karipap yang ditudung saji pun kena hurung dek lalat, busuk!

Khamis, November 06, 2008

sebelum aku merepek dengan panjang lebarnya, aku nak tegaskan di sini, aku ni bukanlah alim sangat. haha, dan aku bukanlah sesempurna insan yang dijadikan Tuhan sebagai insan yang sempurnya di sisiNya. haha, ya, merepek aku datang sudah.

zaman sekarang, macam-macam fesyen tudung (bagi perempuan. kalau ada lelaki yang pakai tudung tu, aku tak tahu nak cakap apa). aku maksudkan disini bukanlah seperti fesyen tudung Aida Boutique ni, tapi tudung yang lazimnya dipakai oleh perempuan-perempuan biasa yang boleh kita lihat jika pergi ke kompleks membeli-belah, tempat-tempat rekreasi, taman-taman, senang cakap, kat mana-mana sahaja.

bukankah maksud sebenar pemakaian tudung tu adalah untuk menutup aurat? kalau ikut mazhab Imam Syafie, aurat seorang perempuan tu adalah keseluruhan anggota badan kecuali tapak tangan dan muka (kalau salah, tolong betulkan ya!). tapi sekarang, orang pakai tudung sekadar nak tutup kepala sahaja. kan?

ada yang pakai tudung. tapi hujung bawah tudung tu diselak ke bahu. dah nampak pula bahagian dadanya. kelakar kan? lagi kelakar kalau perempuan tu pakai baju 't' yang ada butang pada bahagian kolar. tambah lagi kelakar kalau butang tu tidak dikancing. haha, kalau macam tu, aku faham, motif perempuan tu pakai tudung hanyalah untuk menutup bahagian kepalanya sahaja. anggota lain? di abaikan. haha, kelakar.

ada yang pakai tudung, tapi pakai baju sendat. nampak pula bentuk tubuh badan. baju saiz yang besar dah tiada ke? haha, ni mesti pinjam baju adik-adik ni (kalau perempuan-perempuan sedemikian punyai adik lah, kalau tiada, nak pinjam dari siapa ya?).

ada yang pakai tudung, tapi bajunya singkat. jadi, bila duduk, nampak pula lurah yang di bawah belakang tu. haha, kelakar kan? kepala ditutup, tapi bahagian belakang bawah pula dibiarkan.

ada yang pakai tudung, cantik, tapi slack, pakai baju berlengan pendek. haha, mesti perempuan tu ikut mazhab selain mazhab Imam Syafie kot. kelakar kan?

yang paling kelakar, ada yang pakai tudung, tapi keluar dengan balak pergi ke tempat-tempat tak senonoh. haha, kelakar kan? serius, pengalaman aku, aku pernah terserempak dengan seorang perempuan, bertudung labuh, tutup serba-serbi, tapi buat benda-benda pelik kat satu air terjun ni. haha, kelakar kan?

aku sedar dan aku tahu, selain entri ini dari aku, ramai blogger dah sebut tentang perkara ni. ah, nak tulis juga!

yang kesal, makna tudung dalam Kamus Dewan, tiada masukan semantik tentang kata tudung yang berkaitan dengan perkara seperti aurat. tak percaya? rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat (Dewan Bahasa Pustaka, 2005: 1721-1722). kelakar kan?

pada aku, mungkin pemakaian tudung zaman kini lebih kepada pemakaian yang berasaskan fesyen. pakai tudung sekadar nak tutup rambut yang mungkin sudah rosak, tak lurus (macam dalam iklan syampu penipu tu), atau mungkin nak hindar dari bau busuk rambut yang tak dijaga. haha, macam-macam lagilah.

serius, bagi aku, bagi perempuan seperti yang telah aku ceritakan di atas, lebih baik tak payah pakai tudung. ok?

tapi aku ok jek, semua jenis perempuan aku campur. no offense, sekali lagi aku ingatkan, ini semua ialah pandang dunia (world view) aku.


hei kamu, kamu, dan kamu yang bertudung, bagaimana? setuju?

3 orang telah merepek balas:

pjoe berkata...

yang wajib itu wajib
tiada bertapi-tapi kan?

and

niat tidak menghalalkan cara

xmamatx berkata...

yup, memang wajib is wajib.

yang penting, tepuk dada, tanya selera.

kalau tegur pun, diorang cakap "argh, kubur masing-masing".

haha, baik, kubur masing-masing.

kita? lontarkan pandangan.

Si Perempuan Melayu berkata...

baru terbaca entri yang ini.

( :

tepuk dada, err tanya imanlah!

Status aku Kini

Berikan aku sedikit masa kerana masa aku kebanyakannya habis di kubikel kecil itu.

Masih juga mencari pandang dunia yang nyaman serta tenteram.

Tahu di mana?

Oh ya, hati ini sudah diisi, moga kekal kali ini.

  © Template blog ini telah di ubah suai secukup rasa oleh xmamatx dari Newspaper oleh Ourblogtemplates.com 2011

Kembali ke ATAS