-negara hemisfera barat. jadi, untuk rasa seperti di sana, aku gemar memasuki dewan peperiksaan. sangat sejuk. kenapa aku sukakan keadaan sejuk? kamu faham-faham sahajalah kan, jika lemak menyelimuti anggota badan, maka haba sentiasa terpendam. ya, macam aku.
2. ada awek-awek cantik.
- sepanjang perjalanan pergi, masuk, dan keluar dewan, aku dikelilingi awek-awek cantik. cantikkah? boleh lah. daripada sepanjang sem aku tenung muka awek-awek cantik sekelas aku. muak sudah aku. ya, hidup mesti bervariasi bukan?
3. keadaan yang sesuai untuk tidur.
- kamu boleh bayangkan bukan, suasana orang yang sedang memerah otak, sedang berusaha meniru, dan macam-macam lagi. amat senyap sekali. hanya sekali-sekala terdengar bersin, batuk yang mungkin dibuat secara sengaja. ya, suasana yang tenang untuk tidur. lebih-lebih lagi jika sudah tiada idea-idea merepek yang boleh ditulis di atas kertas buku jawapan. ya, ya, aku suka.
4. pembantu peperiksaan (yang perempuan sahaja).
- ini adalah antara sebab utama kenapa aku sukakan dewan peperiksaan. ya, para pembantu peperiksaan diupah hasil ketiadaan pekerjaan, atau yang baru sahaja tamat belajar, dan mungkin juga tiada hala tujuan, mengambil upah menjadi pembantu peperiksaan.
- mereka-mereka (aku tegaskan sekali lagi, yang perempuan sahaja) ini diibaratkan pramugari-pramugari yang melayan karenah para penumpang di negara hemisfera barat, seperti aku. ya, aku sangat suka mereka. hei kamu, boleh aku ngorat?
bila akan ada peluang aku untuk bersuka-suka seperti di atas, ya? oh, semester depan yang terakhir. yosh! berusahalah!
4 orang telah merepek balas:
adakah kau menjawab boleh menjawab exam dengan sebab 2 dan 4?
xD
-kudozu
oh, lupa pula aku nak terangkan. sebab 2 dan 4 adalah pemangkin dalam aku menjawab soalan.
ha, selain pemberi ilham.
bang, haha. geram je pasal telur goreng tu masa tu. hahaha.
trimas sudi melawat dan komen. :)
trimas
sudah, tak perlu geram dengan "telur" lagi ya!
Catat Ulasan